Monday, July 18, 2011

err, upu lagi

ASSALAMUALAIKUM..

bila baca entry terbaru syahirah yazid yang ni, tiba2 tergerak hati untuk menjelaskan lebih lanjut pasal course yang ditawarkan kepada saya hari tu.

ramai kawan2 saya, bila dengar perkataan nursing, mereka akan terbayang kerja merawat orang sakit dan baju uniform putih yang suci tu. tak dinafikan saya pun macam tu jugak waktu first time tau pasal nursing ni. tapi sekarang, setelah beberapa research dibuat kat internet dan juga hasil daripada soal selidik kepada beberapa orang yang berpengalaman *eceh macam apalah pulak* saya dapati, ijazah kejururawatan bukanlah bermakna saya jadi jururawat semata2.

ibu saya cakap, ijazah ni membolehkan saya jadi manager kepada nurse2 yang kat ward tu. cikgu saya cakap ijazah ni memberi peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar nurse. makcik saya cakap, ijazah ni membolehkan saya buat rawatan ke rumah peaskit. kiranya macam bisneslah kot.

pendapat2 mereka ni sekaligus menyangkal tanggapan bahawa ijazah kejururawatan adalah semata2 merawat orang sakit kat hospital dan gajinya rendah.

kenapa saya tulis ni? sebab saya tau ada kawan saya yang memandang rendah kat saya sebab dapat course 'cikai' ni. but i don't care. it is my choice. and i am proud of it. kau tak suka kawan dengan nurse? so, tak payah kawan dengan saya. tak standard kan?



err, teremo pulak. haha.. anyway, tak sabar rasanya nak mula belajar semula. haha.. kepada kawan2 yang dapat course yang dihajatkan, tahniah diucapkan. kawan2 yang dpat tempat kat universiti pun tahniah jugak. kawan2 yang tak dapat tawaran tu, jangan putus asa ye. bersabarlah. mungkin bukan rezeki korang kali ni. tapi maybe kalau korang buat rayuan dapat course yang best ke? who knows.

nak share kata2 dr. fadzilah kamsah yang saya dengar kat astro oasis hari tu,
ALLAH tak bagi apa yang kita mahukan. tapi ALLAH bagi apa yang kita fokuskan. ALLAH lebih mengetahui sesuatu perkara lebih daripada kamu.

as for me,  actually saya nak course farmasi atau dietetik kat uitm or ukm. tapi, saya dapat nursing. haha.. bila direnungkan kata2 pakar motivasi tu, saya sedar that all this while, i'm focusing kepada course yang berkaitan dengan health science. dan saya dapat. and i am happy with it. sangat2 bersyukur dengan nikmat yang diberi kali ni. bila difikir2kan balik, rasa nak menangis pun ada.

* i love the words*


so, moral of the story, bersyukurlah dengan apa yang anda dapat. ada hikmah disebalik setiap kejadian. assalamualaikum..

p/s: dah boleh terima hakikat
that i am a nursing student
to be. :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

5 comments:

Tea said...

ok le. sape la yg pandai2 kata nurse gaji rendah. hish. nk jatuhkn smgt org je. mmg apa2 keje, skop keje mmg luas. kita yg kne cr, nk dan xnk je. mmg btol la kita dpt apa yg kita fokus. mcm aku lah. mybe architect to be? :)

deeyamorten said...

tea.,, you best bro. haha. thanks for your opinion dear. kau architect to be? wow.. congrates!! :D

aquatwins932 said...

jurusan cikai? haha.. kita idop ni, jangan rasa diri tu bagus sangat.. kita mungkin dapat jurusan power ari ni.. tapi, bila graduate sok, x semesti nya ada kerja yang menunggu an.. at times, yang konon nya amik jurusan cikai tu la bila graduate ada kerja yang sedia menanti.. haha.. sape cakap jurusan nurse tu jurusan cikai.. meh sini saya debik satu.. isteri korang/korang nak bersalin nanti cari nurse juga.. i disapprove orang yang suka memandang rendah orang len.. cam cousin kita amik kulinari n perhotelan.. kalu dah graduate nanti, walau x dapat kerja hotel, still bole buka kedai sendiri ngan kemahiran yang dia ada.. ea x.. so, never ever pandang rendah orang len ea >u<

Tea said...

Insyaallah. hee. tp kos aku tu mcm lebih to site engineer plk. kehkeh. xpe, blajar je kan sungguh2. Insyaallah kita dpt ape yg kita nk jd tu. :D

nanimandu said...

CIKAI!!betol la kot..sebab tu tak ramai yang mohon jadi jururawat dan yang mohon pun jenis terdesak nak kerja.di malaysia peluang perkerjaan nursing lebih terbuka kepada lepasan diploma bukan ijazah.kalo di sektor kerajaan pulak mereka mmg ada jururawat mereka sendiri di amk dari kolej jururawat kkm tu..setahu aku jugak yang dapat nurse manager macam matron ke aper tu bukan diamek dari fresh gradute ijazah nursing dari ipta tu tapi diamek dari staff yang dah lama berkerja then yg sambung beljar dr peringkat diploma baru naik. mana boleh korang korang fresh grad nursing drp ipta teru2 nak jadi nursing manager sedangkan pengalaman kerja pun tak der..pasal tu depa lebih kan kat staff yang dah ada pengalaman dan yg dah sambung belajar tu.. kalo ada degree nursing tu.. selalunya jadi nursing jugak..back to basic sama dengan yg ada diploma jer..dah paling byk kerja kat hospital swasta jer..kalo nak berangan kerja hospital gomen mmg susah la dik non..ok la..selamat beramal.slm 1malaysia