Thursday, May 19, 2011

Si PEMBELI Hati

 ASSALAMUALAIKUM..

hah.. ni tajuk yang saya kira agak panas dan agak tak difahami oleh ramai orang. jeng3.. apakah kejadahnya si pembeli hati ni? tauke kedai yang beli hati ayam daripada pemborongkah? ataupun anda semua yang suka pesan hati ayam masak sambal bila pergi Restoran Pak Jabit? hahahaha.. *gelak jahat..* cer teka cer teka..
si pembeli hati ni maksudnya manusia yang mengorat orang lain dengan cara memberi hadiah dan hadiah dan hadiah. tak habis2 dengan hadiah. tak kiralah lelaki ke perempuan ke janda ke duda ke. ini umum la yek. saya tak kata bagi hadiah ni tak bagus. bagus2 I like.. haha.. yela siapa yang tak suka dapat hadiah kan? anda tak suka? ish3.. suka2kanlah hati anda bila mendapat hadiah ye. tapi kan, dalam pandangan dan pemerhatian saya menerusi mata sepet saya ni, sesetengah pembeli hati ni, bukannya jujur pun nak menjalin hubungan dengan seseorang tu. saya tak kata semua. sesetengah je.

apa maksud saya? maksud saya, kadang2 mereka ni, suka kat seseorang tu hanya pada jangka masa yang pendek. contohnya, adalah seorang jejaka A ni, dia jalan2 kat pasar malam. pastu dia terserempak dengan seorang awek yang cantik tengah beli jagung. teruslah si mamat ni berkenan. so dalam usaha dia nak mendapatkan menambat hati perempuan tu, dia bagi perempuan tu teddy bearlah, gula2 lah, coklatlah, kasutlah, itulah inilah. sampai pergi toilet pun dia mesti belikan perempuan tu hadiah. senang cerita, dia mengumpan perempuan tu dengan barang2 yang perempuan tu sukalah kan. pastu nak dipendekkan cerita, meraka pun couple. baru seminggu couple, break up pulak. kenapa? sebab jejaka tu dah jumpa orang yang lagi cantik dan meletupss dari perempuan tu.


*sekadar gambar hiasan..*

see? kebanyakan kes yang saya jumpa macam nilah. anda dah faham konsep si pembeli hati ni? pendek kata, dia bagi barang2 tu semata2 nak perempuan tu suka kat dia. bagi sayalah kan, tak taulah anda punya opinion macam mana.  kalau saya jadi perempuan tu, saya terima jejaka tersebut bukan kerana saya sayangkan dia, tapi lebih kepada saya kesian tengok dia habiskan duit semata2 untuk saya. nampak tak? sah2 dah takde kejujuran kat situ. 

so it is better for a couple, kurangkan bagi hadiah to each other. lebih bahagia ok kalau macam tu. KURANGkan ok? bukan tak bagi langsung. tak bestlah pulakkan kalau tak pernah dapat hadiah langsung. nak2 lagi kalau time birthday. memang harulah kalau tak dapat hadiah. sekali lagi saya tekankan kat sini, semua yang saya cakap ni cuma pendapat dan pandangan saya. kalau anda nak bangkang, dipersilakan. saya nak jugak tau opinion orang lain. bagi saya yang penting dalam sebuah perhubungan ialah kejujuran dan keikhlasan terhadap satu sama lain, bukannya hadiah yang mahal2.

so guys, what is your opinion about this? sharelah sikit. nak tau jugak pendapat anda semua dalam hal ni. ok? i'll end this here. see you soon. chow.. tata..





p/s: sebarang pendapat ataupun cadangan bolehlah
dicontengkan kat chatbox ataupun kat ruang komen kat bawah ni ye..
*dah macam hape la pulak..*


thanks for reading this entry..
terima kasih..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

2 comments:

aquatwins932 said...

love it :D pada saya, i'm happy going out with a person who'll always be by my side.. saya x kesah kalau dia xda duit nak beli hadiah.. yang penting, he's always there to support me when i need him the most.. kalau nak cakap "yang penting dia ikhlas dan jujur terima saya" tu agak susah la sebab kita tak boleh tahu kalau seseorang tu jujur dengan kita ke x.. for hadiah, it's not the value that i'm looking for.. but, it's the effort he puts in getting/doing it.. contohnya, pada saya lagi berbaloi hadiah tu kalau dia ada wat research sikit sebelum beli.. macam, belikan pe yang kita suka or we need the most.. haha.. amik.. panjang giler my comment 0^_^00^_^0 diam-diam, berisi tau :P

nadeeya mnz said...

wow.. panjang tu.. haha. em.. point kau ni boleh tahan jugak ek.. aku suka point kau yg kate buat research sebelum beli tu.. hehe.. memang bestlah kan kalau betul2 dia buat mcm tu.. :)