Thursday, May 5, 2011

mata panda 0.o

ASSALAMUALAIKUM

kalau anda semua perasan, ini adalah entry yang ketiga untuk bertarikh 5 may 2011. hehe.. tiba2 saya jadi aktif mengupdate blog saya. sebenarnya semalam saya langsung tak tidur. i repeat, langsung tak tidur. walaupun badan dah penat dan dah menguap berkali-kali tapi mata ni macam ada batang mancis yang menyekatnya dari tertutup. so, macam2 saya buat untuk mendatangkan mengantuk tu. contohnya, baca novel, update blog, main game, buka facebook etc. etc. but still, mata tak mengantuk langsung. novel yang saya baca tu dah hampir habis dah. *sigh


agaknya kalau tiap2 hari insomnia saya melanda, mata saya boleh jadi macam mata panda. tapi nasib baik panda comel. huahuahua.. so, boleh la perasan comel sekali. ok, siapa nak muntah, sila muntah sekarang. :)

saya teringat satu insiden yang berlaku ketika saya masih belajar di matrik negeri sembilan. waktu tu baru habis cuti midsem kalau saya tak silap. ha, waktu tu la biasanya insomnia saya akan datang nak bermanja2.. *tangan ke dada mata dijulingkan ke langit* sampaikan ada satu malam ni, saya terbangun pada pukul 12.30 malam tapi saya ingat time tu dah pukul 6.30 pagi. maka saya dengan terkocoh2nya ambil tuala and semua toiletries saya menuju ke bilik air nak mandi. tapi saya pelik kenapa suasana waktu itu sangat sunyi dan hening. tak macam suasana biasa ketika kami sedang bersiap2 nak ke kelas. tapi saya mandi jela macam biasa. terlintas di fikiran saya yang saya dah tersalah tengok jam. so, habis mandi tu, sampai saja di bilik saya terus tengok jam saya. dan nyatalah telahan saya tadi betul. saya salah tengok jam. haha.. kalaulah roommates saya nampak insiden tu, habislah saya kena gelak. hehe..

by the way, saya selalu dengar orang cakap, kalau nak senang tidur malam, minum susu suam sebelum tidur. hmmm, tak pernah dicuba ya taktik tu. takpe2. malam ni segelas susu mesti masuk perut. kita tunggu..... :)

sampai sini jela entry kali ni. kalau tulis panjang2 pun nanti mengarut. huhu.. tata.. chow~~~

terima ksih sebab baca celoteh saya yang entah apa2 ni..
gamsa hamnida!!

*doakan malam ni saya dapat tidur lena macam mereka yang comel ni ye.. :)