Wednesday, May 18, 2011

7th challenge: ten important people

ASSALAMUALAIKUM..


ok, today's first entry. terlambat sikit ye saya update entry untuk tajuk sepuluh ni. kenapa? i'll tell you all. later. cabaran hari ni ialah 10 orang yang penting dalam hidup saya. siapa agaknya? taknak lah mukadimah panjang2 hari ni, jom terus ke isi2 penting. zassss.....


  • AYAHANDA DAN BONDA
ok. they are the most important people in my life. and i believe they are important in yours too. kenapa? sebab tanpa mereka, takdelah saya sekarang ni. takdelah saya nak menaip entry ni untuk anda semua baca. takdelah saya terus bersemangat mengupdate blog saya tiap2 hari tanpa galakan dan sokongan daripada mereka. mereka sentiasa tampil dengan idea2 yang bernas dan menarik serta komen2 yang membina untuk saya meneruskan minat saya dalam dunia blogging. *pergh.. ayat skema habiss..* plus, they mean everything to me. saya tak suka tengok mereka menangis ataupun sakit, sebab nanti saya pun sedih sekali. saya suka tengok mereka gembira dan bahagia sentiasa, sebab itulah punca kegembiraan saya. :).. ayah, ibu, WO AI NI!! 


*the apples of my eyes..*




  • KEKANDA DAN ADINDA2KU
haha.. pakai bahasa istana pulak kan saya ni. yup.. mereka memang penting dalam hidup saya sebab kalau mereka takde, siapa yang dijadikan mangsa buli saya? *sebab tak munasabah.. hehe* dan kalau mereka takde, sunyilah hidup saya tanpa gurau senda dan telatah mereka yang kadang2 mencuit hati malah kadang2 menyebabkan saya senyum sorang2 bila teringat. hehe.. walaupun saya nampak macam tak sayang mereka, sebab saya suka buli mereka, tapi hakikatnya, saya sangat sayang mereka. kalau kat hostel saya bertemankan kawan2 saya yang dah dianggap sebagai adik beradik, tapi kalau kat rumah saya ditemani oleh adik beradik saya yang dah dianggap sebagai kawan2. yeah.. adik beradik saya memang terbaik!! kakak!! ami!! adek!! WO AI NI!!! *er, mereka faham ke ni?*


*the fantastic four with lovely atuk..*




  • ATUK, NENEK, MAKCIK2, PAKCIK2, SEPUPU, DUA PUPU, TIGA PUPU, KUPU2..
pendek kata, sedara lah ye. takkan tak faham2 kot. yes, they are important. kenapa? sebab saya sayang mereka. mungkin saya taklah rapat dengan cousin2 saya. sebab perbezaan usia yang agak jauh dan juga terhalang dengan faktor perbezaan jantina, mendorong kepada masalah ini. *skema lagi..* saya kan pemalu. haha.. pemalu ke? pemalu la.. takkan anda semua tak kenal saya kot. saya sendiri tak tau kenapa saya malu dengan sepupu saya sendiri. lebih2 lagi lelaki. padahal bila kat dalam kelas boleh je bergurau dengan budak lelaki. bertengkar pun ada. er, kepada cousin2ku, jangan ambil hati ye. saya memang macam ni. susah nak mesra sikit. tapi kalau dah mesra, insya ALLAH gajah rimau saya cerita kat anda. *becok lah maknanya tu..* mungkin sebab kita jarang jumpa kot. lagipun jarak umur kita kan agak jauh. so, terjadinya halangan komunikasi di situ. harap maklum. tapi walau apa pun angah tetap sayang anda semua. semua sekali. tak kisah la lelaki ke perempuan ke. yang tua ke yang muda ke. yang jauh ke yang dekat ke. senang cerita, SEMUAlah ye. WO AI NI!! :)


*kumpulan rewang yang terdiri daripada pakcik2 dan sepupu2 saya. kumpulan ini diketuai oleh ATUK!! :)*




  • SAHABAT, KAWAN, KENALAN
bagi saya, tiga perkataan kat atas ni merujuk kepada orang yang lain2 ye. senang cerita setiap perkataan membawa maksud yang tersendiri. so, let me explain. one by one. sahabat tu, bagi saya maksudnya mereka yang sentiasa berada dengan saya through thick and thin. maknanya, waktu susah ke, waktu senang ke. always ada dengan saya. mereka2 yang saya maksudkan adalah beberapa orang, tak ramai pun. mereka ialah 




*tuan nor farhana*
*fathiha sumery*
*khadijah*
*aida nazib*

*diana nordin*
*ahmad fathi*
untuk pengetahuan anda semua, gambar2 di atas tak disusun mengikut prioriti ye. kenapa? sebab gambar2 ni mengada2 pulak malam ni. taknak disusun seperti yang dikehendaki. haha.. takdelah. anda2 yang tersenarai kat atas ni sama je prioritinya. bukannya bermakna yang duduk atas sekali tu yang terpenting, dan yang bawah sekali kurang penting. anda semua sama ok? jangan ada lepas ni yang komen kat saya macam ni, "nad/deeya, kenapa gambar aku bawah sekali?" ataupun "nad/deeya, aku yang terpenting ye? wah bangganya aku." diulang suara, kedudukan anda semua sama di hati saya. ok? kalau lebih pun, faham2lah kan.:).. ok seterusnya, kawan. kawan ni pulak, bagi saya, sangatlah ramai. sebab mereka ni mendampingi saya hanya sekadar suka2 je, bila mintak tolong, semua lari. tapi tak semua macam tu kan? segelintir jela. kawan pun tak kurang hebatnya, cuma tak boleh lawan kehebatan sahabatla kan. disebabkan kawan saya ramai, so, tak payah la tayang muka mereka. takut kalau ada yang gambar tak ditayangkan tu nanti merajuk pulak ka. hehe.. so, to be fair, semua tak payah letak. fullstop. seterusnya, kenalan. kenalan saya lagilah ramai. abang jual burger tepi jalan pun kenalan saya, pakcik jual aiskrim pun kenalan jugak, mereka2 yang pernah berjumpa dengan saya tapi tak pernah bercakap, kenalan lah tu. kiranya, kenalan ni cuma mereka yang dikenali secara fizikal tapi tak dikenali secara rohaniah la ni. haha.. apa2 pun, mereka sangat penting dalam hidup saya. sebab melalui mereka, saya boleh kenal macam2 perangai manusia. oklah, panjang sangat lah point yang ni. pergi the next point.


  • CIKGU, TEACHER, LECTURER
yes. tenaga pengajar pun pentinglah kan. kalau mereka ni takde, maknanya saya ni buta huruf lah kan. tak pandai baca, tak pandai menulis, tak pandai mengaji, nak speaking london pun tak pandai tau. so, mereka sangatlah penting bagi saya. sayang cikgu semua!! muah2.. tapi dua cikgu je yang saya ada gambar secara personal dengan mereka. hehe..


*cikgu salmi*
*madam cheah*


  • MAKCIK2 CLEANER
apa gelak? betullah. makcik2 cleaner ni penting bagi kita tau tak? kalau mereka takde, siapa nak bersihkan toilet2 kat RnR tu? kalau mereka takde, alamatnya busuklah toilet tu. bukan kat RnR je, kat asrama pun sama. kat sekolah pun sama. pendek kata, kalau mereka takde, memang kotor persekitaran kita. melainkan kita da inisiatif lain. contohnya, kita amalkan buang sampah dalam tong sampah. so that, takde lah sampah merata2 lagi. tak gitu? lagipun, kat matrik dulu kan selalu ada kes taik kucing merata2 kan? kalau makcik cleaner tu tak bersihkan, ada anda semua nak bersihkan? adakah? kalau ada baguslah. so, makcik cleaner ni sebenarnya layak untuk menerima penghormatan daripada kita semua. ingat senang jadi cleaner?janganlah pandang rendah kat mereka ni hanya disebabkan pekerjaan mereka. at least mereka cari rezeki yang halal kan? so, kepada makcik2 cleaner kat luar sana, berbakul2 terima kasih saya hulurkan kat makcik2 sebab tolong bersihkan apa2 yang patut. makcik memang terbaik dari ladang lah!!


*style la makcik ni.*
  • SECURITY GUARD
siapa kata pak guard tak penting? kalau mereka takde, tak amanlah sekolah, universiti, kilang, taman perumahan, dato'2, datin2 etc. etc. ingat senang ke nak berkawal? mereka pun manusia biasa macam kita semua. ada penatnya. mereka sanggup kerja shif malam semata2 nak jaga keselamatan sesebuah kawasan tau. so, kita haruslah menghormati mereka ye kawan2. jangan tengking2 mereka. walaupun mungkin kita tak nampak jasa mereka pada kita, tapi mereka tetap berjasa. so, kepada semua security guard di luar sana, terima kasih saya ucapkan sebab dengan penuh setianya menjaga keselamatan sekolah2 dan kolej2 dan mana2 la kawasan yang sepatutnya. jasa pakcik2 dan makcik2 amatlah dihargai.


*handsome la pulak pak guard ni. huhu..*
  • PENIAGA KEDAI RUNCIT
mereka ni pun penting. kenapa? sebab kalau mereka ni takde, kat mana kita nak dapatkan barang2 dapur? even perdana menteri pun beli barang dapur daripada peniaga kedai runcit jugak. oklah, mungkin mereka up sikit, mereka beli kat giant ataupun tesco kot. but still, lebih kurang je kan? so, agak2 penting tak mereka ni? tepuk dada, tanya selera. :)


*kedai runcit kat mana ni?*
  • NELAYAN
kenapa nelayan? sebab tanpa mereka, kita takkan dapat makan ikan tau. ingat senang ke nak tangkap ikan kat sungai atau kat laut tu? cakap senanglah. cuba pergi buat? ada berani? so, kepada pakcik2 nelayan terima kasih sebab dah bagi kami sumber protein yang cukup untuk hidup kami!!


*pakcik nelayan terbaik!!*
  • PAK IMAM
hah.. yang ni sebenarnya paling penting. kalau beliau takde, memang takde orang nak solat jemaah kat masjid. nak harapkan solat jemaah kat rumah, berapa kerat je yang buat. lagipun kan itu fardu kifayah. itu tu apa? solat jemaah kat masjid kan fardu kifayah. so, pak imam ni sangat berjasa ya kawan2. kalau takde orang yang solat jemaah kat masjid, alamatnya, berdosalah orang2 yang tinggal kat kawasan berdekatan masjid tu. so, kepada pak imam dan tok imam, terima kasih!! may ALLAH always bless you..




fuhh.. at last. habis lagi satu entry. penat la tau tak nak fikirkan benda2 yang sepuluh tu. daripada hari tu tak habis2. takpe2. sekarang tinggal lagi tiga je cabaran kan? ok, i'm looking forward untuk habiskan semuanya. oklah kawan2. i'll end this here. malam nanti kalau saya ada mood nak update, saya update ye. kalau takde mood, maknanya takdelah entry untuk malam ni. ok anda semua. chow.. tata..


terima kasih sebab sudi baca entry saya..
gamsa hamnida!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: