Thursday, May 12, 2011

resepi ayah saya.. :)

ASSALAMUALAIKUM..

tajuk untuk malam ni ialah resepi ayah saya. kenapa resepi ayah? sebab ayah saya yang bagi resepi ni.ok, sebelum kita proceed lebih lanjut, saya nak cerita tentang perbualan saya dan ayah saya pada malam semalam. waktu tu, saya tengah makan buah mangga yang dicicah dengan aiskrim. nyum.. ala2 banana split la.. tapi yang ni mango split. bila ayah saya nampak saya makan mangga macam tu, dia pun berkata..

ayah: uish.. mangga ni kalau kau campur susu pastu kau blend, memang sedap. nak2 kalau kau tambah aiskrim vanila kat atas dia. pergh.. sedap..
saya: yeke? (sambil menyuap potongan mangga bersalut aiskrim kedalam mulut)
ayah: iya.. memang sedaplah..
saya: macam ais blended ke?
ayah: taklah. ais blended tu ais. ni susu.
ibu: alah.. dia makan macam tu pun sedap kan angah.

saya hanya tersenyum mendengar kata2 ibu tu. dalam hati memang berminat lah kan mendengar cakap ayah tu. ala.. senang je kot. ramuan yang diperlukan, mangga, susu dan aiskrim. dalam hati, saya bermonolog sendirian, "nak buat lah nanti."

so, hari ni, hajat saya nak buat mangga susu campur aiskrim tu dah tercapai!! yes!! disebabkan ini ialah pertama kali saya buat sesuatu makanan tanpa diguide oleh sesiapa, saya rasa bangga jugaklah. muahaha.. saya cuma berpandukan kata2 ayah semalam je. dan hasilnya.. :) jom2.. nak share pengalaman ni.. kat bawah ni ialah gambar ramuan2 yang saya gunakan..

*mangga yang dah dikupas dan dipotong*
*susu. tak kisahla anda nak pakai susu apa pun*
*aiskrim vanila*

*blender. er, ni bukan ramuan ye. hihi..*
so, bila semua bahan2 diatas dah siap disediakan, maka bolehlah anda semua proceed kepada step seterusnya iaitu menyediakan makanan tersebut. *betul ke ayat saya ni?* haha.. maaflah.. saya tak pernah mengacarakan rancangan masak2. so, ayat tunggang terbalik sikt. sorry2.. ^^

first step yang anda kena buat ialah, masukkan mangga yang telah dikupas dan dipotong tadi ke dalam blender yang takde bau bawang atau bau halia tau. takut nanti hilang selera pulak tuan2 dan puan2 nak minum nanti *bercakap ala2 chef wan* 

*mangga yang telah selamat landing ke dalam perut blender*
the next step, masukkan susu ke dalam blender di mana mangga2 tadi dah di kebumikan kat situ.

*masukkan susu secukup rasa ye nyah*
step seterusnya, kisar bahan2 tadi sehingga lumat. kalau anda rasa tak lumat lagi, kisarlah sampai mangga tu lumat. kalau sampai esok pagi pun tak lumat2 tu maknanya anda dah kena tukar blender barulah tu. mata pisau blender anda dah tumpul sangat gamaknya. haha..


*gambar terakhir mangga2 tu sebelum dikisar*
*ni pulak gambar bila semua bahan2 tu dah sebati dan mangga2 tu dah lumat*
so, kita dah sampai step yang terakhir. kali ni, semua bahan2 yang dah siap dikisar tadi, dituang ke dalam gelas. hasilnya,

*gambar sebelum dituang ke dalam gelas.*
*ok, dah siap tuang dalam cawan*
kawan2, cuba teka apa step seterusnya? saya bagi 5 saat je nak teka. 1, 2, 3, 4, 5. ok, time's up. jawapannya ialah minum!! haha.. so, saya pun minumlah minuman yang telah saya buat sendiri dan saya namakan sebagai mangga susu dengan aiskrim topping. ops.. ada lagi satu step la tertinggal. bila dah dituang ke dalam gelas, ambil beberapa skop aiskrim, then letak kat atas minuman tu. tadaa~~ dah siap.

*dah tinggal gelas kosong*
ok sebenarnyakan, usaha saya ni tak berapa menjadi ye tuan2 dan puan2. sebab apa? sebab saya rasa sepatutnya saya perlu tambahkan gula ke dalam minuman ni. haha.. ok, sangatlah tawar dan kadang2 masam. duhh.. agak disgusting la rasa dia. hehe.. it's ok. kan first time try ni. practice makes perfect kan? haha. so kepada anda yang nak cuba resepi ayah saya ni, bolehlah cuba. tapi jangan lupa tambah gula ye. takut nanti anda pun dapat nasib yang sama macam saya. nasib baik ayah saya takde kat rumah waktu saya sedang buat eksperimen terhadap resepi beliau ni. kalau tidak, habislah saya kena gelak. haha.. takpe2. nanti bila saya dah berjaya buat yang sedap punya saya bagitau anda ye? *wink

oklah. sampai sini saja entry saya untuk kali ini. terima kasih sebab sudi membaca rentetan eksperimen saya yang tak menjadi ni. haha.. kalau anda ada cuba resepi ni dan menjadi, let me know ok? nak jugak tau apa rasa sebenar dia. haha. ok chow.. tata..

terima kasih kerana membaca entry saya yang tak seberapa ni..
gamsa hamnida..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: