Tuesday, May 10, 2011

my sweetheart.. :)

ASSALAMUALAIKUM..

kali ni, saya nak cerita tentang sweetheart saya. apa tu? hati manis la.. hehe.. sweetheart saya ada banyak. salah satunya nilah. perkara yang saya nak cakapkan sekarang ni. ha.. cuba teka. apa agak2 yang saya nak sampaikan ni? boleh teka tak? saya bagi masa 5 saat je untuk teka ni. kalau dapat teka bagus. kalau dapat teka, sila cuba lain kali. haha.. ok clue dia, ia berwarna hijau dan dimakan bersama nasi. 1, 2, 3, 4, 5.. dah cukup 5 saat. jawapannya ialah..


*ULAM-ULAMAN*



ya.. itulah tajuk entry kita pada pagi ini. erk? pagikah? ok2.. salah taip.. malam ini. yes, i love ulam, ada masalahkah? hehe.. saya nak cerita hari ni tentang beberapa persoalan yang mungkin menghantui segelintir masyarakat melayu di Malaysia. contoh2 persoalan tersebut ialah apakah ulam, apakah khasiatnya, cara nak makan ulam, dan nutrition yang ulam2 ni provide kepada pesakit2 darah tinggi, kencing manis, etc. etc. ok, sebelum saya mula, saya nak ucapkan berbakul2 terima kasih kepada encik wiki dan encik google sebab dah bekalkan saya dengan info2 dan gambar2 yang telah dan akan saya paparkan sebentar lagi. *ayat skema badak la derr..* ok, let's start with the first question.



  • APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ULAM?
ulam ialah sejenis tumbuhan yang dimakan secara mentah. maknanya, ulam ni, tak dimasak dengan cara anda semua masak sayur kangkung. sebaliknya, ulam ni cuma dicelur dengan air panas atau sekadar dicuci dengan air paip. lepas tu, taraa.. dah sedia dimakan begitu saja. bak kata gardenia.. sungguh enak dimakan begitu saja~~ ada jugak sayur2 biasa yang dimakan secara mentah, kita panggil sebagai ulam. contohnya timun, lobak, terung dan kobis. ulam ni terdiri daripada pelbagai bahagian tumbuhan contohnya biji, pucuk, umbut, buah, daun, ubi dan kadang2 bunga. ulam boleh diklasifikasikan kepada dua kelas, satu kelas ulam yang terdiri daripada sayur-sayuran biasa, satu kelas lagi terdiri daripada ulam tradisional. contoh ulam2 tradisional ni macam ulam raja *wala.. my favourite!! :)*, pucuk ubi, petai, pucuk paku, pegaga, pucuk betik, rebung buluh etc. etc.

ulam tradisional ni pulak boleh dibahagikan kepada dua. bahagian pertama dikenali sebagai ulam yang senang didapati atau dalam bahasa modennya ulam yang popular dan famous la kan. contoh ulam2 ini ialah ulam raja, petai, jering, rebung buluh, cekur manis, kacang kelisa etc. etc. yang lagi satu bahagian ni pulak dikenali sebagai ulam sukar didapati atau ulam tak famous. contoh2nya ialah kerdas, genuak, pucuk jambu golok a.k.a gajus, beluntas, pucuk betik dan cekur. to be honest, saya tak pernah tau pun nama2 ulam ni. saya tau makan je. tapi tipulah kan kalau semua ulam saya tak tau namanya. adalah ulam2 yang saya tau namanya macam ulam raja, petai, jering, pegaga, pucuk paku, pucuk betik.. err, rasanya yang itu je kot yang saya tau. hehe..

  • ULAM TRADISIONAL
di Malaysia, ada kira2 120 jenis ulam yang telah dimakan sebagai tumbuh-tumbuhan daripada pelbagai jenis ulam. err, ayat ni pelik lah. ok, terbalik la.. dimakan sebagai ulam daripada pelbagai tumbuhan. sorry.. ianya terdiri daripada tumbuhan yang hidup menjalar (pegaga), tumbuhan renek (ulam raja) sehinggalah kepada pokok2 yang tinggi dan besar a.k.a pokok saka (petai).

pokok saka ni macam yang telah diberitahu tadi, adalah pokok yang tinggi dan besar.biasanya pokok petai hidup meliar dikawasan hutan belantara ataupun dusun2. tinggi pokok ni boleh mencapai sehingga 20-30 meter manakala besar ukur lilitnya menjangkau kira2 2-5 meter. so, korang boleh bayang tak betapa besarnya pokok2 petai. memang saya tabik spring kat pakcik2 yang kerjanya memetik petai. cayalah pakcik!!

*ha.. yang ni.. bukan pokok petai.. haha..*

*yang ni baru pokok petai. ada nampak itu petai?*



  • CARA MAKAN
kebanyakan ulam dimakan bersama nasi yang panas. *pergh.. sedap!!* ada juga orang yang memilih untuk mencicahkannya ke dalam budu, sambal belacan atau cencaluk sebelum digaulkan bersama nasi lalu disuapkan ke mulut. memang rasa dia pergh.. superb!!

  • KHASIAT ULAM
ok, disebabkan ulam tak dimasak terlebih dahulu. kandungan khasiat di dalamnya tak terjejas. *walaweh..* ulam turut mempunyai kandungan mineral dan vitamin utama seperti calcium, phosphorus dan iron. semua nutrien ni tak terjejas sikit pun oleh haba. for your information, daun kaduk mengandungi kandungan calcium, phosphorus dan iron yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg respectively bagi setiap 100 g, jika dibandingkan dengan nutrien ulam2 yang lain. ulam turut membekalkan serat yang kita semua perlukan untuk proses pencernaan di dalam perut kita.

  • KHASIAT ULAM DALAM PERUBATAN
dalam perubatan melayu, ulam ni memainkan peranan penting malah sekarang ni, ramai pengkaji2 barat yang turut mengakui khasiat ulam yang memberi kebaikan tambahan kepada badan kita. contohnya, pegaga telah disahkan oleh World Health Organisation (WHO) sebagai herba yang menjana kecerdasan minda kanak2 di samping melancarkan peredaran darah dan menjaga kesihatan kulit. 

ulam jering pulak mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. jering turut boleh menjadi penawar yang berkesan kepada pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kuantiti yang sedikit. kenapa? sebab sebatian alkaloid tu mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan. ulam daun kaduk pulak membantu kaum wanita menghindari osteoporosis kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi dan diperlukan oleh badan kita. so, tak payah susah2 minum anlene kan? ulam ni berganda2 lagi murah dari satu tin susu anlene tu. kan dah jimat duit. *wink

ok. kita dah sampai penghujung entry. terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa anda membaca entry saya yang berkisar pasal ulam ni. diharap ilmu yang sikit ni dapat kita sama2 absorb kat dalam otak dan memperbanyakkan makan ulam lepas ni. *apakah?* ok chow.. tata..

*ni ulam raja*

*yang ni pegaga*
*kacang botol*

*ulam pucuk gajus..*

*daun kaduk*



thanks for reading guys!!
gamsa hamnida!!
ukhuwah fillah abdan abada.. :)



*p/s: nilah entry yang hilang secara tiba2 tu. hehe.. nasib baik
masih ada mood nak buat balik. alhamdulillah.. thanks for reading..
:)