Monday, May 16, 2011

10th challenge: ten final words

ASSALAMUALAIKUM..

berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan bla.. bla.. bla.. fuh, lama tak bercakap macam tu kat depan audience *eceh.. bajet famous pulak..* haha.. anda apa khabar? baikkah? demamkah? sihat? alhamdulillah. ok, entry kali ni diupdate lambat sebab saya sibuk melancong dan melencong hari ni. so, bila malam menjelma baru saya ada peluang nak mengupdate blog tercinta saya ni. tajuk kita hari ni ialah 10 ayat terakhir. ayat-ayat terakhir daripada saya kepada anda semua. ayat terakhir untuk tajuk sepuluh ye.. bukan ayat terakhir untuk blog ni. harap maklum. haha.. takut anda semua salah faham pulak nanti. ok, seperti biasa, tanpa membuang masa dan ketika, jom kita proceed kepada isi tersurat dan tersirat kat bawah ni. kepada student2 yang bakal ambil exam spm atau pmr  *tersurat dan tersirat ni ringkasan atau rumusan? dah lupa lah.. haha* silalah buat latihan menggunakan entry ni ye. nescaya anda akan dibelasah oleh cikgu-cikgu anda kerana menggunakan bahan rujukan daripada orang yang tak bertauliah. haha.. ok, gurau. jangan ambil hati ek?

  • TEPUK, TEPUK, TEPUK TERIMA KASIH!!
terima kasih!! syukran!! nandri!! xie xie!! arigato haik!! ok jangan dilayan sawan sengal saya yang dah datang melanda tu. jutaan lemon terima kasih saya kalungkan kepada leher anda semua yang telah sudi mengikuti perkembangan tajuk sepuluh ni daripada cabaran pertama kepada cabaran terakhir. terima kasih jugak kepada anda-anda yang telah datang menjengahkan kepala anda dan juga menapakkan kaki anda serta memfokuskan mata anda kepada penulisan di blog saya. terima kasih berbanyak-banyak!! kalau anda tak suka dengan penulisan saya, dan nak saya improve lagi dari segi apa-apa aspek, just let me know ok? terima kasih jugak kepada follower-follower saya, penconteng-penconteng chatbox saya, peng'like' post saya yang saya promote kat facebook, pengkritik, penyumbang idea, semua jenis peng lah. susah lah kan kalau nak mention semua. haha.. anda memang terbaik dari ladang! :)

*semua bahasa ada. haha..*
  • MAAFKAN SAYA
i am not perfect. but it is not a crime. so, kalau saya ada buat salah silap, tersinggung perasaan anda ke, buat anda annoying dengan penulisan saya ke, etc. etc. saya minta maaf ok? kemaafan adalah dendam yang terindah, tak gitu? maka, terbuktilah dengan ungkapan ini bahawa bermaaf maafan adalah satu amalan yang mulia. budi bahasa budaya kita~~ *apa kena mengena?* lagipun, saya tak suka orang lain kecil hati dengan saya. nanti saya rasa extremely guilty. seriously.. so, do forgive me ok? :)

*maafkan aku.. bila hasratku keliru~~*
  • 1 THING 2 DO 3 WORDS 4 YOU
I LOVE YOU!! terharu tak? terharu lah cepat. haha.. kepada anda semua, saya sayang anda sangat-sangat. walaupun mungkin ada di antara anda yang saya tak kenal pun kan? tapi saya sayang jugak anda. anda sayang saya? 

* i love.. i love you!!*
  • IDEA?
kalau anda ada idea yang nak share dengan saya ataupun anda nak saya tulis tentang idea tu kat blog saya, just let me know ok? i'll definitely do it for you. tapi idea tu janganlah pelik sangat pulak. sampai pecah kepala saya nak fikir isi-isi penting tu. because the main purpose yang membuatkan saya suka berblogging ni adalah sebab, saya boleh saya boleh share apa-apa yang saya tau dengan orang lain. walaupun dengan orang yang saya tak kenal. kan orang tua-tua selalu cakap, tak baik kedekut ilmu. so, sharing is caring kan?

*kalau anda klik kat gambar ni, apa jadi?*
  • KOMEN DAN KRITIKAN
feel free to drop your comment in the spaces provided ok guys? sebab macam saya cakap tadi, saya develop blog ni bukan untuk saya seorang je, tapi untuk semua orang tak kira bangsa, kewarganegaraan, agama ataupun umur. kiranya blog saya ni untuk tontanan umumlah ye. tiada unsur2 ketidak senonohan di blog ni setakat ni. dan saya akan try untuk maintainkan blog ni macam tu. so, do comment anything ok?

*anything ok? :)*
  • MENULIS BUKAN KERANA NAMA
just so you know guys, tak terlintas kat fikiran saya untuk jadi famous macam blogger-blogger yang terkenal kat malaysia ni. erm, saya admitlah kan. bukan tak pernah terlintas kat fikiran, ada lah once or twice yang saya fikir nak jdi macam mereka. siapa yang tak nak glamour kan? but then, saya terfikir, kalau saya jadi macam mereka, saya akan automatik lupa tujuan asal saya menulis kat blog ni. so, untuk mengelakkan perkara tu daripada berlaku, lebih baik saya lupakan hasrat saya tu.

* i'll do it my own way*
  • TOLONG INGATKAN AKU
haish.. macam-macam tajuk lagu keluar malam ni. kenapa tolong ingatkan aku? apa yang perlu diingatkan? tolong ingatkan saya, seandainya saya terlalai daripda tujuan asal saya berblogging ok? saya cuma manusia biasa yang selalu lalai dan alpa dalam meneruskan perjuangan saya dalam dunia ni. so, do remind me ok?

*ingatkan saya ye?*
  • DOAKAN SAYA
anda semua tolong doakan saya ye? result saya diumumkan rabu ni. wahaha.. sangat nervous lagi menakutkan ye. tak berani langsung nak target berapa pointer saya. because it might be disappointing. ok, postive thinking ok deeya? tolong doakan saya ye semua!! terima kasih..

*jom doa ramai-ramai*

  • SILA DATANG LAGI
saya tau blog saya tak menarik macam blog orang lain. tapi saya sentiasa cuba untuk jadikannya terbaik macam orang lain. so, kepada yang pernah, sedang dan akan menjenguk blog saya, kehadiran anda ke sini sekali lagi amatlah dialu-alukan. ok? jangan malu-malu nak datang lagi. kalau tak nak tinggal kesan tapak kaki pun takpe. asalkan anda datang *desperatenya bunyi* haha.. kerjasama anda amatlah dihargai. *wink

*datang lagi ye nanti!!*
  • NEXT ENTRY SAYA
ok. idea untuk next entry saya memang bersepah-sepah dalam minda saya ni. sampai tak tau nak tulis yang mana satu dulu. so do wait for it ok? kalau saya dah lama tak update atau terlambat update tu, maafkan saya. sebab kadang-kadang ada beberapa masalah teknikal yang memang tak dapat nak dielakkan. senang cerita kalau saya tak update tu either saya busy, takde idea ataupun internet takde. haha.. make sense kan? manalah tau tiba-tiba unifi kat rumah ni buat perangai nak manja-manja pulak kan? who knows..

*err, anak kucing tu dah bagitau apa yang saya nak anda tau. :)*
done for my last task. fuhh.. lega rasanya. by the way, to Amira Ramli yang baru nak join cabaran ni, good luck ye!! tak sabar rasanya nak baca entry-entry awak mike. haha.. oklah. i'll end this here. see you soon. chow.. tata..


p/s: maaf sebab terlambat update. sebenarnya saya dah tulis
entry ni malam semalam. tapi desebabkan kepenatan yang amat sangat,
saya tertidur ketika sedang sedang berfikir. haha.. maaf ye semua.

terima kasih sebab sudi baca entry yang tak seberapa ni..
thank you!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: