ASSALAMUALAIKUM..
hai semua!! saya tak tau ni kebetulan atau apa, tapi dua rakan blogger saya dah bercerita pasal apa yang saya nak cerita kali ni. dari pagi tadi saya keep this idea in my mind, alih2 tengok diorang dah cerita dulu. it's oklah kan? still nak cerita jugak. hehehehe... lain orang, lain pendapatnya kan? banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam *ada kena mengena ke?*
ok now. saya nak menegur sikap segelintir masyarakat melayu LELAKI yang beragama ISLAM. firstly, saya nak tanya, pada hari jumaat waktu zohor, apa kewajipan seorang lelaki islam? melepak kat kedai makan ek? pergi hisap rokok tepi longkang? macam tu? ataupun tidur kat rumah buat2 tak dengar azan berkumandang? guys, kita dijadikan ALLAH sebagai khalifah di muka bumi ni. kenapa kita yang dipilih? kenapa ALLAH tak pilih kucing ke, arnab ke? sebab kita dikurniakan akal untuk berfikir. untuk membezakan yang salah, dan yang betul.
kita mengaku kita islam, bila orang kutuk islam, tau pulak nak marah. tapi sempurnakah islam kita? jom analisa diri kita.
kalau solat jumaat pun payah nak buat, tak payah mengaku diri lelaki islam ok? kalau setakat keluar rumah pakai baju melayu + kain pelekat + songkok, budak kecik umur 2 tahun pun boleh buat. korang tau tak apa hukumnya kalau tinggalkan solat jumaat secara sengaja 3kali berturut2? tau? kalau tau baguslah, kalau tak tau, baca ni,
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.
so, kalau korang tinggal solat jumaat, dengan alasan ni, "alamak bro. waa penatlah.waa baru balik kerja rempit ni. ala.. tak payahlah solat jumaat tu. minggu depan boleh buat" see? sengaja atau tak? ataupun alasan macam ni, "eh, aku takleh gi solatlah. baju aku kotor." alasan kuno yang saya dah banyak kali dengar. ataupun, macam ni, "eh abu, tak payahlah pergi solat hari ni. kita lepak2 kat tepi longkang tu main game lagi best." tak guna saya cakap banyak. korang dah besar, korang fikirlah sendiri.
saya pernah dengar satu lagu nasyid yang bertajuk analisa. tak ingatlah pulak siapa penyanyinya. tapi, bait2 liriknya sangatlah mendalam, cuba hayati,
manusia makhluk termulia di mayapada, kerana tinggi akhlak dan taqwa, tapi sekiranya ia tiada, renungkan diri cari jawapannya.
*solat itu tiang agama, kenapa kita sering abaikannya?* |
guys, saya menegur bukan saja2 nak cari populariti ataupun nak orang puji saya alim or whatsoever. saya menegur sebab saya sayang saudara seagama saya. saya menegur sebab saya sayang agama saya. saya tak tegur anda je, diri saya pun saya tegur jugak. saya pun masih banyak kekhilafan. saya sendiri masih jahil dalam bab2 agama. tapi, solat kalau tak jaga, tak payah beranganlah korang nak jaga anak dara orang *renung2kan dan selamat beramal* saya tegur semua orang yang bergelar lelaki islam. tak kisahlah ayah saya ke, adik saya ke, pakcik ke, atuk ke, encik fahrin ke, semualah. asalkan namanya lelaki. untuk yang perempuan pulak, kalau anda baca entry ni, sama2lah kita menegur saudara2 kita yang tak reti2 nak pergi solat jumaat tu ye? jom kita berpesan2 ke arah kebaikan. :)
maaf kalau ada yang terasa hati, jantung, limpa, kidney, pankreas segala bagai bila baca entry ni. niat saya menegur. bukan nak kutuk. terimalah dengan hati terbuka ye? :D saya sayang anda semua. oklah. chow.. tata.. assalamualaikum..
p/s: siapa makan cili,
dia terasa pedasnya..
thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)
3 comments:
Artikal yg bagus. x taw ape masalah dorang. Bukan lama pun solat jumaat ni.
haha...x tau malu nyer org...
dunia akhir zaman kan...huhu...cite ko sama ngan aida la...sbb view dri pmpuan...aq dri pndangan laki...^^...mne la nmpak dorg sume tu...
cari lelaki yg betol2 boleh pimpin kita dlm hidup.. jgn cari yg huru-hara, blh panas nt.. hmm.. xtau lah cmne nk ckp cmne laki xnk pegi solat jumaat ni..
Post a Comment