Friday, May 6, 2011

1st challenge: ten things about me

ASSALAMUALAIKUM..

ok.. dengan semangat yang berkobar2 saya nak mulakan misi saya pada hari ini. erm, 10 perkara tentang saya ye.. erk.. apa yang anda nak tau? ce citer ce citer.. hehe.. ok, i guess i'll start with this..

  • nama saya? semua orang dah tau. tak tau? tak payah tau. tak masuk exam pun. ok, saya anak kedua dari 4 orang adik beradik. saya ada seorang kakak, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. saya ada ayah dan ibu yang sangat penyayang dan caring dengan keperluan harian kami adik beradik. ayah saya berasal dari melaka dan ibu saya berasal dari terengganu. my dad is the third child in his family while my mum is the first child.
  • saya suka memasak tapi tak pandai memasak. masak air tu memang dalam bidang kepakaran la kan. saya suka tengok orang masak dan suka tolong orang buat preparation sebelum memasak. sebab saya boleh tahu apa ramuan dan resepi masakan tu. tapi malangnya, saya cepat lupa resepi2 yang saya dah tahu tu. hehe..
  • saya tak berapa suka menonton tv. sebab apa? sebab setiap kali saya buka tv, jarang ada cerita best. so, saya tak nak la bazirkan masa dan tenaga saya mencari channel yang ada cerita best. unfortunately, setiap kali kakak atau ayah saya yang buka tv, mesti banyak cerita best yang ditayangkan. betapa sakitnya hempedu saya dengan situasi itu. sob2..
  • saya tak peramah. tapi saya tak suka orang cakap saya sombong. saya lebih selesa meluahkan pendapat saya melalui penulisan berbanding melalui perdebatan. sebab nanti saya akan cepat hilang idea bila saya pandang muka pihak lawan saya. so, better tak payah ka. buat malu je.. huhu..
  • saya tak suka tengok orang yang saya sayang sakit hati atau menangis sebab saya. nanti saya akan rasa extremely bersalah. walaupun di atas perkara2 yang sangatlah kecil. dan lagi satu, kalau mereka menangis sebab saya, di atas perkara2 yang besar, nanti saya akan ikut menangis sekali. hehe.. so, at the end selalunya, orang tu yang pujuk saya balik. sadis betul..
  • saya jarang sakit. lebih2 lagi demam. so, bila saya sakit, saya selalu harapkan ada orang akan betul2 ambil berat kat saya dan jaga saya. walaupun saya akan menolak. *ceh jual mahal je tu* tapi hakikatnya dalam hati saya suka.. muahaha.. (ketawa jahat)
  • DULU saya tak suka shopping. tapi sekarang saya suka window shopping. wahaha.. masa akan datang? adakah saya akan jadi shopaholic? taknak2!! tolong!! jangan biarkan saya jadi macam Rebecca Bloomwood dalam filem "Confession of A Shopaholic". tak rela nyah..
  • apa lagi ek? erm, saya TAK suka mekap. sebab saya rasa macam ada benda melekat kat muka saya kalau saya mekap. dan lagi satu, ia akan menyebabkan saya rasa saya bajet cun. dahlah tak cun kan. perasan cun pulak tu. *macam la tak pernah buat. huhu* lagipun saya takut nak mekap. takut nanti jadi macam badut sarkis kepala dongga pulak. hehe
  • yes!! dah sampai sembilan!! apa lagi ni? erm,, saya lebih prefer buku novel jiwang daripada buku novel penyiasatan walau apa pun orang cakap pasal novel penyiasatan. erm,, i just cannot cope with it now. tak tau la kan masa akan datang macam mana. kenapa saya suka novel jiwang? sebab saya rasa saya yang melayang diawangan bila ada part romantik dalam novel tu. tapi bila dah habis baca novel tu, baru saya sedar, saya cuma insan biasa yang bernama nadiah nasir. huhu.. bukan Ain Hawani macam dalam novel "Adam &Hawa" atau Emma Corrigan macam dalam novel "Can You Keep A Secret?"
  • and lastly, saya PERNAH curang dengan pakwe saya sekarang. opss.. kenyataan berani mati ni. insiden ini berlaku waktu saya masih menuntut kat MRSM Muar, Johor. tapi saya sangatlah menyesal dengan tindakan saya itu sebab the culprit *ceh dah macam jenayah la pulak* sangatlah tak boleh pakai. dan saya rasa sangat menyampah dengan beliau sampai sekarang. at the same time, saya rasa bersalah yang amat kepada pakwe saya sekarang ni walaupun kami dah janji nak lupakan insiden tersebut. it's not easy though. tapi takpe, MALAYSIA BOLEH!!

ok. i'm done!! saya dah selesaikan cabaran pertama. yang lagi 9 tu, lain hari la pulak ye. that's all for now. tata..

terima kasih sebab sudi baca celoteh yang mengarut lagi entah apa2 ni.
adios!! :)