Friday, July 8, 2011

Day 13: what kind of person attracts me?

ASSALAMUALAIKUM..

bak kata maria elena, tak jawab dosa, kalau jawab sayang. haha.. eh2 ok. disebabkan hari ni saya kerja, so probability untuk mendapat idea untuk mengupdate blog pada hari ni agak sikit. sebab penat melayan budak2 tu, so malas nak fikir idea. haha.. jadi, saya proceed dengan cabaran 30 hari yang tak siap2 tu ye. kalau korang nak tengok rakan blogger saya punya cabaran 30 hari yang dah sampai hari ke 23, sila klik sini.

jom3 proceed. malas nak mukadimah panjang2.

  • SOLEH DAN HORMAT ORANG TUA
ni ciri2 yang akan menarik minat saya kepada seseorang. tak kisahlah perempuan ke lelaki ke. sama je. oh, kalau perempuan tu, menarik minat untuk mencontohi mereka ye. jangan salah faham pulak. cepuk laju2 kang. saya tak nafikan zaman sekarang ni, susah nak cari remaja yang hormatkan orang tua. kadang2 rasa terkilan pulak bila tengok situasi macam ni. sobs.. so, kalau saya jumpa orang2 yang betul2 hormatkan orang tua, memang saya tabik springlah. nak2 lagi kalau dia berbakti kepada parents dia. fuhh.. super supreme saya bagi kat dia. 

*toink.. toink..*
  • SENSE OF HUMOUR
ni lagi satu. sense of humour penting ye. sebab apa? sebab kalau berbual dengan dia, takdelah bosan sangat. saya tak kisah pun kalau dia jadikan saya sebagai bahan jenaka. tapi berpada2lah ye. jangan sampai sentuh isu sensitif sudahlah. 


  • BERDIKARI
dalam erti kata lain, tak mengharapkan bantuan seseorang dalam apa2 kerja pun. means dia ni boleh diharaplah. tabiklah sama ini olang. ok dah tak tau nak describe apa dah pasal orang macam ni. sebab diorang memang best! :D


  • GOOD LOOKING?
tak kisah sangat pasal muka handsome atau cantik atau cute atau cun atau berpanau2 atau muka legend hati cute etc. etc. sebab muka kadang2 tak mencerminkan peribadi. yang penting dia mesti kemas. takde comot2 atau selekeh2 ni. pengotor pun taknak. kang ada yang kena siram dengan clorox kang. haha..


  • TAK MAKAN ASAP
atau bahasa mudahnya, tak hisap rokok. memang tabik sama lelaki yang tak hisap rokok. sama ada dia dah berhenti merokok, ataupun tak pernah hisap langsung. apalah yang best sangat menyedut asap rokok tu? buat sesak nafas je. bukan nafas dia, tapi nafas orang lain. ish.. rasa nak sepuk je penghisap2 rokok tegar ni.


ni je kot buat masa ni. haha.. ni pun dah kira banyak dah ni. hari ke 14 punya tak taulah bila akan di update. pemalas sungguh saya ni. fuhh.. haha. oklah guys.i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: siapa nak isi borang?
:D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: