Thursday, May 19, 2011

C.O.K.L.A.T.

ASSALAMUALAIKUM..


siapa tak suka makan coklat? angkat tangan!! saya percaya ramai antara anda kat sini suka makan coklat. terutamanya perempuan. betul tak? haha.. mana saya tau? sebab saya pun salah seorang penggemar coklat jugak. ok2 guys.. abaikan video kat atas tu ek.. hehe.. saja je saya letak video tu kat sini. sebab ia ada kaitan dengan tajuk yang saya nak buat ni. lagipun lagu tu best kan? menghiburkan. walaupun agak sengal ye disitu. tapi saya suka..

ehem2.. dah2 lah tu cerita pasal video. jom kita proceed kat tajuk asal kita malam ni. coklat. apa yang saya nak cerita tentang coklat? sejarah ke? jenis coklat ke? manfaat ke? tiga2 sekali saya nak tulis. haha.. jom2 kita baca yang bawah ni pulak.

  • SEJARAH COKLAT
tak ramai rasanya yang tau tentang sejarah coklat ni. er.. er.. sebelum tu biarlah saya kalungkan dulu jutaan terima kasih kepada encik wiki dan encik google di atas info yang saya dapat ni. ok, sejarah coklat ek. coklat ni macam yang semua orang tau, dia berasal daripada biji koko. pokok koko ni mula2 sekali dia tumbuh ialah kat daerah Amazon utara. masayrakat kat situ yang dikenali sebagai orang Olmec telah memanfaatkan pokok tu dengan menjadikan biji koko tu sebagai minuman. orang Olmec ni adalah peradaban pertama daerah Meso-Amerika ketika itu. mereka menamakan pokok koko ni sebagai pokok kakawa yang buahnya dijadikan minuman mereka.

*inilah buah koko kawan2*
koko dijadikan minuman penting ketika itu. malah, koko ni jugak menentukan status kedudukan seseorang. ok, saya cuma akan cerita secara ringkas ye. kalau anda nak tau lebih lanjut tentang sejarah coklat, klik sini.


  • MANFAAT DAN KHASIAT COKLAT UNTUK KESIHATAN
info ni pulak saya dapat dari sini. jom2 kita baca. ahli patologi telah mendapati bahawa coklat ada banyak manfaat untuk kesihatan. seperti yang anda dan saya tau, coklat diperbuat daripada biji koko yang mengandungi sebatian yang dipanggil flavonoid. for your information, flavonoid ni turut terdapat dalam daun teh ye tuan2 dan puan2. setakat ni terdapat lebih kurang 4000 jenis antioksidan yang telah dikenalpasti *betul ke perkataan ni?* 

banyak tumbuhan yang mensintesiskan sebatian yang dapat larut dalam air. sebatian2 ni dihasilkan ataupun terhasil *samalah kan?* daripada asid amino phenylalanine dan acetate. flavonoid ni, dia akan berfungsi sebagai antioksidan yang berperanan untuk meneutralkan kesan buruk yang terhasil daripada free radikal yang akan menghancurkan sel dan sistem jaringan dalam tubuh kita.

satu setengah ons batang coklat mengandungi kira2 800mg antioksidan. jumlah ni equivalent dengan jumlah antioksidan yang terdapat dalam secangkir teh hitam. ada kajian terbaru yang menunjukkan bahawa flavonoid ni penting untuk kesihatan kita.

coklat turut mengandungi theobromine, serabut alkaloid yang bersifat stimulant ringan yang dapat menstimulasikan sel saraf kita untuk menghasilkan perasaan segar dan bersemangat. ehem2.. this is the reason why i consume chocolate. hehe.. theobromine juga memiliki mood elevating effects.

serabut2 ni akan menghasilkan serabut semulajadi dalam badan kita yang mampu mengurangkan stress. and i believe, this is why most of you *including me ok?* consume chocolate. 

  • JENIS COKLAT
coklat ni ada banyak jenis ye kawan2. nak tau apa jenis2 yang saya maksudkan? jom kita terjah... 

couverture
ini adalah jenis coklat terbaik. peratus kandungan lemak kokonya tinggi, so, ia telah menghasilkan rasa yang enak *yummy* coklat ni selalunya digunakan untuk penghasilan coklat buatan tangan. sebelum digunakan, coklat ini akan dilelehkan atau dileburkan terlebih dahulu.

*contoh bungkusan coklat couverture*

*tiba2 rasa macam nak makan coklat pulak.. yummy..*


coklat tawar
dalam masyarakat kita, coklat tawar ni kita panggil sebagai coklat masakan. coklat ni selalunya digunakan untuk buat kueh, kek dan makanan2 yang sewaktu dengannya. peratus kandungan kokonya tak tentu. tapi selalunya antara 30-70 peratus. so, makin tinggi concentration kokonya, makin sedaplah sesuatu makanan tu kan?

*ok yummy untuk kali kedua..*

*nilah dia coklat tawar*



coklat susu
ni coklat yang anda dan saya suka tu. coklat susu namanya. ataupun bak kata orang german, dairy milk chocolate. coklat ni adalah jenis campuran gula, koko, coklat cair, susu dan vanila. kandungan koko dalam coklat ni rendah sangat, hanya sekitar 20 peratus. dan rasanya lebih manis daripada coklat tawar *of courselah kan?* 

coklat susu ni selalunya disukai kanak2 sebab rasanya yang manis and ready to eat. kandungan susu yang ada kat dalam coklatnya menjadikan teksturnya lebih lembut berbanding coklat lain. coklat ni tak sesuai untuk dijadikan coklat masakan. kenapa? sebab kandungan coklatnya sangat sedikit. selain tu, coklat ni cepat hangus apabila anda lelehkan atau leburkan atau cairkan etc. etc.

*puding coklat susu*

*double yummy*



coklat putih
ok, saya tak berapa prefer coklat jenis ni. sangat manis. siapa setuju dengan saya sila angkat jari kaki. coklat putih ni seperti namanyalah kan, warnanya putih. coklat ni pun ready to eat jugak, sama macam coklat susu. coklat putih selalunya digunakan untuk buat decoration. usually kita nampak benda ni dibuat decoration kat atas kek kan? coklat ni diperbuat daripada lemak coklat, gula dan vanila yang tak mengandungi coklat padat. coklat ni boleh dimasak, tapi disebabkan ia mudah hangus, anda dinasihatkan untuk memasak secara berhati2.

*ini coklat putih yang manis tu..*

*kreatif kan? i like!!*



koko
coklat ni diperbuat daripada kandungan koko yang telah dipisahkan daripada lemak koko. benda ni sangat mudah diolah dan sangat ekonomis. mudah didapati di warung2 berdekatan anda. so i guess, this is Milo kan? rasanyalah..

*saya rasa yang ni kot..*

*saya letak gambar ni sebab ada perkataan koko. wahaha..*



coklat cair
coklat cair ialah minuman yang mengandungi kandungan koko dan mengandungi kadar gula yang tinggi. jeng3.. kadar gulanya yang disebut sebagai biang keladi ni, mampu meningkatkan berat badan. so kepada yang nak diet tu, jangan consume coklat ni ok?

*triple yummy..*

*saya tak pernah rasa. sedapkah?*


siap dah entry yang bertajuk coklat ni. diharap dengan info2 yang telah diberi, anda yang tukang baca, dan saya yang tukang baca dan olah balik ayat ni, mampu mengaplikasikan ilmu2 tentang coklat ni dalam kehidupan seharian kita. at least sekarang kita dah tau kan coklat mana yang menggemukkan, coklat mana yang tak. so, kita bolehlah buat pilihan yang bijak bila nak makan coklat. betul tak kawan2? oklah. i'll end this here. chow.. tata..

p/s: kalau nak makan coklat,
tolong belikan untuk saya sekali ok?
*wink

thanks for reading this guys!!
kamsahamnida..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: