Wednesday, July 27, 2011

watak kartun yang tak pernah tua

ASSALAMUALAIKUM..

kali ni nak cerita pasal kartun. kartun.. kartun.. korang perasan tak ada banyak watak kartun yang tak pernah tua, mati ataupun sakit? mesti korang perasan kan? tipulah tak perasan.

antara contoh watak2 kartun yang tak pernah tua walaupun time aku melihat dunia tu dia dah 10 tahun hidup, tapi bila aku dah besar gajah ni pun dorang still macam tu jugak. terbantut agaknya tumbesaran dorang. tak minum calciyum. :D

  • POOH DAN RAKAN2NYA

aku suka pooh *sebut po-oh* sebab dia comel, fluffy, gebu, tembam, dan manja macam aku kawan2 dia pun comel2 belaka. memang sesuai untuk mereka yang bernama kanak2. aku sarankan agar bawaklah adik2 dan anak2 korang untuk menonton cerita po-oh ni kat disney channel *saranan turut ditujukan kepada diri sendiri yang perasaan muda. hahaha*

  • DORAEMON DAN KONCO2NYA

cerita ni dah lama kan? dari zaman tok kaduk pun dah ada cerita ni. dan sampai sekarang masih ada. dan mereka yang dalam cerita ni pun tak tua2. huhu.. doraemon best! siapa yang claim tak pernah tengok memang tipu bebenaulah tu. kadang2 akal tak matang aku ni mahukan doraemon betul2 wujud dalam dunia ni, bukan sekadar imaginasi. haha.. aku rasa bukan aku sorang yang nak macam tu kot. betul tak?

  • MICKEY MOUSE AND FRIENDS

ni lagi satu. dah berkurun kot watak mereka dihidupkan. sampai pengasas dorang pun dah meninggal dah. tapi dorang tak tua2 jugak. haha.. dorang pun comel jugak. suka2.. and once again, memang sesuai untuk mereka yang bergelar kanak2 dan sesuai juga untuk mereka yang perasan masih kanak2. huhu..

haa.. tu jelah. ehek2.. bukan tu sebenarnya yang aku nak ketengahkan. memanglah semua watak kartun ni tak tua2 sebab dorang ni kartun. memang takkan membesar dah walaupun makan calciyum sepuluh gelen pun.

tapi yang aku nak ketengahkan kat sini, ialah nilai2 murni yang ada dalam setiap cerita kartun ni. bukan tiga ni je. banyak lagi. tapi pengsanlah aku kalau nak senaraikan satu2.

dalam cerita winnie the po-oh, dia ada terapkan betapa nilai kerjasama tu penting. tak lupa jugak semangat setia kawan dalam diri setiap watak dalam cerita ni.

doraemon pulak, nilai moral dia bagi akulah ye, bukan semua benda yang kita nak dalam dunia ni boleh kita dapat dengan mudah tanpa usaha. walaupun dalam cerita ni dia tunjuk sebaliknya. :)

dalam mickey mouse, dia tunjukkan bahawa kecekalan kita dalam menempuh sesuatu perkara tu, akan membuahkan hasil. cuma cepat dan lambat je bezanya.

*senyum sikit*
ni cuma pendapat dan pandangan aku. cuba korang share pendapat korang pulak. nak tau jugak pendapat orang lain. ehehehe..

till then, assalamualaikum..

p/s: kakak aku kata blog
aku macam blog budak2.
huhuhu..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

3 comments:

aimie amalina said...

betol!
hehhe
sangaaaaaat suke katon!
kikiki
>__<

deeyamorten said...

aimie: kita genglah!! muahaha

mr.simple=) said...

saya pun sangat suka kartun .. lagi lagi SAILOR MOON...