Friday, May 20, 2011

Day 3 - my idea of the perfect first date

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua. sambung balik dengan cabaran 30 hari kita. tajuk hari ni... baca kat atas. haha.. oklah, guys. disebabkan saya agak kepenatan sebab berjalan sehari suntuk, maka, daripada kita terus membuang masa, tenaga dan idea, baiklah kita start terus ek entry kali ni. jeng3.. oh oh.. saya belum habis mukadimah lagi *cakap belit2 la pulak* sebenarnya saya tak pernah terfikir pun pasal idea first date bagai ni. so, saya cuma listkan attitude, pemakaian dan ke'brilliant'an jejaka berkenaan. ok?

  • PUNCTUAL
ye, saya sangat anti orang yang tak punctual. unfortunately, i'm dating that type of man. dushh... memang setiap kali nak jumpa memang menyirap je darah nak tunggu beliau. haha.. jangan marah ye fathi. ok2, balik kepada topik ye, jangan melilau jauh2. disebabkan saya tak suka orang yang tak punctual, maka, kalau orang tu tak sampai tepat pada masa yang dijanjikan, memang saya akan berubah menjadi hulk yang comel. ok2 redundantlah point saya ni. huhu.. maaf2. inilah yang terjadi bila jari jemariku yang gemok ni mula menjadi hyperactive bila bertemu keyboard *deeya, proceed please..* ehem2.. kat mana kita tadi? oh ya, punctuality. sikap punctual ni bagi saya sangatlah penting ye tuan2 dan puan2. kenapa? cuba anda tanya diri anda sendiri, anda suka ke nak tunggu orang yang 10, 15, 30 minit atau sejam lambat? suka? memang kita akan cakap "sabar jela.." tapi hati tetap membara kan? muahaha.. *gelak jahat* so, can you imagine, mamat yang anda nak date tu datang lambat 10 minit on your first date!! dushh.. memang memerlukan kesabaran yang tinggi ye di situ. nasib baiklah setiap kali melihat mamat tu dah sampai tiba2 hati saya yang panas tu jadi sejuk. kalau tak, memang akan ku baling kerusi meja ke arah beliau. haha.. *maaf kepada yang terasa. peace yaww.. :)*


*manalah yang YB pujaan hati ni. tak sampai2..*
  • KEMAS
ok yang ni lagi satu point yang penting. kekemasan. bukanlah bermaksud beliau perlu memakai tuksedo lengkap dengan kaca mata hitam ye. tak2.. bukan itu definisi kekemasan bagi saya. bagi saya, orang yang pakai baju tshirt lengan pendek yang bersih, dipadankan dengan seluar yang proper *slack, jeans etc. etc.* dah dikira kemas. plus sekali, muka takde jambang mambang yang bergayut. plus lagi, rambut tersisir rapi *ececeh..* dah cukup kemas dah bagi saya. ops, plus lagi satu, dah mandi dan dah gosok gigi. baru sedap mata memandang kan? handsome atau tak tu, belakang kira. yang penting kemas. fullstop..

*kalau dia pakai macam ni, tu dikira bonuslah kan? hehe.. oh yes2, plus lagi satu, kuku mesti pendek*
  • BIJAK
bijak ni bukanlah maksudnya dia ajak saya buat kuiz matematik kat situ ataupun ajak saya main teka teki dengan dia. oh tidak sama sekali ye. bijak ni, maksudnya, dia bijak dalam memilih tempat untuk kami berjumpa. yela kalau dah namanya first date, pastu dia bawak saya pergi pasar malam. apakah itu? tak bestlah pulak kan. ataupun, dia bawak saya tengok wayang ke. ehem2.. untuk pengetahuan semua, saya tak pernah tengok wayang ye. sebab ayah saya tak bagi. wakaka.. so, kalau sesiapa ajak saya tengok wayang tu memang nak pelangkung free lah tu kan. lagipun, bagi saya first date ni, pertemuan dengan si dia yang akan membuat kita bertambah mesra dan lebih mengenali si dia. so, kalau first date kat pasar malam ataupun wayang, anda ada banyak masa nak berbual2 ke? ada? takde kan? so, lebih baiklah anda jangan declare tu sebagai first date. buat malu je. 

lagi satu, si dia ni dikira bijak bila dia pandai menyusun ayat sebelum dia suarakan kepada saya. means that, dia menjaga mulutnya daripada mencarut atau keluarkan perkataan2 lucah dan kesat. kalau boleh, seumur hidup jaga mulut daripada mencarut lagi bagus. memang dah terus masuk list bakal suamilah. so, jangan mencarut ye guys. i hate it.


*bijak sampai keluar mentol tu. toing!!*

  • BONUS: TAK BERPURA2
maksud tak berpura2 ni ialah dia taklah naif sangat sampai sanggup pergi pinjam ferrari kawan dia semata2 nak tunjuk kat saya yang dia tu jutawan. pada hakikatnya, dia tu cuma kerani sambilan je. so, no need ok. just be yourself. kalau anda takut kekasih anda tak terima anda sebab gaji anda sikit, anda patut lebih takut kalau kekasih anda tu dapat tau yang anda tipu dia. mana lagi teruk? lu pikirla sendiri..

*asyik nak jadi orang lain je. dah takde identiti ke?*
ok siap. semua ni basic2 yang perlu ada ye dalam first date. kalau nak topup lagi dengan surprise lagi I suka. haha.. but it is not necessary. as long as they put their best feet to make my day at that special day, than it would be ok. setakat belanja makan kat kedai mamak pastu borak lama2 sambil berlawak jenaka pun, selagi itu tak menimbulkan annoying di hati saya, it would be great. malah, i'll looking forward to see him soon. or maybe, the first date is when you ask me to meet you at the playground near by, just so you have time talk longer with me. dan kalau syarat2 wajib kat atas tu dah dipenuhi, for sure, anda dah lulus temu duga waktu first date. *wink

p/s: beberapa ayat terakhir ditujukan kepada seseorang.
semoga seseorang tu faham maksudnya.
sebab saya dah malas nak explain balik.
:)

thank for reading guys!!
terima kasih..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: