Monday, May 9, 2011

4th challenge: ten things I want to say to one person

ASSALAMUALAIKUM..

i'm back!! anda2 semua sihat? kalau sihat baguslah. kalau tak sihat pergi jumpa doktor cepat ye. takut nanti melarat pulak sakit tu. siapa yang susah? lu pikir la sendiri.. dah sampai cabaran keempat ni. sepuluh perkara yang saya nak katakan kepada seseorang. erm, sebenarnya, saya tak fikir lagi nak bagi ayat2 ni kat siapa. sebab saya rasa, saya nak cakap sesuatu kepada semua orang. so, macam mana ni? susah tau nak decide. anda tolong decidekan untuk saya boleh? hehe..erm,, kawan2 saya dah cakap semalam.. family boleh tak? one person = one institution. boleh tak? ahh.. layan la... ok, saya dah nak start dah ni. on your mark.. get set.. go!!



  • ANGAH SAYANG SEMUA!!
ok, disebabkan entry ni adalah untuk satu family, saya ringkaskan apa yang saya nak cakap untuk semua orang la.. firstly, to my dearly lovely fabulous ibu.. sempena hari ibu  ni, angah nak ucapkan selamat hari ibu kat ibu. thank you for every single thing yang ibu dah buat untuk angah. angah harap ibu suka hadiah yang angah bagi kat ibu hari tu. and i really hope ibu tak bagi kat siapa2 pun hadiah tu sebab benda tu angah buat specially untuk ibu. sarangae mummy!! :)

next, the most awesome man in the world.. ayah.. angah tak sure bila hari bapa actually. tapi ayah kan selalu cakap.. "hari2 hari ibu, hari2 hari kanak2 bagi ayah..".. so, i'm just going to say the same thing to you, hari2 hari ayah dan ibu bagi angah. thanks sebab dah bersusah payah besarkan angah yang banyak kerenah ni, dari angah kecik, sampai dah besar, gemuk dan sihat sekarang ni. cross stich yang angah buat kat ayah tu, jangan bagi siapa2 tau. even adik. sebab i made specially for you. macam yang angah buat special untuk ibu. sayang ayah much3!! ok, to kakak, ami and adik.. my fabulous siblings.. angah mintak maaf sebab selalu marah2 korang semua. selalu cari gaduh, selalu membebel, selalu buli korang etc. etc. haha.. dah nama pun adik beradik kan, standard la tu beb.. hehe.. angah sayang korang jugak!! walaupun nampak macam tak sayang ek? hihi..

  • JOM PICNIC KAT TASIK LAGI!!
actually, i miss the moment time dulu2 yang kita selalu every weekend pergi tasik untuk jogging and at the same time picnic sekali tu. nak lagi2!! tapi sekarang ni, semua orang busy dengan tugas masing2.. yes,i understand.. haha.. sabtu, adik dan ami ada tusyen. kadang2 ibu kerja. tapi takpela, dapat makan sama2 kat rumah pun dah best dah. nak2 kalau sambil2 makan tu kita tengok cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. kalau tak pun tengok cerita DILWALE DULHANIA ALJAYENGE BLA.. BLA.. BLA.. *tak ingatlah tajuk dia. panjang sangat*. mesti best kan? nak tau tak? the most beautiful moment in my life is when i spend my time with all of you dengan gembiranya. tanpa ada gaduh2, mengada2, perli memperli dan yang sewaktu dengannya.

  • MASAK2..
point yang ni, saya tujukan khas untuk ibu dan ayah je. sebab yang tiga orang adik beradik saya tu tak pernah pulak saya tolong mereka masak. *pernah masak ke? hehe..* angah suka tolong ibu ataupun ayah masak. sebab angah rasa dekat dengan ibu dan ayah time tu. lagipun, angah boleh menajamkan skill memasak angah di samping menumpulkan mata pisau kat dapur tu. hehe.. alhamdulillah setakat ni dah banyak yang angah dah tau RESEPInya. tapi nak masak sendiri tu, tak berani lagi. takut kang termasin pulak kang. habis la saya.. kena habiskan makanan tu sorang2.. tapi angah dah pernah masak spageti!! *banggo pulak ekau ni ha deeya.. sonang yo masak spageti tu..* 

  • SOLAT JEMAAH
jom solat jemaah ramai2 time weekend. jomla!! boleh mengeratkan silaturrahim.. lagipun, kalau kita solat jemaah, nanti kita semua dah tak payah risau lagi kalau ada salah seorang daripada kita semua tak solat lagi atau tertidur sampai terlajak solat etc. etc. kan senang macam tu. lagipun dapat pahala lebih.. ngeee....

  • INTERNET
apa kata kalau kita buat satu hari tanpa internet kat rumah kita? nak tak? so that, senang sikit semua family kita nak gather ramai2. kalau tak buat macam tu, faham2 jela kan. hehe.. buat hari tanpa internet. so, aktiviti hari itu sama ada tengok tv, ataupun main game yang kita semua boleh enjoy sama2. ataupun main masak2 kat dapur. ataupun keluar jalan2. jalan2 tak semestinya shopping complex kan? hehe..

  • BAJU RAYA TAHUN NI
ibu.. baju raya tahun ni kaler apa? ibu dah decide ke? jom pakai warna merah jom!! *tiba2..* kenapa? entah. rasa macam nak pakai warna merah. last year dah hijau, dua tahun lepas purple.. merah je yang tak masuk list tema baju raya lagi. jomla!! hehe.. mesti cantik kalau kita semua pakai baju warna merah pastu posing kat buaian depan rumah. hehe.. bestkan? *sengal..*

  • SONG DEDICATION
perhatian2 semua.. angah nak dedicate lagu ni. special punya.. tarak olang boleh beat punya.. lagu HOW DO I LIVE nyanyian LEANN RIMES. memang terbaik la lagu tu. sangat2 terbaik.hayatilah itu lagu sepenuh jiwa raga bakul pinggan mangkuk periuk belanga anda.. *sengal kuasa dua. =='* tekan kat link tu untuk dengar lagu yang dimaksudkan. kalau tak faham liriknya, cari kat internet. gerenti ada. muahaha....

  • SORRY BERBAKUL2
angah nak mintak maaf kat semua orang sebab angah ni banyak songeh kan. hehe.. pastu selalu buli adik2 dan kakak. pastu selalu nak itu la, nak ini la. pastu speck selalu tercabut. pastu, selalu tak skor time exam. pastu selalu tak dengar cakap. pastu selalu marah2. pastu selalu menyampuk bila korang tengah bercakap. pastu.. apa lagi ek? pastu selalu menyibuk time korang memang tengah sibuk. pastu.. semua la. semua kesalahan yang angah buat dari angah dalam perut ibu sampai sekarang ni, ampun maaf dipinta mensuci hening dosa.. setahun menghilang, sekarang menjelang~~ ok2.. sorry2. ter'overdose' pulak. hehe..

  • DOAKAN KEJAYAAN ANGAH DUNIA AKHIRAT
angah harap korang semua termasuklah kakak, ami dan adik, akan mendoakan kejayaan angah di dunia dan di akhirat. honestly, angah sebenarnya takut nak tunggu keputusan kemasukan ke IPTA. angah takut kalau2 angah dapat kos lelong. waaa... before exam hari tu memang angah dah study *jangan cakap angah tak study.. sedih..* tapi mungkin tak cukup lagi kot. takut sangat kalau tak dapat kos yang angah nak. huhu.. doakan angah ye!! harap2 dapat further study dengan minat yang tebal *apakah?*. fuhh...

  • KATA AZIMAT aka SEMANGAT
erm.. angah tau, korang semua ada masalah sendiri. even angah pun ada jugak. kadang2 angah sedih tengok korang semua stress je memanjang. nak tolong, tapi tak tau nak tolong macam mana. so, angah cuma boleh cakap kat sini, walaupun mungkin payah untuk kita terima ujian yang ALLAH bagi kat kita, tapi kita mesti ingat, ALLAH takkan menimpakan ujian yang tak mampu untuk kita tanggung. DIA kan Maha Penyayang. setiap yang berlaku, ada hikmahnya. *touching.. T.T* biarlah apa orang lain nak kata, biarkan mereka menabur fitnah. sebab orang yang berhasad dengki ni takkan ke mana pun. lambat laun dia akan kena balik apa yang dia buat kat orang tu. what goes around comes around kan? lagipun,kan ayah pernah cakap.. "when the thing gets tough, the tough gets moving" :).. sabar sebahagian daripada iman.. 

siap sudah tugasan yang keempat ni.maaflah ye.. banyak yang saya ter'emo' tadi.haha.. secara tak sengaja kot perasaan tu datang. *perasaan apo pulak ni ha?* ok well, anda jangan judge saya gedik ke apa2 ke hanya sebab saya post entry macam ni. this is just the way i am bila saya dengan family saya. bila dengan kawan2 saya lain sikit. bukan hipokrit, tapi menyesuaikan diri mengikut keadaan dan orang sekeliling. tak gitu? oklah. sampai sini dulu ye. nanti kalau ada idea datang, saya mencoret lagi. chow.. tata..

terima kasih sebab sudi baca entry yang tak seberapa ni..
thank you!!
jasamu dikenang..
ukhuwah fillah abadan abada.. :)