Thursday, May 19, 2011

Day 2: my favourite movie

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! dah makan? dah mandi? dah bangun tidur? dah ke? kalau dah baguslah.. kalau belum, baik pergi settlekan dulu benda2 wajib tu. ish3.. *padahal diri sendiri pun tak makan lagi. hehe..* ok guys, kita dah masuk hari kedua untuk cabaran 30 hari ni. hari ni punya tajuk ialah movie favourite saya ataupun kalau ikut bahasa jawanya my favourite movie. semua orang ada movie yang mereka suka kan? saya pun ada. tapi yang saya suka sangat2 tu takde lah pulak. setakat suka gitu2 je adalah. so apa agaknya movie favourite saya? jom kita proceed kat bawah ni..

  • CONFESSION OF A SHOPAHOLIC
yeay!! movie ni sangat best ok. kepada sesiapa yang belum tengok cerita ni, saya cadangkan anda tengok cerita ni sekarang. ok melampau lah pulak kan. cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis yang sangat suka shopping. dia shopping memang tak ingat dunialah kan. dia ada 12 kad kredit yang aktif digunakan. banyak tak? oh oh, lupa nak bagitau nama perempuan ni, Rebecca Bloomwood lakonan Isla Fisher. ok berbalik kepada cerita tadi. disebabkan suka sangat shopping, dia ada banyaklah kan hutang kad kredit yang tertangguh. dan pada masa yang sama, syarikat tempat dia berkerja tu bankrap. ha amek kau. macam mana nak cekau duit nak bayar hutang kan? so, anda tengoklah sendiri cerita ni ok? you'll never regret it. memang sangat best! cuba tengok trailer movie tu kat bawah ni...


ok.. kalau nak tau lebih lanjut, tengok cerita ni ek?

ok siap dah tugasan saya hari ni. hari ni macam jadi promoter cerita Confession of a Shopaholic pulak. haha.. cerita favourite anda apa? boleh kongsi dengan saya? promote2 lah sikit kan. wahaha.. oklah guys. i'll end this here. chow.. tata..

thanks for reading this guys!!
arigato..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: