Saturday, May 14, 2011

this is for girls and women out there

ASSALAMUALAIKUM..

ok, macam yang kita semua tau, sekarang ni kat Kuala Lumpur tengah kecoh dengan jenayah simbah asid. yup.. i admit, saya baru tau tadi pasal cerita ni *nampak sangat tak tengok berita dan tak baca surat khabar* but guys, this is a serious matter ok. memang sangat menakutkan bila baca berita tentang ni tadi. i have no idea why they splash the acid to ladies. lainlah kalau dia ragut orang tu then simbah acid kat muka mereka tu, it is acceptable lah kan. at least kita boleh nampak motifnya kat situ. persoalan kat sini, kenapa? kenapa wanita sahaja yang dijadikan mangsa? mereka jealous sebab kita ni dianugerahkan dengan wajah yang cantikkah?

from the news i read just now, suspek tu adalah dua lelaki yang berketurunan india berusia dalam lingkungan 20 dan 30 an. seorang berbadan gempal, dan seorang kurus. entry kali ni adalah lebih kepada amaran kepada anda semua yang baca blog saya ni, kawan2 saya, saudara2 perempuan saya, kakak dan adik saya, dan yang paling penting ibu saya. and of course me too. sila jaga diri anda dengan baik ye. because i love you all. dan saya tak sanggup tengok anda semua kena apa2 benada yang macam ni. so, saya nak kongsi a few tips dengan anda semua. tips untuk mengelakkan kejadian ni berlaku pada diri kita. sekurang2nya kita ada ikhtiar nak hindari semua ni kan? maklumat ni saya baca dari artikel yang di share oleh kakak saya di facebook, so, for those yang tak baca lagi, i advice to read it. kalau dah baca, nak teruskan baca pun boleh, nak ignore pun boleh.

  • CUBA UNTUK BERJALAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ARAH TRAFIK
dengan cara ni, kita mungkin boleh mengelak daripada menjadi target suspek tu sebab susah sikit nak splash dari belakang kan? because most cases yang berlaku sebelum ni, mangsa2 tu kena simbah dari arah bertentangan. tapi cara ni agak susah nak praktikkan sebab pejalan kaki disarankan untuk berjalan bertentangan dengan arus trafik untuk kurangkan kemalangan jalan raya.

  • SELALU DAN SENTIASA BAWA PAYUNG
payung ni banyak kegunaan kan? bukannya anda guna time hujan dan panas je. bila anda bawa payung, mungkin anda dapat mengelak daripada terkena simbahan asid tu. so, kalau anda nampak orang yang mencurigakan datang dekat kat anda, terus bukak payung tu. kalau orang tanya, anda cakaplah anda panas ke, puteri lilin ke etc. etc. kalau orang yang mencurigakan tu sebenarnya nak tanya arah jalan je, still, you all kena berhati2. bersiap sedia dan berwaspadalah. manalah tau, tu cuma helah untuk buat you all pandang mereka kan? who knows?

  • CUBA ELAKKAN DARIPADA BERJALAN DI TEPI JALAN RAYA
obviously, kalau anda berjalan kat tepi jalan raya, anda sangatlah senang menjadi target mereka2 yang berotak... *otak apa ek?* berotak tak betul ni. so, nasihat saya, elakkan. kalau terpaksa jugak, guna tips2 yang telah dan akan diberi sebentar lagi. ok girls? :)

  • SIMPAN NOMBOR TELEFON BALAI POLIS BERDEKATAN DAN LAPORKAN PERKARA YANG MENCURIGAKAN
anda janganlah pulak pergi mengorat abang polis tu. bukan itu tujuannya menyimpan nombor telefon balai polis. ini penting tau tak. jangan ambil ringan ye? *ye deeya ye?* so, bila anda nampak orang yang mencurigakan, anda laporkan pada polis tu, secepat mungkin. ok? ciri2 suspek tu saya dah bagitau tadi. tapi in case anda terlupa, biar saya ulang semula.

-dua orang lelaki berketurunan india
-berusia dalam lingkungan 20 atau 30an
-seorang berbadan gempal, dan seorang kurus
-menaiki motosikal ex5 or yamaha

so, berhati2 ye semua. don't let them harm you.

  • PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP SETIAP KULIT YANG AGAK2 ADA POTENSI KENA TEMPIAS ASID
senang cerita, tutup aurat lah ye. but to those yang non-muslim, takkan nak pakai tudung pulak kan. so, do wear something yang you all rasa boleh melindungi kulit you all daripada asid tu. contohnya, pakai t-shirt lengan panjang, seluar panjang, skirt labuh, etc. etc.

  • LIMIT YOUR OUTDOOR ACTIVITIES
bukannya nak suruh anda semua terperap kat rumah tak keluar2. cuma, kurangkan. so that, risiko anda kena semua2 benda yang tak patut tu, lebih rendah. kalau nak keluar jugak, guna kenderaan sendiri. paling elok, kereta lah kan. kalau tak pandai drive atau takde lesen kebenaran memandu *dikuatkuasakan oleh ibu bapa. hehe..* mintak lah tolong abang anda ke, ayah ke, ibu ke, kakak ke, suami ke, isteri ke, jiran ke, tak kisahlah lah sesiapa pun. sekurang2nya, risiko anda, lebih rendah.

  • PALING PENTING, DOA
ha.. yang ni tips yang paling penting. paling2 tak pun, anda semua baca ayat kursi sebelum keluar rumah. kenapa? sebab bila kita baca ayat kursi, ALLAH akan mengutuskan 70, 000 malaikat kepada kita. mereka akan memohon keampunan dan mendoakan keselamatan kita. so, amalkanlah ayat ini ye kawan2. insya ALLAH, kita terlindung dari sebarang bencana sewaktu kita meninggalkan rumah.

itu antara tips2 berguna untuk anda semua praktikkan dalam kehidupan seharian anda. sebab suspek ni, dia menyerang semua wanita tanpa mengira umur mereka. sedangkan ibu yang sedang menggendong anak pun dia splashkan asid, apatah lagi yang biasa2 kan? sorry to say, tapi mereka ni memang takde perikemanusiaan agaknya. dah takde rasa belas kasihan langsung dah. tarak otak punya olang! ok, kasar ye bahasa saya di situ. kita cakap banyak pun tak gunakan. biarlah polis meneruskan usaha mereka memberkas penjenayah2 tu. kita doakan mereka supaya berjaya dengan selamat. amin.. yang kita ni? amalkan tips2 tadi. supaya kita dilindungiNya. amin.. kita dah usaha dan tawakal, ALLAH yang menentukan segalanya. oklah. nak sambung buat entry untuk tajuk 10 pulak. haha.. chow. tata.




terima kasih sebab sudi baca entry ni..
gamsa hamnida!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: