Tuesday, May 10, 2011

5th challenge: ten wishes

ASSALAMUALAIKUM..

tahniah kepada saya kerana telah berjaya melangsaikan 4 cabaran sebelum ini!! bagi tepukan gemuruh!! *batak la pulak..* kita dah sampai entry yang ke lima ye kawan2. err, i mean entry yang kelima untuk tajuk yang berkaitan dengan sepuluh. ok, so, tajuk hari ni ialah 10 harapan. *betul kan translation ni?* so, tanpa melengahkan masa anda, saya dan juga negara, jom kita mulakan. zassss........

  • A GOOD DAUGHTER
the first thing yang terlintas kat fikiran saya bila saya baca tajuk ni, ialah nak jadi anak yang baik kepada ibu dan ayah saya. haha.. saya selalu berusaha untuk tak menyinggung perasaan mereka dan selalu cuba untuk mengikut semua permintaan mereka. tapi tak semestinya bila saya buat semua tu saya dah dikira sebagai anak yang baik kan? insya ALLAH saya tak lupa untuk doakan mereka. lagipun, kadang2, perbuatan kita yang mungkin bagi kita tak menyinggung perasaan mereka, tapi bagi mereka perbuatan tu macam sembilu dalam hati mereka. kita cuma buat yang terbaik, and let them judge us. but i really hope that i am a good daughter to them. 

*me love them damn much..*
  • A GOOD FRIEND TO EVERYONE
saya selalu cuba buat yang terbaik untuk kawan2 saya. and that's why saya jarang menolak apa2 pun permintaan mereka. kecuali kalau saya betul2 tak boleh nak ikut tu lain la kan. tapi jadi kawan yang baik ni pun susah jugak. kena faham perangai kawan yang ni, kawan yang tu. yela, kan setiap orang ada lain2 perangai, lain2 cara hidup, lain2 sensitiviti, lain2 prinsip etc. etc. so, selalunya saya akan mengetepikan ego dan sikap selfish saya bila saya ada dengan kawan2 saya. because as long as i can see, remaja yang umur sebaya dengan saya ni, masing2 ada ego sendiri. nak2 kalau bergaduh atau berselisih faham. so, kalau saya pun tunduk dengan ego saya tu, memang tak aman la hidup. but yes, sometimes kita memang kena jadi selfish dan egois sikit. tapi in a particular time only. "don't feed the ego.." :)

*renung2kan dan selamat beramal*

  • A GOOD STUDENT
wahaha.. senang ke nak jadi good student? entahlah. tapi as long as kita tak buat problem kat cikgu tu takpela kot. cara saya nak jadi pelajar yang baik? erm, macam ni kot, just siapkan semua assignment dan tutorial on time *kadang2 tak buat pun. wakaka..* pastu, apa yang cikgu cakap, kita ikut. rajin jumpa cikgu. rapatkan diri anda dengan cikgu2. bukan untuk mengampu ye kawan2. tapi manalah tau cikgu tu ada tips belajar yang berkesan, ada ke dia nak ajar kat kelas tips tu? ada? kecuali kalau satu kelas berpakat mintak kat cikgu tips tu. lagipun, kalau kita rapat dengan cikgu, kita akan rasa lebih selesa untuk berbincang dengan cikgu tentang masalah2 dan topik2 yang kita tak faham. betul tak cikgu salmi? *wink.. hehe.. apa2 pun, nak jadi pelajar yang baik ni macam nak jadi anak yang baik jugakla. kita doakan cikgu dan jangan buat cikgu kecil hati dengan kita. insya ALLAH. berkatlah ilmu2 itu. *poyo la pulak*

*madam cheah, lecturer bahasa inggeris*
*cikgu salmi, pensyarah biology*
  • MANUSIA YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
nak jadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat ni bukan senang ye. nak berjaya di dunia je dah macam2 cabaran kena tempuh. nak berjaya kat akhirat pun susah jugak. kena kuat untuk menepis godaan syaitan dan nafsu. ish.. takut la pulak. haha.. insya ALLAH impian saya yang satu akan tertunai. kena usaha la kan. kalau tak usaha macam mana nak dapat betul tak? jom kita doa sama2 supaya kita semua dapat jadi manusia yang berjaya duniawi dan ukhrawi. amin..

*nak jadi macam mereka..*


*jom doa sama2..*

  • WATAK DALAM NOVEL, FILEM ATAU FAIRYTALE
nak jadi macam watak dalam novel boleh tak? semua orang tau yang watak dalam novel ataupun filem mesti perfect. cantik, pandai pastu di akhir cerita, "they live happily ever after."  best kan macam tu? haha..tapi betul la orang cakap, orang yang cukup sempurna hanyalah mereka yang hidup di dalam novel sahaja. haha.. so dalam dunia nyata, it is quite impossible untuk jadi manusia sesempurna watak novel. quite impossible tapi tak impossible. am i right? when there is a will, there is a way. maybe kita tak boleh nak ubah takdir kita dengan guna fairy godmother macam cerita cinderella, tapi kita still boleh ubah takdir kita dengan doa. :)

*and they live happily ever after.. :)*
  • A GOOD CHEF
saya tak pandai masak. so, saya sangat harap saya adalah seorang yang pandai masak semua masakan. haha.. berangan je kan. nak masak pun tak berani. well, sometimes i do feel offended bila orang perlekehkan keupayaan saya untuk memasak. i mean, saya tau saya tak pandai masak. but it doesn't mean yang saya tak pernah masuk dapur. ok? clear? saya suka masak2, tapi tak pandai masak. saya tak pandai nak anggarkan berapa banyak garam yang diperlukan untuk sesetengah juadah. so, please, jangan pandang rendah kat saya ok? i'll try my best untuk mencapai impian saya yang satu ni. chaiyok deeya!!! 

*kenapa ramai chef terkemuka lelaki ek? anda perasan tak?*



  • MYVI WARNA MAGENTA
ok, yang ni, memang saya dah berangan lama dah. semua orang tau, myvi yang warna magenta ni adalah limited edition untuk perempuan. walaupun saya tak suka pink, tapi magenta is not totally pink ok.. haha.. saya suka warnanya. lagipun saya memang suka myvi. so, disebabkan myvi magenta ni limited edition, rasanya kalau saya dapat myvi warna hitam atau kelabu pun dah ok. muahaha.. *ketawa jahat..*

*yes.. here it comes..*
  • KULIT MUKA HALUS MULUS.. :)
ok, admit la, kulit muka saya tak selicin kulit anda semua. tapi alhamdulillah la setakat ni takde lagi jerawat batu yang besar2 tu hinggap kat muka ni.setakat jerawat biasa dan bintik2 kecik je. tapi still, tak memuaskan hati. *tak bersyukur betul* hehe.. yela, siapa taknak kulit muka licin kan? anda tak nak ke? taknak? er, kalau taknak takpela. itu kehendak anda. hehe.. my mom sarankan pakai bedak sejuk. memang dah pakai dah pun, tapi kena konsisten la pulak nak menempek bedak sejuk tu ke muka. kalau tak konsisten macam saya ni, alamatnya, tak berkesanla teknik tu. hampeh betul..

*nak muka licin macam ratu dunia ni boleh tak? :)*
  • POINTER 3.5 KE ATAS
saya taklah pandai macam anda semua. selalu ponter tak sampai pun 3.5. mungkin takde rezeki kot. mungkin jugak usaha tu tak cukup lagi. fuhh... i hope that i will achieve it someday, insya ALLAH. kadang2 jealous tengok kawan2 yang tak lah pulun sangat study tapi pointer gempak gila.. ada jugak yang tak study pun tapi still pointer gempak. ish.. i wish i have their brain. haha.. saya ni dahla lambat tangkap, pelupa pulak tu. agaknya saya dah kena amalkan petua yang maryam bagi kat saya la, makan kunyit hidup mentah2. tapi, bolehkah tekakku menerima? haha.. takpe, masih banyak alternatif kan? :)

* makin ini mentah2? apakah rasanya?*
  • MELANCONG KE LUAR NEGARA
honestly, saya tak pernah pergi keluar dari semenanjung Malaysia ni. seriously.. memang tak pernah jejak pun lah sabah dan sarawak tu. apatah lagi negara2 eropah kan? memang kirim salam la jawabnya. dalam hati teringin jugak nak pergi berjalan ke negara orang. nak jugak rasa macam mana salji tu, sejuk kat sana tu macam mana, musim2 kat sana macam mana, bunga dia cantik ke tidak, etc. etc. haha.. i hope one day may wish will be granted. insya ALLAH. bukan senang kan nak melancong kat oversea. kena ada perancangan yang sangat teliti. kalau tak, rugi la. ada lagi satu negara yang saya sangat teringin nak pergi, Makkah. saya sangat2lah teringin nak merasa ketenangan yang orang selalu cakap tu. teringin rasanya nak tengok kaabah kat depan mata. wahh.. mesti bahagia kan? saya akan ke sana jugak satu hari nanti. insya ALLAH.. :)

*subhanallah.. sangat cantik kan? :')*

ok.. selesai lagi satu entry saya. susah jugak nak buat entry ni. kena fikir betul2 apa yang saya betul2 nak. haha.. bila dah banyak sangat impian, memang susah la kan nak pilih. haha.. but i really hope semua impian saya akan tercapai. insya ALLAH. jom kita doa sama2 supaya impian kita semua tercapai dengan izinNya. amin.. oklah. chow.. tata..

terima kasih sebab baca ini entry!!
syukran jazilan..
jasamu dihargai..
ukhuwah fillah abadan abada.. :)