Sunday, May 8, 2011

panas.. fuhh..

ASSALAMUALAIKUM..

entry saya kali ni akan berkisarkan pasal cuaca. saya tak tau macam mana keadaan cuaca kat tempat anda semua, tapi kat tempat saya, sangatlah panas. bukan panas terik, tapi panas bahang. ni kesan dari pemanasan global ke ek? setiap masa panas. pagi petang, siang ataupun malam. sampai saya terpaksa mandi 4 kali sehari. panas punya pasal. pasanglah kipas kuat mana pun, tak dapat jugak hilangkan kepanasan yang dirasai.

*macam nilah yang saya rasa sejak seminggu ni*

















tapi pernah tak kita sedar, bahawa kita sebagai manusia ni tak pernah bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan olehNya. saya tak tuding jari pada siapa2. malah saya sendiri pun sering melakukan kekhilafan yang sama. bila ALLAH bagi hujan je, kita pulak kata "asyik hujan je. macam mana nak keluar macam ni?"
tapi bila ALLAH bagi panas pulak, kita merungut lagi, "ish.. panasnya.tak tahan la.". sedar ataupun tak, kepanasan yang kita dapat hari ni baru panas dunia yang tak sampai 1% pun jika dibandingkan dengan panas akhirat. kalau panas dunia ni pun kita dah tak tahan, macam mana pulak panas akhirat nanti? setiap insiden yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersendiri. yang kita sebagai manusia, tak dapat nak jangka bila dan bagaimana bentuk hikmah tu. bukankah fenomena pemanasan global berpunca daripada aktiviti manusia sendiri? siapa kata tak? boleh bagitau kenapa anda fikir macam tu? saya nak bukti yang cukup kukuh kalau anda kata pemanasan global bukan berpunca dari aktiviti manusia.

*agak2 macam ni ke bumi kita sekarang?*


kawan2, saya pun bukannya perfect sangat. bukannya baik sangat. tapi tak salah kan kalau saya menasihati. maaflah kalau ada yang tak suka. kalau anda tak suka entry saya ni, so, tak payah la baca. senangkan? kadang2 saya wonder, mungkinkah sebab cuaca yang semakin panas ni buat ramai saudara kita yang pakai baju yang macam dah tak cukup kain? yela.. saya faham. panaslah katakan. tapi macam yang saya katakan tadi kawan2, tu baru panas dunia. belum panas akhirat lagi. mungkin jugak cuaca panas sekarang ni adalah sebagai balasan kepada kita di atas dosa2 kita yang dah terlalu banyak? anda semua ada terfikir tak pasal semua ni? kalau belum terfikir, renung2kanlah bersama. jom kita baiki diri kita ke arah yang lebih baik dan ke arah yang diredhaiNya. saya pun manusia. banyak buat dosa. saya bukan nabi yang maksum. jom kita sama2 berdoa agar dosa2 kita, ibu bapa kita, kawan2 kita, guru2 kita dan saudara seagama kita diampunkan.sama2 kita doa agar hidayah ALLAH akan tetap bersam kita. sama2 berdoa agar kita tetap di atas jalanNya yang lurus. aminn...

*jom berdoa macam mereka..*

















oklah.sampai sini dululah nampaknya entry saya kali ni. lain kali saya mencoret lagi. maaflah andai entry ni buat anda semua tak selesa atau menyampah dengan saya. tu hak anda untuk berfikir dan berkata apa2. tapi saya juga ada hak untuk postkan entry ni. ok tata..

terima kasih sebab sudi baca entry kali ni..
syukran jazilan.. :)
ukhuwah fillah abadan abada..