Wednesday, July 6, 2011

buang sampah merata2..elok ke amalan tu?

ASSALAMUALAIKUM..


another entry yang berkaitan dengan vlog matluthfi ni. saya sangatlah setuju dengan pandangan dia yang ni. 120% setuju. saya pun pelik kenapa ramai rakyat malaysia yang susah sangat nak buang sampah dalam tong sampah? bukan susah pun. kalau susah sangatlah kan nak cari tong sampah, apa kata korang simpan je dulu sampah tu dalam poket ke, dalam beg ke, pastu nanti dah sampai rumah, korang buanglah sampah tu kat tong sampah rumah korang. kat rumah mesti ada tong sampah kan? tipulah takde.

korang tau tak, menjaga kebersihan alam sekitar adalah amalan mulia? tau? kita sebagai umat islam, kan dituntut untuk menjaga adab sesama manusia, haiwan dan alam sekitar. kalau kita nak environment yang baik untuk kita, kita pun kenalah berbaik2 dengan environment jugak. ingat manusia je yang kita kena hormat? alam pun ada hak untuk dihormati tau.

apa guna muka cantik cun melecun, dress up giler vogue kalah mak datin, tapi buang sampah merata2? pastu bila suruh kutip balik, mulalah nak buat muka geli, "eww, kotorlah. habislah tangan I" hello cik kak, sampah tu awak punya kan?

dan apalah gunanya kalau muka handsome macam encik fahrin fahrin ahmad, badan sasa macam malik nor, tapi taknak kutip sampah yang seciput tu je? jalan sebelah sampah pun boleh buat tak tau je. kutip sampah dapat pahala free tau. tak nak pahala free ke bro? bagi saya, lelaki macho bukan sebab rupa paras, tapi sebab nilai moralnya. so, kalau setakat sampah seciput tu pun payah nak tolong kutip, machokah anda?

lepas makan junk food, campak je bungkusannya dalam longkang. kalau setiap 10 orang buat macam tu, memang tak tersumbatlah longkang tu kan? lepas tu mulalah timbul bau busuk pulak. mulalah lepas tu nak tuding jari kat orang tu, nak cakap pihak ni, tak buat kerjalah, tak bersihkan longkanglah, tak anjurkan kempen gotong royonglah, padahal tu semua tanggungjawab masing2. kalau takde orang yang buang sampah dalam longkang, maka, longkang tu tak tersumbat, bau busuk pun takde. kan lebih aman.

*jangan amalkan ini*
*Amalkan yang ini*
korang nak ke hidup dikelilingi sampah? nak? nak? nak? taknak kan? so, jom kita ubah bad habit kita ni. jom kita amalkan buang sampah dalam tong sampah. tak susah pun kan?

eh oklah. renung2kan, assalamualaikum..

p/s: maaf ter'emo'
:D

p/s2: peringatan untuk saya juga.
jom muhasabah diri.. ^__^

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

2 comments:

aquatwins932 said...

saya setuju >D paling x suka dengar orang cakap, "biar la Cik Cleaner tu kemas.. memang kerja dorang pun" ish ish.. cian ngan binatang yang mati sebab sampah.. kita x boley cakap, "time kecik selalu wat.. k je.. dak kecik selalu wat.. k je" kita yang besar n konon nya ada experience ni la yang kena tolong ubah.. kan kan? :D

deeyamorten said...

betul3.. kalau kita keep doing the same thing, budak kecik pun secara automatik akan ikut. kita mestilah bagi contoh yang baik kat diorang