Saturday, May 14, 2011

9th challenge: ten ways to win my heart

ASSALAMUALAIKUM..

i'm back!! haha.. masih lagi dengan entry di bawah tajuk sepuluh ye untuk hari ni. hari ni, cabarannya agak mencabar sikit. tajuk dia, 10 cara untuk mengayat saya. aceceh.. ada pulak orang nak mengayat saya kan? daripada mereka mengayat saya, lebih baik mereka pergi mengayat kak limah. kan lagi bagus dan bermanfaat? haha.. erm, sebenarnya, saya tak taulah nak tulis apa. sebab saya tak pernah fikir pun benda2 tahyul macam ni *tahyul?* tapi takpelah. hentam sajalah labu. haha.. ok, let's start..

  • MERENDAH DIRI
ha.. lelaki jenis macam ni agak sukar nak dapat sekarang ni ye. semua lelaki sekarang ni, tak habis2 perasan yang mereka tu jejaka paling handsome di seantero dunia. pantanglah kena puji sikit, terus perasan yang tak berkesudahan. jangan ingat perempuan je kuat perasan tau, lelaki punya perasan lagi dahsyat tau tak. tak percaya? cuba perhatikan kawan2 lelaki anda, ada ciri2 ini? mesti ada punya, walaupun sikit.

*janganlah puji lebih2. malu tau..*


  • BERDIKARI
he is a guy yang tak bergantung kepada parents atau kawan2 walaupun dia dalam kesusahan. dia seboleh2nya nak sembunyikan kesusahan yang dia alami tu daripada orang sekeliling dia. contohnya, kalau dia takde duit nak makan, dia tak mintak duit kat mak dia, tapi dia usaha pergi cari kerja bila hari dia takde kelas. dia akan berusaha untuk tak buat mak dia risaukan keadaan dia yang takde duit tu. memang tabiklah orang macam ni. ni antara ciri2 utama nak jadi ketua keluarga ni.

*bagus budak2 ni*

  • PUT HIS FAMILY ON TOP OF EVERYTHING
senang cerita, family first lah. contohnya kalau dia dah janji dengan saya nak keluar date pukul 5 petang tu, *contoh* tapi tiba2 ayah dia tak sihat dan perlu dibawa ke klinik waktu tu. dan tanpa rasa bersalah, dia terus menghantar ayah dia ke klinik. memang agak sedih lah kan kalau situasi tu berlaku. tapi still, dia menunjukkan yang dia taat kepada parents dia. walaupun saya akan rasa kecil hati, tapi i'm proud to call him mine. :)

*macam obama. sibuk2 pun tetap luangkan masa bersama keluarga. so sweet..*
  • SALING MENGINGATI
yang penting, dia mestilah orang yang suka diingatkan dan suka jugak mengingatkan. terutamanya pasal solat. yelah, kita ni manusia biasa je kan. kadang2 kita lupa tanggungjawab kita. bila ada orang yang mengingatkan, at least kita tak lalai dan alpa. terutama pasal isu2 penting yang macam solat, study, mengaji etc. etc. tak gitu?

*jom saling mengingati*
  • DISIPLIN DAN SENTIASA BERSEDIA MENGUBAH DIRI
orang yang disiplin ni bagus tau. nak2 kalau memang dia dah tetapkan waktu tidur dan waktu nak bangun. dan sentiasa mengingatkan kita tentang kepentingan disiplin. walaupun kadang2 cara dia tegur tu agak kasar. but it's ok. dia nak yang terbaik untuk kita kan?

sentiasa bersedia mengubah diri ni maksudnya dia sentiasa bersedia menerima kritikan orang dengan hati terbuka. dan dia juga jenis yang belajar daripada kesilapan masa silam. means that kalau contohlah kan spm dia dapat 2A je, tapi bila dia masuk ipta, dia berusaha untuk memperbaiki prestasi diri dia ke tahap lebih baik. he don't bother what people say about him. keazaman dia kuat. but yet, tanggungjawab dia terhadap family dia, tak pernah dia tinggalkan. that's make him special.

*dengan disiplin yang baik dan keazaman yang tinggi, dia boleh berjaya*
  • TERIMA SEADANYA
contohnya kalau makwe dia tak cantik, cacat, bisu, pekak, semualah. senang cerita, makwe dia tak sempurna, dia tetap terima makwe dia tu tanpa merungut atau mengeluh. sebab kalau kita sayang seseorang, kita tak perlukan alasan yang kukuh untuk menyayangi orang tu kan? cuba anda try tanya pakwe anda, kenapa dia sayang anda? kalau dia jawab sebab anda cantik, baik, kaya etc. etc. believe me, dia tak ikhlas sepenuhnya terhadap anda.

*he loves you, just the way you are*
  • SETIA
macam yang saya cakap tadi, keazaman lelaki ni mesti kuat. so means that, kalau dia nak something, dia akan buat macam2 cara supaya dia dapat benda tu. dia tak akan putus asa memujuk saya yang agak degil dan keras kepala ni untuk terima dia walaupun seribu kali saya menolak. dia sanggup tunggu lama mana pun, asalkan dia dapat saya. and once dia dah dapat, he will never let you go. never.. ni baru namanya setia ok?:)

*bukan macam ni ye..*
  • SABAR
sabar melayan kerenah saya yang asyik tukar2 ni. er, maksud saya mood saya yang selalunya tak menentu. dia sabar melayan semua bebelan dan celoteh saya bila saya tak puas hati dengan orang lain ataupun dirinya sendiri. malah dia pulak yang mintak maaf kalau saya merajuk walaupun bukan salah dia pun sebenarnya. hehe..

*sabar jela dapat makwe macam saya ni. haha..*
  • CARING AND UNDERSTANDING
caring ni maksudnya ambil berat *macam ajar budak tadika daa..* so maksudnya, dia selalu ambil berat pasal saya walaupun dia tau yang saya ni jarang sakit. tapi bila saya sakit, saya mengada2 sikit. so yang kena melayan kemengada-ngadaan tu dia lah kan. hehe.. tapi walaupun macam tu, dia tak pernah merungut atau mengeluh. memang superb lah kalau gini.

most of all, dia kena faham yang perempuan memang ada mood swing tiap2 bulan. so, dia kena bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi tempoh2 tu. kalau dia faham saya, dia tentu tau bila fasa tu akan berlaku pada saya. terpaksalah dia melayan saya yang selalunya emosional tak tentu pasal. hehe..

*kadang2 saya macam ni..*
  • TAK JAHIL TENTANG AGAMA DAN HORMAT ORANG YANG LEBIH TUA
ok. this is the most important point. walaupun mungkin si dia ni taklah alim sangat macam ustaz2, tapi sekurang2nya dia masih ada ilmu agama. so that, bila saya nak tanya sesuatu pasal agama, dia boleh jawab dengan fluent tanpa teragak2 dan tak tersalah fakta. macam ayah saya. hehe. so that, dia boleh bimbing saya ke jalan yang diredhaiNya.

semua orang nak pasangan yang menghormati orang yang lebih tua kan? ada ke yang taknak? anda taknak? kenapakah? pelik sungguh. orang yang lebih tua ni tak kiralah makcik dia ke, pakcik ke, pengemis tua ke, bla..bla.. bla.. tapi yang paling penting, dia wajib hormat parents dan family dia dulu.  kenapa? sebab family dia lebih kenal dia daripada orang lain kan? so, siapakah saya untuk cakap kat dia jangan hormat parents dia? lagi satu, sebelum nak memenangi hati saya, tawanlah hati parents saya dulu ye. sebab apa yang terbaik untuk mereka adalah yang terbaik untuk saya. kalau mereka kata dia tak layak untuk saya, saya nak cakap apa lagi? memang mereka ada sebab nak cakap macam tu. kan mereka lebih tau? so, saya serahkan kepada yang pakar. :)

*sejuk hati tengok gambar ni. haha..*
ok dah siap. saya tau apa yang saya senaraikan kat atas ni lebih kepada sikap2 yang wajib ada dalam diri seorang lelaki. sebenarnya banyak lagi. tapi disebabkan cabaran ni nak 10 je, saya bagi 10 jelah. erm, in case you are wondering whether saya menulis semua ciri2 ni berdasarkan sikap seseorang yang rapat dengan saya, biarlah saya mengaku. yes. sepanjang saya menulis entry ni, ada dua orang lelaki yang berlegar2 dalam minda saya. dan kebanyakan ciri2 kat atas ni adalah ciri2 yang saya idamkan dan ciri2 yang dah buat hati saya tertambat kepadanya. mereka ialah ayah saya, encik nasir dan beliau, ahmad fathi. :). i know ibu will read this. hehe.. oklah. sampai sini saja ye? nanti sambung lagi dengan the next challenge. ok chow.. tata..

*he's my hero since forever until forever. i love you ayah!! *
*herokah? haha.. :P*

thanks for reading this entry...
gamsa hamnida..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

2 comments:

aidamohdnazib said...

wahhh..so sweetttt..untungla ade org syggg..ngeee..i'm happy for you..:D

nadeeya mnz said...

haha.. tq.. :)