Saturday, July 30, 2011

belum ramadhan dah shawal

ASSALAMUALAIKUM..

cakk!! deeya datang, dengan lenggang lenggoknya. hahaha.. oklah entry kali ni berbaur kritikan sikit ye. err, sikit ke? banyak kot. kalau agak2 macam taknak makan dalam tu, tak payahlah baca. tapi kalau curious jugak nak tau apa yang bakal dikerepekkan dimerepekkan oleh aku, maka sila scroll ke bawah lagi ye.

aku perasan benda ni dah lama actually. since aku form berapa entah. tapi time tu takde blog lagi nak kritik2 bagai ni. haha.. so, sekarang dah ada blog, meh sini aku kritik habis habisan.

ok enough merepek. korang perasan tak masyarakat kita yang beragama islam sekarang seolah2 dah ter'skip' satu bulan dalam kalendar hijriah. lepas syaaban terus shawal? mana ramadhan?



ramadhan tak sampai lagi, lagu raya dah berkumandang sana sini. ramadhan tak sampai lagi, baju raya 10 pasang dah siap beli dah. siap plan nak beli lagi 10 pasang baju raya tu.

ramadhan tak sampai lagi, tapi dah buat ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin kat semua orang. apakah erti semua ini?

*ok aku tau lukisan aku buruk. jangan kutuk ye :P*


mana penghayatan ramadhan kita? tahukah korang yang bulan ramadhan adalah bulan yang lebih mulia berbanding bulan shawal. dalam bulan ramadhan nilah yang kita perlu ambil kesempatan untuk meningkatkan amal kita. bukan mengosongkan poket kita untuk belanja raya.



kan lebih elok kalau kita menyiapkan diri menyambut ramadhan instead of raya. lagipun korang boleh jamin ke puasa ramadhan korang tu sempurna?

persiapkanlah diri kita untuk menyambut ramadhan, bukan menyambut raya. kalau bulan ramadhan dah berbaki 7 hari tu acceptable lah jugak kalau korang nak excited terlebih sampai muntah darah sebab nak raya. ni puasa pun belum lagi, dah excited nak raya.

entry  ni tak lain tak bukan turut ditujukan kepada aku sendiri yang tak sempurna sebagai hambaNYA. ya, aku pun ada jugak nafsu nak beraya ni. tapi, apa kata kita selesaikan ibadah puasa dulu before fikir pasal raya. boleh?

renung2kan dan selamat beramal. senyum tak perlu kata apa2. :)

till then, assalamualaikum..

p/s: dalam tv asyik promote
jualan mega raya lah,
jualan maggots reput lah.
kalau tolong promote blog aku
takpe jugak. :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

4 comments:

A's said...

selamat menyambut ramadhan kak :)

deeyamorten said...

selamat menyambut ramadhan juga buatmu nenek :P

ila said...

selamat menyambung ramadhan.

mmg cm tu la org sekarang nie.td naik bas pon dah pasang lagu raya.mmerepek ajerk

Lulu Caldina said...

Selamat menyambut bulan ramadan..
Selamat berpuasa.. :)