Sunday, May 8, 2011

2nd challenge: ten things I love

ASSALAMUALAIKUM..

saya dah kembali lagi  hehe.. saya nak mula menyahut cabaran untuk buat satu lagi entry tu. kali ni punya tajuk, ialah 10 perkara yang saya suka. saya nak mulakan ni.. jom3!!

  • ALLAH, RASUL DAN FAMILY SAYA
siapa tak sayang mereka? angkat tangan!!! saya sebagai penganut agama Islam, sangatlah sayang dan cinta kepada pencipta saya dan rasulnya. saya ni tak la pandai sangat bab2 agama ni. setakat yang basic2 je saya tau la. tapi insya ALLAH saya cuba improve ilmu2 saya. doakan saya ya.. 


family saya? ok, bak kata cik aida, siapalah yang tak sayang family kan? kecuali anda ada beberapa personal problem yang tak boleh dielakkan tu lain la.. saya faham. saya sayang family saya sebab tanpa mereka, siapalah saya. tanpa mereka, takdenya saya menaip lappy saya mengupdate blog ni. dan takde la anda semua nak baca celoteh mak minah saya ni. maka dengan itu, saya nak buat announcement bahawa saya sayang family saya sangat2!! muah2..



  • DIA DAN KAWAN2 SAYA
siapa dia? faham2 jela. takkan tu pun nak bagitau. dah besar dah pun anda semua ni ha.. ok, yang tu, saya taknak bincang secara detail. ok? fullstop..

saya memang sayang kawan2 saya. sayang sangat. tapi saya selalu tertanya2, sayangkah mereka pada saya? aceceh.. jiwang bawang la pulak. anda semua sayang saya tak? kalau sayang, baguslah. kalau tak sayang, takpelah. nak buat macam mana kan? sob2.. *nada sadis..*

  • BLOGGING
yup.. walaupun sejak kebelakangan ni baru saya aktif berblogging, tapi hakikatnya, saya suka blogging. sebelum ni saya malas je nak update blog hari2. so, saya akan tunggu bila saya rajin je la.. hehe..

  • MENGARANG
ok. point yang kat atas tu, dengan point yang ini, sangatlah saling berkaitan. mengarang kat sini maksudnya, saya suka menulis sesuatu berdasarkan pengalaman saya sendiri, pengalaman orang lain, fakta2 yang saya tau dan minat atau sekadar imaginasi saya sendiri. anda boleh nampak semua ciri2 tersebut dalam penulisan saya. semua saya ada selitkan dalam blog ni kecuali imaginasi saya. hehe.. saya masih belum bersedia untuk kongsikan imaginasi saya tu dalam blog. nanti2 la ek..

percaya ataupun tidak, saya pernah mengarang 2 buah novel *separuh jalan je.. hihi..* dan beberapa buah cerpen. tapi semuanya saya save dalam komputer jela. malangnya, komputer tersebut rosak maka hilanglah semua karya2 saya tu. waaaaaaaaaaa...... sadis betul..

  • BERBASIKAL
saya suka sangat berbasikal. sangatlah sangatlah sangatlah sangatlah suka. tapi malangnya, saya takde basikal sendiri. hehe.. dulu pernah ada, tapi dah rosak. sejak tu, dah takde lagi dah. tapi saya sedang menanam azam untuk membeli sebuah basikal yang ada bakul kat depan, carrier kat belakang, dan warnanya purple!!! macam gambar kat bawah ni. nicekan? hehe.. saya nak beli guna duit gaji saya. tapi masalahnya, saya tak start kerja lagi. so bilakah impian saya ini akan tertunai? :(


  • KUCING!!
saya sangat suka kucing!! sangat!! bukan kucing je sebenarnya, apa2 je haiwan yang comel dan jinak, semua saya suka. tapi saya paling suka kucing la.. saya suka tengok kucing tidur. comel!!! *deeya, sila kawal emosi anda* ehem2.. ok saya dah normal balik. lagipun kucing kan binatang kesayangan Rasulullah. plus, ayah saya pun suka kucing. hehe.. itu yang menambah rasa cinta terhadap kucing ni. meoww~~

saya selalu berangan untuk memiliki seekor kucing sebagai haiwan peliharaan. tapi tak berkesampaian. erm, ok dulu pernah la sekali. tapi kucing tu hilang bila kami sekeluarga pulang ke kampung untuk hari raya. sob2.. sedih ni. sampai sekarang terasa kesedihannya..


*gambar atas: comel kan kucing ni tidur!! geram!!*



*gambar kanan: macam ni lah kucing saya dulu. sebijik macam ni..*








  • BAJU KURUNG
hehe.. ni dah masuk kali ke berapa entah saya bagitau ni. saya suka sangat baju kurung. lebih2 lagi baju kurung pesak pahang. wahh.. nak pengsan rasa malam ni. excited la nyah bila cerita tentang benda yang kita suka ni. er, baju kebarung pun saya suka jugak. senang cerita baju kurung la. lebih2 lagi kalau baju tu berkain cotton. lagilah extreme punya suka. two thumbs up!!

saya suka baju kurung sebab saya akan rasa sangat kemelayuan bila pakai baju kurung. plus, saya akan rasa macam sopan santun je *padahal tak pun. perasan je lebih..*  saya juga akan berasa bangga bila melihat orang yang berbangsa lain mengenakan baju kurung. wahh!! memang saya akan adore orang tu sangat2.saya rasa semua gadis yang berbaju kurung ni sangat sweet, ayu dan sopan. walaupun mungkin ada orang cakap baju kurung ni agak kolot ka. well, who cares!!






  • PURPLE
i like purple colour damn much. plus, colour violet. ops.. jangan salah faham ye, violet adalah kumpulan warna biru sebenarnya. bukan purple. ramai yang masih menyalah anggapkan isu ni. kenapa saya suka purple? sebab saya rasa colour ni sangat lembut dan tenang. tak lah striking sangat. tapi pada masa yang sama, dia tak terlalu dull. yes.. saya suka purple. ada masalah?

tapi malangnya, barang2 yang berwarna purple selalu tak cantik. saya pun tak tau la kenapa. so, kebanyakan barang2 saya bukan berasaskan warna purple tu. tapi macam2 warna ada. cakap jela colour apa pun..

  • TEDDY BEAR
macam budak2 ek? hehe.. cakaplah apa anda nak cakap. saya tak kisah. saya suka sangat teddy bear. lebih2 lagi yang besar n lembut tu. wah.. bestnya kalau dapat peluk. tapi, saya tak suka beli teddy bear. in fact, saya tak pernah beli teddy bear. kebanyakan teddy bear saya orang lain yang bagi. hehe.. saya tak mintak tau. :P *ok admit, saya pernah mintak sekali. haha..*




* comel kan? wink2..*

  • MUZIK DAN NYANYIAN
ok. these two things yang saya memang sangat suka. muzik.. saya suka muzik sebab bagi saya people can express their feeling throuh music. cakap je apa pun yang dia rasa, semua dia boleh luahkan dengan muzik.tapi saya tak pandai pun main alat muzik. nak compose lagu? jauh sekali. saya tau dengar je. hehe..

nyanyian? salah satu hobi saya. tapi saya tau lah, suara saya tak sedap pun. saya menyanyi sekadar nak isi kebosanan je. walaupun saya tau, ada yang tak suka saya menyanyi. mungkin bagi mereka, saya mengganggu mereka kot. yela, dahla suara tak sedap. pastu nyanyi kuat2 pulak tu. memang mintak kaki la tu kan. hehe.. anyway, saya menyanyi sekadar hobi. saya tak menyanyi kat konsert2, kenduri kendara atau function apa2, saya menyanyi kat satu tempat yang sangat personal dan saya yakin takde orang lain selain yang saya kenal je boleh dengar. :)

ok. habis kesepuluh2 benda yang saya suka. selamat membaca dan menghayati. *bajet je*. sebenarnya banyak lagi yang saya suka dan sayang sebenarnya. tapi, kan cabarannya sepuluh je, buat apa nak ditambah2. haha.. ok la. setakat ni saja entry kali ni. chow.. tata..

terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca entry ni..
jasamu dihargai..
TERIMA KASIH DATANG LAGI.. :)