Saturday, May 14, 2011

8th challenge: ten of my favourite songs

ASSALAMUALAIKUM..

ok, hari ni kita dah sampai ke cabaran kelapan. lambat pulak saya dapat nak mengupdate benda ni sebab start dari malam semalam sampai malam ni, blogspot buat hal yang memang buat saya geram plus menyampah. kepada mereka2 yang ada blog dan memang jenis suka mengupdate entry tiap2 hari macam saya ni, memang taklah kan rasa nak bagi penyepak kat blogspot. tapi takpe, it's over now. dah boleh update balik. yeay!! ok, cabaran kita hari ni ialah sepuluh lagu yang saya minat. yes!! i've been waiting for this since forever!! *hyperbola kau ye deeya* so, disebabkan terlalu excited, saya taknak membuang masa anda, masa saya, dan masa kerajaan lagi dah. jom kita proceed.. layan~~

  • FIFTEEN, TAYLOR SWIFT
anda perasan tak? ini lagu yang anda sedang, telah dan akan dengar bila anda bukak blog saya. yup.. fifteen!! saya bukan nak perasan muda ok? lagu ni ada sentimental value tau. kenapa? sebab lagu ni seolah2 menceritakan kehidupan saya time saya berumur 15 tahun. dan saya rasa macam nak dedicate je lagu ni kat semua adik2 yang berumur 15 tahun sekarang ni. nak dedicate kat adik saya jugak bila dia dah sampai usia 15 tahun nanti. lagu ni memang terbaiklah. walaupun mungkin anda akan cakap, "ish.. lagu lamalah ni. tak ikut peredaran zaman ke deeya ni?" ok, do i care? saya yang dengar kot. haha..apa2 pun, i wish i'd remain fifteen forever!! :)


*i miss the moment like this.. :')*

  • BACK TO DECEMBER, TAYLOR SWIFT
baiklah, i admit. saya memang kipas susah mati gadis berambut emas yang cantik jelita ni. sebab saya suka cara dia yang sempoi but yet sangat cantik. lagipun lagu2 dia semua suit dengan jiwa saya. saya bukannya suka sangat lagu2 yang rap, rock atau pop ni. kadang2 saya layan jugaklah. tengok keadaan. bukannya saya tak layan langsung ok? back to the topic.lagu back to december ni, takde sentimental value. but i like the lyrics and the song. wahaha.. lagu country memang terbaiklah!! tak percaya? cuba search kat youtube lagu ni. gerenti anda cair punya. :)

*oh, she's so pretty!!*


*sebahagian lirik lagu ni*
  • WANITA, DEHEARTY
lagu ni adalah lagu nasyid ye kawan2. kenapa saya suka lagu ni? sebab lirik dia sangat sweet!! membuatkan saya rasa cair dan berada di awangan. plus, saya turut rasa dihargai. boleh tak sesiapa antara anda yang dedicatekan lagu ni kepada saya? please3.. nak jugak.. haha.. by the way, saya nak dedicate lagu ni kepada semua wanita dan gadis di luar sana. meh sini saya reveal kesweetan lirik lagu ni. tapi part chorus jelah ye. kalau nak tulis semua memang tak tidurlah saya malam ni.

digelar sebagai penyeri dunia, hadirmu melengkap hubungan manusia..
bukan saja dirindui yang biasa, malah adam turut sunyi tanpa hawa..
akalmu senipis bilahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu..
jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..

tercipta engkau dari rusuk lelaki..
bukan dari kaki untuk dialasi..
bukan dari kepala untuk dijunjung..
tapi dekat dibahu untuk dilindung..
dekat jua dihati untuk dikasihi..
engkaulah wanita hiasan duniawi..

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok..
jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk..
engkaulah wanita istimewa..
*anda semua tak suka? takpelah. saya suka!! :)*

  • JUST THE WAY YOU ARE, BRUNO MARS
dulu saya tak berapa suka lagu ni. tapi lepas madam cheah pilih lagu ni untuk dinyanyikan dalam kelas time hari terakhir tu, saya dah mula suka dah. kenapa? sentimental value la beb. saya pernah menyanyi lagu ni berduet dengan aida dan kak solihah kat dalam dewan kuliah. tapi waktu semua orang dah takdelah. haha.. and i miss the moment. :')

* I MISS YOU, CIK AIDA!!*
  • MISS YOU LIKE CRAZY, THE MOFFATS
saya suka lagu ni sebab lagu ni sweet.. haha.. terma kasih kepada desktop kolej yang saya guna time kelas teknologi maklumat yang ada simpan lagu yang sangat sweeeettttt ni. boleh kena diabetes mellitus *betul tak ejaan saya?* tau kalau dengar lagu ni selalu. so, kepada pesakit diabetes di luar sana, dinasihatkan jangan dengar lagu ni banyak2 kali. takut nanti level gula dalam darah anda naik. hehe.. saya bergurau ye. jangan ambil hati. :) ops, tak lupa kepada cik raja azmatul amirah sebab dengan senang hatinya membluetooth lagu ni ke handphone saya. terima kasih.

* the moffats. i wonder where they are now..*

  • I WANT TO SPEND MY LIFETIME LOVING YOU, TINA ARENA & MARC ANTHONY
lagu ni pun saya suka sebab lirik yang mendalam serta vokal yang mantap. ye.. mereka berdua memang memiliki vokal yang cukup mantap ye. memang superblah time tina arena tarik lagu ni.muahaha.. lagu ni filem zorro punya lagu. anda tengok filem tu? saya tak. ngee~~

*pelakon filem zorro*

  • HOW DO I LIVE, LEANN RIMES
ok once again, lagu ni pun saya suka sebab lirik yang mendalam dan vokal yang mantap. lagipun lagu ni sempoi je. tapi macam biasalah kan, it is so sweet!! haha.. tak habis2 dengan perkataan sweet. tapi lagu kumpulan gula2 saya tak suka tau!! tak sweet langsung. duhh~~

* this is the singer!!*

  • REFLECTION, MULAN
huh, lagu kartun pun kau layan deeya? ye, saya layan lagu kartun. kenapa? ada masalah? saya suka lagu ni sebab dia best. bait2 liriknya betul2 menggambarkan apa yang dirasakan oleh mulan ketika itu. kesian sangat kat beliau kan? tapi akhirnya jadi wira yang menyelamatkan china. memang tabiklah sama itu mulan.

* i like it. aha aha..*
  • LAGU MRSM, STUDENT2 MRSM
haha.. ok, saya admit. saya suka lagu mrsm. lebih daripada saya suka lagu kmns. kenapa? entahlah. saya rasa lagu mrsm ni best. muziknya, liriknya dan cara kami, pelajar2 menyanyikannya. mungkin kadang2 kami nyanyi secara acuh tak acuh, tapi,itulah yang memahatkan kenangan dalam hati kami. wah.. rindu maktab!!

*seriously, i miss ddo..*
  • LAGU KMNS, PELAJAR2 KMNS
walaupun saya tak berapa suka lagu ni sebab encik fauzi suka suruh kami nyanyi berulang2 kali, tapi jauh di sudut hati aku, aku suka jugak lagu ni sebenarnya. tak percaya? tanya sesiapa yang duduk dekat2 dengan aku time assembly. aku dengan semangatnya akan nyanyi lagu ni tau. haha.. besides, lagu ni sebagai bukti yang aku pernah menjadi student kmns. haha.. kan aida?

*rindu pemandangan ni. sob.. sob..*
ok siap!! fuh.. siap akhirnya. senang cerita kan, lagu2 yang saya suka ni, semuanya ada kisah disebalik kenapa saya suka lagu ni, lagu ni dan lagu ni. setiap lagu yang saya senaraikan ada keistimewaan masing2. ada sentimental value masing2. walaupun mungkin saya tak mention kat atas kan. haha.. ok, i really need to sleep. menaip ni pun dah tersengguk2 dah ni. i need to stop here. ok chow.. tata..

thanks for reading this entry..
xie xie..
ukhuwah fillah abdan abada..
:)

No comments: