Wednesday, May 18, 2011

you name this entry yourself

ASSALAMUALAIKUM..

haa.. saya ni memang tak suka menunggu. nak2 lagi kalau menunggu tu disertai dengan debaran yang melampau. fuhh.. memang tak tahan la derr.. ni kenapalah result tak keluar2 lagi ni? betul ke keluar hari ni kawan2? tapi hari tu cikgu yang bagitau result keluar hari ni. hadoiila.. betul2 la. bila sebenarnya benda alah ni keluar ni? 

ah tak kisah lah dengan result tu. bila dia nak keluar, dia keluarlah kan. ok, sebenarnya saya nak cerita kat anda semua pasal satu kisah benar ni. anda semua pernah hilang kawan hanya kerana satu benda yang sangat remeh? saya pernah. dan rasanya sangatlah menyakitkan. dan saya taknak hilang kawan lagi. saya jugak taknak anda semua hilang kawan. nak2 lagi kawan yang memang kita dah kenal sejak kecil, kawan yang kita bergelak ketawa bertepuk tampar sama2, kawan yang kita menangis kerananya, dan kawan yang kita dah anggap sebagai sahabat..

kawan2, andai anda tak pernah merasakan keperitan hilang seorang kawan, maka mungkin anda akan baca entry ni secara biasa je, takde perasaan sangat pun. tapi andai kata anda pernah mengalami situasi tu, anda mungkin akan rasa kepedihannya sekarang. kenapa saya bercakap pasal ni? sebab saya sedang sedih. sedih sebab nilai seorang kawan seolah2 tak boleh nak dinilai oleh insan2 sekeliling saya. 

dalam islam sendiri, memutuskan ikatan persahabatan dikira berdosa, sebab ia memutuskan ikatan ukhuwah yang memang digalakkan dalam islam. so, kenapa kita nak putuskan persahabatan tu? yup, memang betul, kadang2 kawan kita tu buat salah. salah yang kita tak boleh nak terima. ataupun mungkin kita dah tak boleh sabar lagi dengan sikap mereka tu. tapi kita perlu ingat, perfect sangatkah kita untuk memutuskan tali silaturrahim dengan orang lain yang baru melakukan sedikit kesalahan. kan lebih baik kita berbincang?

guys, sesiapa yang terasa dengan kata2 saya ni, saya mintak maaf. tapi saya perlu memberi teguran kepada mereka2 yang saya sayang ni. yes.. saya memang ada terasa hati dengan orang2 tertentu disebabkan tindakan mereka. tapi saya tau, saya pun ada salah jugak dalam hal yang berlaku ni. saya tak boleh nak salahkan mereka 100%. sebab mungkin, semua yang berlaku ni, adalah sebab saya terlalu prejudis terhadap mereka. yup.. my biggest mistake. patutnya saya try tanya dulu apa yang berlaku. bukan tuduh melulu.

so kepada kawan2 saya, mimi, nab, zana, azue dan tuan. we need to talk guys. kalau tak semua ada pun, at least a few of you ada. aku tak nak hubungan persahabatan kita yang aku rindu sangat selama ni putus macam tu je. aku sayang korang semua. sayang sangat. tapi aku pun manusia. aku buat silap dan aku tak boleh nak lari dari sikap prejudis aku. 

tuan, kau pun sama. aku taknak kau putus2 dengan diorang. this is not the right way ok? tolong jangan buat sesuatu, mengikut perasaan. do think twice. kalau tak cukup twice, think thrice. mungkin kau akan cakap aku ni lembut hati sangat, tapi demi persahabatan kita, i'll do anything. walaupun mungkin kau akan marah kat aku.

aku tak nak, bila dah sampai satu masa nanti, kita semua akan rasa menyesal dengan tindakan kita sekarang. sebab benda yang berlaku ni, hanya disebabkan salah faham. please guys. please.. kalau korang tak nak buat benda ni sebab korang rasa sakit hati or whatsoever dengan sesiapa, do it for the sake of our ukhuwah. aku tak nak kita semua dapat dosa free just because kita putuskan hubungan kita. ok? aku tak sebelahkan mana2 pihak. aku tau aku salah jugak but please. just let me do what i should do ok?

aku rindu kita dulu2. sangat rindu. dan apa pun salah korang kat aku sebenarnya, aku dah lama maafkan. so guys.. do me a favour will you? jangan gaduh2 lagi ok? kita bincang hal ni baik2 and i'm sure we'll figure out the solution. please guys, please please and please. 

*korang ingat lagi time ni kan?*
salam sayang, nad..

terima kasih sebab sudi baca..
thank you so much..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

1 comment:

all about me!!! said...

nad bkn aku nk ptos kn....
dieorg stil kwn aku...
cme aku x nk dieorg cri aku lg...
hati aku terlalu sakit...
bia la ko nk kte pe pn....
kalo ko nk jmpe dieorg g la...
pe2 psl dierg aku x nk terlibat da...
i'm sorry...