Wednesday, May 18, 2011

syukran ya Rabbi & tokens of appreciation :)

ASSALAMUALAIKUM..

seperti yang telah saya hebohkan dalam entry saya yang lepas, yang telah saya post semalam, hari ni adalah hari di mana result saya akan menjengukkan dirinya kepada saya. dan dalam entry saya yang lepas jugak, saya dah cerita kat anda betapa saya fobia dengan rasa kecewa. but then guess what?


saya dapat 4flat!! dalam mimpi.. haha.. saya tak dapat 4 flat. tapi saya berjaya menganjakkan pointer saya yang teruk waktu semester satu dulu kepada pointer yang jauh lebih baik. and one of the wishes dalam entry saya yang ini dah tercapai. ngee.. alhamdulillah. apa result saya? i got 3.68 as compared to 2.87 which i scored last semester. much better right? alhamdulillah. tu je yang saya boleh ucapkan sekarang ni. 


mungkin ada antara anda yang akan cakap macam ni, "aish budak ni. nak bagitau satu dunia ke result kau yang tak seberapa tu?" ahahaha.. biarlah saya nak bagitau satu dunia pun. ada masalah? result sayalah. bukan result anda. sibuk je tau. haha.. by the way, thanks to all of you yang tolong doakan saya. terima kasih sangat.


*perasaan yang macam tak percaya bila tengok ni. alhamdulillah..*
ye.. purata nilai gred keseluruhan saya sikit. saya tau. but at least, saya melepasi syarat2 minimum untuk course yang saya nak kat universiti nanti. yang saya paling tak boleh nak percaya, the gred that i had for my biology. A SOLID!! memang unbelievable la weyh. haha.. sangat2 unsangkarable. and also for my math. saya sangat bersyukur sebab math saya tak fail atau dapat C. sebab waktu exam tu memang saya tak tau apa yang saya buat. duhh.. alhamdulillah. ALLAH lebih tahu.


di kesempatan ini saya nak ucapkan berjuta million terima kasih kat cikgu salmi, cikgu nash, madam cheah, cikgu asniati, cikgu fatihah, cikgu wan izana, cikgu ruszaidi, cikgu hasrina, cikgu maziah, both mr. wong, cikgu ishrae, cikgu roslina dan semua pensyarah kat KMNS sebab dah ajar saya sampai saya berjaya. terutamanya cikgu salmi *again*. terima kasih jugak kepada unit biology sebab dah anjurkan bengkel biology yang telah banyak membantu saya memperbaiki teknik2 belajar saya. wahaha.. memang saya sayang cikgu2 semua. sangat2!!


tak lupa kepada family saya yang selalu bagi support yang tak berbelah bagi kepada saya. juga kepada ahmad fathi kerana reason yang sama. thanks for all the motivation guys. angah sayang semua.


kepada roommate2 saya, tahniah girls!! walaupun aku still tak tau result raja kan. haha.. but still, aku tau dia dapat best. terima kasih sebab sabar menahan kerenah aku yang berbagai time study week hari tu. haha.. maaflah ye.. maaf sangat2.


kepada classmate saya yang sama2 pulun belajar kat dalam surau blok C2, walaupun blok korang agak jauh, terima kasih banyak2 sebab sudi bertukar2 ilmu dan pendapat dengan aku. terima kasih jugak sebab sabar layan kerenah aku yang gila ni kan. haha.. maryam, miza, kak sya, zai, syahirah, kak nad, kak sol and hajar. yes.. lengkap koleksi geng surau. haha.. walaupun ada yang aku sebut tu tak selalu menetap dalam surau kan. thanks a lot guys. i miss those time we had together. sayang korang semua.


kepada classmate2 dan kuliahmate2 saya, tahniah di atas result anda semua. dan terima kasih jugak sebab sudi terima saya dalam kalangan anda. hehe..


ish.. entry ni sudah meleret merapu2 ye dari tujuan asal. ok kawan2. debaran yang melanda disebabkan result dah pun reda, sekarang saya ada satu lagi misi yang mendebarkan. anda doakan saya lagi ye? moga2 saya berjaya. aminn.. oklah guys. chow.. tata..


*nak share gambar ni dengan anda. haha.. sengal kan?*




terima kasih sebab sudi membaca entry ini..
thank you!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

1 comment:

aidamohdnazib said...

wahhh..tahniah sygsss..i'm really2 happy for you..;D