Thursday, May 26, 2011

jom eja S.A.Y.A. apa bunyinya?

ASSALAMUALAIKUM..


hai semua!! sebenarnya saya ni sangat bosan dengan ketidak-ada-apa-apa-nak-dibuat-an. so, tiba2 tajuk entry ni melintas kat fikiran saya yang takde traffic light lantaran ketidak-adaan laluan lebuh raya utara selatan di situ. kenapa tajuk entry saya kali ni macam tu? hehe.. saja, suka2, hobi *oh ok stop all the nonsense deeya* saya menulis entry ni lantaran rasa tanggungjawab saya untuk memberitahu anda semua yang mungkin tertanya2 *ada ke yang tertanya2?* kenapa saya gunakan kata ganti nama diri 'saya' dan bukan 'aku' yang mungkin kedengaran lebih friendly dan santai.

setelah beberapa kali saya buat blogwalking dan blogjogging atau blogracing kat blog2 mereka yang hot meletupss, saya dapati, ada di antara mereka yang mengetengahkan isu penggunaan kata ganti nama diri ni. oh maybe kawan2 saya akan bermonolog sendirian kat dalam hati mereka yang mungkin berbunyi macam ni, "kenapa deeya bahasakan diri dia 'saya' dalam blog? padahal kalau jumpa kat luar bukan main ber'aku-engkau'. hipokrit sungguh ini budak" ok chill lah guys. jangan cepat buat tanggapan melulu kat saya yang innocent ni. err, nak muntah? ok sila muntah sekarang. besen dah pun disediakan kat tepi tu. ngee~~

sebelum saya makin merapu kepunden parang skapper kat sini, baiklah saya jelaskan kenapa saya gunakan kata ganti nama diri 'saya'. for your information guys, blog saya ni dibaca oleh ibu dan ayah saya. kalau anda perasan entry saya yang lama2 dulu saya guna kata ganti nama diri 'aku'. siap dengan shortform shower foam bagai. and one day, ibu saya tegur, "kenapa tulisan kau kat blog macam tu? semua short form je. ibu tak fahamlah." ehem2, sejak tu, saya rasa bertanggungjawab untuk menulis secara lebih formal.

lagipun tak salah kan? kadang2 dengan kawan2 saya pun saya masih ber'saya-awak' lagi. nak2 bila mood nak jadi ayu tu datang menjengah. wahaha.. siaplah. memang ber'saya-awak'lah selama beberapa jam tu.

*oh ayu bukan? ok sila muntah..*
oklah guys. i'll end this here. sebelum saya makin merepek tertelan biji kerepek. baik saya chow. lagipun kalau merepek banyak2 bukan anda nak baca pun kan? hehe.. oh by the way, terima kasih kepada mereka2 yang sudi membaca blog saya dengan setianya dan sudi menjadi follower blog saya yang tak seberapa ni. panggillah lagi ramai kenalan dan sahabat anda untuk jadi follower saya ye. hehe.. *oh just kidding. jangan layan perangai bengong si pemilik blog ni* eh ok. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanls for reading guys..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

2 comments:

aidamohdnazib said...

tgk..aku dtg awl derr..HAHA!

deeyamorten said...

tahniah!! anda telah dinobatkan sebagai pembaca paling awal blog ini!!! hadiahnya ialah..... jeng3... main badminton bersama OB...wahaha