Saturday, July 16, 2011

mimpi dan tafsirannya

ASSALAMUALAIKUM..

entry ni bertujuan nak menjawab persoalan pasal tafsiran mimpi gigi patah dalam entry bro arep kita ni. oh saya tak pandai mentafsir mimpi. tapi saya nak sampaikan sesuatu yang ayah saya pernah pesan kat saya.

ayah saya cakap, kalau dapat mimpi buruk, jauhkan tanggapan negatif daripada otak kita. contohnya, kalau kita mimpi patah gigi, ramai yang cakap kalau mimpi payah gigi ni means ada orang tersayang nak meninggal dunia. kalau kita keep that in our mind, insya ALLAH itu yang akan berlaku. kita nak ke benda ni jadi? taknak kan?

so, what i'm trying to say is, mimpi tu boleh jadi sesuatu petanda atau hanya mainan syaitan. tapi, apa yang kita fikir pasal mimpi tu yang penting. korang pernah dengar pasal the power of positive thinking? pernah? haa.. itulah maksudnya. bila kita fikir positif, benda positiflah yang akan berlaku. tapi kalau sebaliknya, lainlah pulak cerita.



means that, kalau mimpi patah gigi, instead of thinking pasal someone yang kita sayang nak meninggal dunia, lebih baik kita fikir kemungkinan lain yang lebih baik. contohnya, "oh mungkin aku bakal dapat ahli keluarga baru kot" atau  tak payah fikir langsung pasal tu. senang cerita.

tapi, ajal maut tu di tangan tuhan. ni pendapat saya je berdasarkan  nasihat ayah saya ye. kalau ada yang menyangkal, terpulang kepada anda. ni cuma pendapat saya. :D

eh oklah. harap dapat menjawab persoalan anda bro arep. assalamualaikum..

p/s: think positive,
then everything
will be great..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

2 comments:

luqman zakaria said...

time kasih sebab menjawab persoalan nih..start from now on..sy kene pk positif la..yup!!hehe :P

deeyamorten said...

luqman: my pleasure.. :D