Tuesday, May 24, 2011

a day to remember

ASSALAMUALAIKUM..

aloha semua!! wahaha.. saya ni memang jenis yang tak reti nak sabar bila nak mengupdate benda2 yang menarik hati saya ni. seperti yang saya dah bagitau kat entry ni kan, saya pergi sekolah hari ni. wah!! dah 3000 kali kau bagitau deeya oii. ok2. kali ni memang saya nak cerita corat coret sedikit sebanyak aktiviti saya kat sekolah tersayang tu. memang sayanglah sekolah tu. sayang sangat. termasuklah penghuni2nya. ok back to the point. tujuan saya ke sekolah tadi, sebenarnya untuk ambil sijil PMR saya. ye sijil PMR. ada masalah? saya tau, memang dah berkurun dah saya ambil PMR. SPM pun dah lama kan? memang dah berkulat ok sijil PMR saya tu kat dalam pejabat sekolah. wahaha.. sampai bila jumpa cikgu pun, cikgu cakap macam ni, "huh, sijil PMR? zaman bila awak ambil PMR Nadiah?" hehe... leklu.. sebelum ni memang saya takde kesempatan nak pergi sekolah untuk ambil sijil ni, so, dah alang2 ada kesempatan ni kan, pergi jelah. fuhh.. ok2 jom kita cerita pasal apa yang terjadi pulak. wikiki..


*cak!! nilah nama sekolah saya. tempat saya memenuhkan ilmu di dada.*

kepada mereka yang tau dan kenal saya, mungkin mereka dapat jangkalah kan jarak rumah saya ke sekolah jaraknya berapa kilometer. alahai deeya oii, setakat 1 km pun nak kecoh. cepuk kang. ok2 balik2. saya bertolak dari rumah menuju ke rumah tuan nor farhana pada pukul 10.05 pagi. walaupun kami janji nak jumpa pukul 10 pagi. wahaha.. saja je nak jadi tak punctual kadang2. tak salah bukan? *oh saya terikut style percakapan cikgu tusyen geografi saya time form3 dulu. huhu* sesampainya kami kat sekolah tu, kami terus serbu pejabat. of courselah kan, selesaikanlah apa2 yang patut dulu pastu baru boleh pergi berjoli jolan. dah settle urusan ambil sijil kat pejabat, kami pun mengorak langkah berjalan2 kat sekitar kawasan sekolah. oh time tu waktu rehat ye. memang ramailah pulakkan student time tu. semua pandang kami dengan pandangan pelik je. saya rasa macam nak cakap macam ni je kat mereka, "dik, akak ni bukan alien. janganlah pandang akak macam tu dik oii. malulah.." ok gedik. nak malu2 pulak. sepak kau kang deeya. baru tau. destinasi pertama yang saya paksa tuan ikut saya ialah surau. hehe.. ye surau. ada masalah? saya tiba2 rasa macam nak buat solat dhuha pulak. aceceh.. auta je lebih ye. saya ke surau bukanlah sebab nak solat dhuha. tapi nak tengok satu artifak yang saya dan kawan saya dah tinggalkan kat situ time kami form3 dulu. artifak apa?

*err, dah tak nampak sangat tulisannya. but i know it is what i'm looking for. tadaa.. encik fat telah menulis nama saya kat lantai belakang surau 4 tahun yang lalu. and now, tulisan tu dah pudar. nostalgia ni. :)*

ha, anda nampak tak? orang yang tak tau pasal benda ni memang akan cakap, "apekebende yang si deeya ni ambik? longkang ke?" oh bukan longkang ye tuan2 dan puan2. nampak ada kesan cat kat situ? haa... itulah motif gambar ni. wahaha.. 

lepas dah habiskan journey ke surau, kami duduk kat laman aspirasi pulak. i tell you guys, sekolah ni memang dah banyak gila berubah. dulu time saya sekolah kat sini, sekolah ni memang takde la laman aspirasi ke laman astakona ke, semua takde ok? yang ada cuma pagar2 besi yang menyusahkan pihak pengawas nak jaga je. tapi sekarang, segala jenis laman, taman, maman semua ada. wah.. kalaulah saya masih bersekolah kat situ. alangkah bestnya. maka, kami yang jakun ni pun pergilah melepak kat laman aspirasi tu. yela, tak pernah jumpalah katakan. huhu.. 

*cak!! cun bukan? err, budak2 dalam gambar ni, bukan ponteng kelas ye. gambar ni disnap time rehat.  so jangan salah anggap pulak.
*gambar posing yang diambil ketika waktu rehat dah habis.*

*tu dia. laman aspirasi.*

*ye muka tuan lagi. haha..*

*cak!! saya pakai baju kurung. ada masalah?*

*ketandusan idea nak posing. haha*

dah selesai sesi melepak kat laman aspirasi ni, kami pun konon2 nak berjalan keliling blok akademiklah kan. adalah jalan sikit2. adalah dua tiga gambar yang disnap oleh saya. nak tengok?

*bilik SPBT. corak2 kat luar tu jasa geng dragon ball ok? walaupun tak semua dalam geng tu terlibat. wahaha..*

*blok C. blok kelas saya time saya form 4 science. tapi sekarang kelas tu dah dijadikan bilik akses. and i have no idea what it is.*

*blok D. blok di mana makmal2 sains ditempatkan.*

*blok B. blok kelas saya time form1, form2 dan form3. form1 kelas tingkat3, form2 kelas tingkat2 and form3 kelas kat tingkat4. amekau. setiap tingkat saya dah pernah rasa*

*err, abaikan model tak berbayar tu ek. hehe.. yang kat belakang tu blok A. blok dimana bilik2 bahasa dan bilik guru ditempatkan.*
dah selesai meronggeng keliling sekolah, kami pun menapaklah ke bilik guru. nak jumpa cikgu2 tersayanglah ni. lama tak jumpa tau tak!! rindu dah menggunung dah ni. so, kami pun jumpalah cikgu2 kami, puan rosnita, puan suzana a.k.a jiran saya, puan jainah dan puan zakiah. meh saya kenalkan seorang demi seorang. puan rosnita mengajar saya kemahiran hidup time saya form1 sampailah saya form3. puan suzana yang merangkap jiran saya juga ibu kepada kawan baik saya, mengajar saya subjek sains time saya form3. puan jainah mengajar saya subjek sejarah time saya form3 dan puan zakiah mengajar saya addmath time saya form4. mereka semua masih ingat saya! wah teruja ok? ingatkan mereka dah tak ingat saya lagi dah. oh ada lagi cikgu yang kami jumpa. tapi tak sempat nak snap gambar. haha.. cikgu2 berempat ni je yang kami sempat berborak2 panjang dan sempat ambil gambar sekali.

*oh lupa bagitau puan suzana takde time kami snap gambar ni. dari kiri, puan rosnita, puan zakiah dan puan jainah. model tambahan berbaju putih tu anda dah kenal kan? hehe*

*sama caption macam gambar atas.*
habis sesi ni, kami pun masuk library sebab nak jumpa dengan cikgu sekolah rendah kami yang dah mengajar kat sekolah ni. puan zatul iffah. and yes, kami terlupa nak snap gambar dengan beliau. so, takdelah gambarnya. huhu.. bila dah masuk library, apa lagi, snap gambar lagilah jawabnya kan? memang susah kalau jumpa dengan orang yang asyik nak bergambar je kerjanya ni. macam saya.

*gambar yang takde motif. sebab saya pun tak sure saya nak tunjuk gambar bendera tu ke, ataupun bilik tu. huhu*

*bilik APD. bilik penuh nostalgia*

*kaunter pustakawan*
dah tunggu punya tunggu, cikgu zatul tak datang2 jugak. akhirnya, kami keluar dari library dan masuk balik bilik guru sebab nak snap gambar dengan cikgu2. err, gambar2nya kat atas ye. sila skrol balik ke atas. so, bila kami keluar dari bilik guru tu, barulah kami bertembung dengan cikgu zatul. for your information, cikgu zatul adalah cikgu sekolah rendah kami dulu yang ajar subjek matematik time kami darjah 3. saya ingat lagi macam mana dia marah saya sebab saya tak hafal sifir. wakaka.. amekau. tak hafal sifir lagi. padan muka. tapi alhamdulillah, berkat cikgu marah2 tulah yang saya dah dapat pick up matematik sekarang ni. kalau tak, rasanya sampai sekarang bengap lagi kot. siapa sangka kami akan berjumpa dengan cikgu zatul kat sini. dah lama beb tak jumpa dia. dah 10 tahun. memang jodohlah kan. hehe..

dah habis borak2 dengan cikgu zatul kami pun turun nak sebab nak balik rumah dahlah kan. yela dah habis urusan kat situ, nak buat apa lagi duduk lama kat sekolah. buat semak je joyah oii.. macam saya cakap tadi, sekolah ni dah banyak berubah. dulu takde pondok mondok bagai ni, tapi sekarang dah ada. so, kami sekali lagi kejakunan tengok pondok tu. anda boleh agak apa yang kami buat?

*macam beruang koala pun ada kan?*

*muka penat si gadis melayu akhir zaman ni. haha..*

*ni pun nak jadi beruang koala jugak ni. hehe..*
maka, sekian saja laporan saya pada hari ini. fuhh.. panjangnya entry ni. naik penat jari saya menari kat keyboard ni. so, senang cerita, memang saya sangat seronok sebab dapat jugak menunaikan hasrat saya nak ke sekolah. and i'm super happy sebab dapat jumpa cikgu2 plus dapat mengimbau nostalgia indah time saya muda2 dulu. seriously, rindu gilerrrr!!!! and yes saya rasa sangat jealous kat junior2 saya sebab dapat sekolah kat sekolah yang cantik dan lawa ni. adik2, akak jealous tau nyah.. jaga sekolah betul2 ye adik2? oklah guys. i'll end this here. dah penat dah menaip ni. hehe.. jumpa lagi ye!! chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading this!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: