Tuesday, May 24, 2011

entry yang tiada bernama

ASSALAMUALAIKUM..

nampaknya, malam ni saya mengupdate lagi. macam biasa la kan. apa nak cerita hari ni? tunggu jela ye semua. first thing yang saya nak cerita pada anda semua sebelum saya proceed kepada tujuan asal saya malam ni ialah tentang filem thriller yang bertajuk CHILD'S PLAY. seriously, cerita ni teramatlah menakutkan ok. tak sanggup rasanya saya nak proceed tengok tadi tapi nak tau jugak ending dia macam mana kan? haha.. sebelum ni, kalau saya tengok cerita thriller atau cerita yang bergenre seram, saya jarang tutup muka dengan bantal. bukan nak berlagak atau cakap besar ye.jangan salah faham pulak. tapi sebelum ni, saya berani tengok cerita yang macam tu sebab ayah saya selalu cakap, "kat depan pelakon tu ada pengarah dan krew2 penggambaran. tak payah takut." so selama ni saya cuma berpegang pada kata2 ayah je. tapi tadi, tengok muka anak patung tu pun dah meremang bulu roma, tu belum anak patung tu bunuh orang lagi. memang dari belakang bantalla saya tengok tv tu tadi. sampai ibu saya pun cakap, "kau ni ngah. tu belum tengok cerita hantu betul lagi." haha.. anda tak percaya cakap saya yang anak patung tu menakutkan? jom kita tengok gambar2nya..

*rupa sebelum si chucky ni mengganas. yang ni pun dah menakutkan. tengok mata dia..*

*bila dah mengganas lagi menakutkan kan?*


lepas tengok cerita ni, saya rasa macam tak nak beli anak patung yang boleh bercakap2 ni untuk anak2 saya nanti *ok, mengarut sudah..* tapi betul apa. patung yang menakutkan ni, anda nak ke anak2 atau adik2 kecik anda main? nak? patung macam ni serious menakutkan. *terlalu prejudis la pulak. haha*

ok, that's enough about chucky. cukup2 la tu menakutkan diri sendiri ye deeya ye. jom kita cerita tentang perjalanan saya membeli dan membelah kat bandar shah alam tadi. saya tak membeli belah pun ye. i window shopping je.. *gedikss..* haha.. takdela.. actually saya ada beli satu purse baru untuk digantikan dengan purse saya yang sekarang ni. kenapa beli baru? saja. sebab saya dah lama nak beli purse baru. it cost only RM 17 ok. ye. saya pakai barang murah yang takde jenama je, ala yang jual kat tepi2 jalan tu. kenapa? ada masalah?

*my dear DeeFa and my new purse. nampakkah?*
tuan yang pilihkan untuk saya. muahaha.. setelah saya merasakan yang semua pattern yang saya berkenan tak lawa. ok, proceed2. hangout saya hari ni ditemani oleh dua sahabat sehidup semati saya, my sister, nabilah and my best friend, tuan nor farhana. actually, kami merancang untuk berjalan2 di jusco ioi mall semalam, tapi disebabkan kami semua bangun pada pukul 14, *bak kata mak tuan.* so, kami tak dapatla pergi ke sana. so, tukar plan, pergi ke bandar shah alam.

*sedang tunggu bas*


perjalanan yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu, tak memerlukan masa yang lama ye untuk menunggu bas. tak macam dulu2 time kami masih budak2 sekolah yang terpaksa menunggu bas sampai berjam2 untuk pergi ke bandar shah alam. haha.. setelah sampai di plaza alam sentral, kami pun berjalan jalan jalan jalan jalan jalan jalan dan jalan lagi dan jalan lagi sampai kami rasa lapar. maklumlah. tak sarapan. maka, kami pun merentas jalan raya menuju ke kompleks pkns yang memang tak jauh langsung dengan plaza alam sentral tu. kenapa pergi situ? sebab nak makan mcd le.. tanya pulak.

*ini bukan kompleks pkns. ni sacc mall*

*ha.. yang ni baru kompleks pkns*
ops.. tertinggal satu benda pulak. time kat plaza alam sentral tu, kami bertiga masuk ke dalam the store. saja nak shopping tingkap. wah.. the store tengah sale ye. tapi saya tak minat nak beli apa2. sorry.. tapi kami sempat la jugak menyelongkar beberapa lipatan baju yang ada kat rak tu smabil mengkomen2 semua baju dan kasut yang ada kat situ. hehe.. tapi time ni, kakak saya asyik hilang entah ke mana sampai kami tak larat nak mengejar dan mencari beliau. so, gambar beliau takde kat sini.

*nad, kau tengok tu sale 50%. sampai tertutup mata aku dibuatnya.*

*tengoklah tu, sale 50%!!*

*cak!! petanda yang kami berada di the store tadi.*
ok, fast forward. after kitorang belah dari sini stelah kakak saya membeli beberapa barang yang dihajatkan seperti beg dan tshirt, kami pun tanpa berlengah lagi terus menuju ke mcd yang terletak di kompleks pkns. bergegas2 ye. perut kami sedang berkonsert waktu tu. sangat mengharukan.

*muka lapar yang paling hodoh sekali*
*kami makan ini.. banyak tak?*
*saya punya ini je*
*heart you both.. :)*
*ok. gambar perasan saya*
*tuan punya turn pulak untuk perasan*
*and now it's her turn*
*the trio*
*cara nak makan big mac. ngee~~*
*after makan solat. dah solat ni la kerjanya. haha*
lepas dah solat, dah makan dah buat semua perkara wajib, kami pun pergi temankan tuan untuk menyucuk duit dan membeli kasut. time beli kasut tu tak snap la pulak gambar. lupalah. haha.. then kami ke destinasi seterusnya, iaitu mph sacc mall. kenapa? sebab saya berangan nak lengkapkan buku karangan sophie kinsella. tapi malangnya, tak cukup duit. muahaha.. er, pembetulan, bukan tak cukup duit, tapi kedekut. ngee~~ so at the end of the day, saya cuma beli purse manakala tuan membeli kasut dan kakak saya membeli tshirt, bag dan buku. *ni baru dinamakan shopping ok? bukan macam saya* waktu kami kat dalam mph tu, tiba2 handphone ku mendendangkan lagu awan nano. ringtone yang dikhaskan untuk family saya. mula2 saya ingatkan ayah saya, tapi rupanya ibu saya. so, saya pun jawab call tersebut,

saya: hello. assalamualaikum.
ibu: hello. angah kat mana?
saya: kat sacc, tengah tengok buku. kenapa bu?
ibu: kau balik naik apa?
saya: naik basla kot. kenapa?
ibu: kau nak ibu ambik ke?

wah.. dalam hati memang saya dah bersyukur dah sebab tak payah tunggu bas yang memang susah sikit nak nampak batang hidung kalau dah petang2 macam tu. so, setelah ibu cakap yang dia akan sampai around 5.30pm, kami meneruskan perjalanan kami untuk keluar sari sacc menuju ke tempat yang telah dijanjikan dengan ibu. tapi dalam perjalanan, kaki cramp pulak kan. menyampah betul. terpaksalah buat muka tebal duduk sekejap kat kedai bata semata2 nak tunggu kaki hilang sakit. fast forward.. dan kami pun tunggu ibu kat depan bank tabung haji, macam yang telah dijanjikan. disebabkan kami gila kamera, so, boleh teka tak apa yang kami buat kat situ?

*cak!! kami lagi!!

fast forward lagi, akhirnya kami dah ada dalam kereta untuk balik ke rumah. nak tengok buktinya? *gambar lagi. nilah masalahnya kalau blogger gila kamera*

*ok. tak nampak sangat sebab kereta tengah bergerak time ni*
habis sudah hikayat mereng kami sebangsa ni. mesti anda penat baca kan? haha.. maaflah. terlebih panjang pulak entry malam ni. sebab tu saya namakan entry ni, entry yg tiada bernama. sebab apa?sebab takde nama la.. tanya pulak. oklah. good nite guys. chow.. tata..

p/s: tadi shah alam hujan. alhamdulillah. nyaman sikit rasanya. :)

thanks for reading guys.
arigato gaozaimas!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: