ASSALAMUALAIKUM..
entry ni bukan sambungan entry ramadhan kali ni yang dulu tu. ni lain. 100% lain. kalau entry dulu tu pasal personal life aku, yang kali ni mungkin lebih kepada teguran dan nasihat untuk semua orang termasuk saya *tadi aku, ni saya pulak. memang sah ada penyakit kecelaruan identiti*
selama ni mungkin kita selalu beranggapan macam ni,
"ish.. kenapalah dia buat aku macam ni. kesian aku dianiaya"
"selfishnya dia ni. tak fikir orang lain langsung"
"dia selalu sakitkan hati aku. asyik2 aku je yang kena"
dan lain lain
guys, apa kata kita tukar semua tu kepada,
"ish.. aku ni dok kutuk dia, aku baik sangat ke?"
"tadi adik menangis lepas kena marah dengan aku. ish.. bukan salah dia pun. kenapalah aku terburu2 sangat nak marah"
dalam erti kata mudah, fikirkan apa kesilapan kita yang kita pernah buat pada orang lain dan berhenti fikirkan kebaikan kita terhadap orang lain. pertimbangkan semua perbuatan baik seseorang terhadap kita, bukan tumpukan pada perbuatan jahatnya pada kita. dengan cara ni, insya ALLAH kita dapat hindarkan perasaan dendam tu daripada bermaharajalela dalam hati.
sempena ramadhan yang bakal menjelang tiba ni, apa kata kita kurangkan sikit amalan 'makan daging' yang selalu kita buat. bukan kurangkan ye, tapi hentikan. korang faham tak makan daging tu apa? mengumpatlah. apa lagi.
bersihkanlah hati kita dari segala perasaan hasad dan dendam. sedangkan nabi pun ampunkan umat. takkan korang taknak ampunkan salah kawan2 korang yang seciput tu je.
sebenarnya, sikap macam ni bukan untuk diamalkan pada bulan ramadhan je. patutnya sentiasa diamalkan dalm kehidupan seharian. bukannya tertumpu pada bulan puasa je. habis bulan puasa, habislah sifat baik kau ye? ada expiry date pulak sifat mahmudah kau tu.
tapi, di bulan yang mulia nilah yang kita perlu ambil kesempatan sebaiknya untuk beramal. sebab musuh ketat kita kan dah kena ikat. so, bonuslah kepada kita untuk beramal dengan sebaiknya tanpa gangguan dan godaan makhluk tu.
diharap sifat2 mahmudah yang kita amalkan dalam bulan ramadhan tu kekallah hingga ke akhir hayat kita. tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diri kita, dan buangkanlah jauh2 sifat mazmumah tu. bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. kalau kau ambil yang keruh jugak buat mandi, basuh baju, masak dan minum, agak2 apa yang jadi?
dan lagi satu, senyumlah sentiasa. senyum, tak perlu kata apa2..
entry ni ditujukan kepada semua orang termasuk diri aku sendiri. bukannya nak tuding jari kat dia, dia atau dia. tapi ini teguran untuk semua. so, kalau ada yang terasa hati atas kekasaran bahasa saya, maaflah banyak2 diucapkan.
selamat menyambut ramadhan semua! assalamualaikum..
suka sangat lagu ni. lirik dia menusuk kalbu.
p/s: maaf atas kecelaruan identiti
yang berlaku banyak kali.
haha..
thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)
No comments:
Post a Comment