Wednesday, July 6, 2011

scene common dalam drama/filem tempatan

ASSALAMUALAIKUM..


credit to makcik youtube. haha.. saya memang suka sangat dengan video ni. siapa suka sila senyum meleret2. haha.. saya bukannya baru sedar yang drama atau filem tempatan kebanyakannya ada scene yang macam ni. dah lama dah saya perasan. tapi, disebabkan kebanyakan member2 saya memang minat drama dan filem tempatan, so, i keep my mouth shut daripada terus mengkritik drama2 ni.

bukanlah bermaksud saya tak sokong filem dan drama tempatan. of courselah saya sokong. tapi tak semua drama yang boleh buat saya sanggup luangkan masa saya depan tv setiap hari atau pada hari2 tertentu semata2 sebab nak tengok cerita tu. dan tak semua filem tempatan yang boleh buat saya tersenyum bangga sebab malaysia boleh buat filem yang bertaraf antarabangsa.

selalunya drama dan filem melayu lebih berkisar kepada percintaan antara dua remaja yang berbeza darjat. lepas tu mulalah scene cinta terhalanglah segala bagai tu. kalau tak pun, mesti ada orang ketiga dalam perhubungan tu. pulak tu, orang ketiga tu mesti jahat gilerss sampai tahap boleh buat semua penonton macam nak sepak2 muka dia.

eh2, ni pendapat saya semata2. maaf kalau anda tak suka. macam yang saya cakap tadi, tak semua drama dan filem tempatan yang saya tak suka. ada yang saya suka gila2 sampai boleh buat tak tidur malam. contohnya, drama nur kasih. memang boleh demamlah seminggu tu sebab nak tunggu sambungan episod seterusnya kat tv tu. hari jumaat baru kebah demam tu. ok ni tipu.

*plot drama ni lain daripada plot drama yang lain*
apa yang saya cari bila saya menonton tv? saya mencari kelainan daripada drama2 yang ditayang tu. cari kelainan dari plot dia. tapi, mostly, sama je jalan cerita dia. sampai saya dah boleh agak apa akan jadi seterusnya.

bak kata matluthfi tu,

apa guna pelakon korporat kalau penonton hidup melarat, mengapa tayang cinta terhalang bila rahmat tuhan tebar melayang, hantu sudah penat tunggu manusia cari malaikat

sekali lagi saya  tegaskan kat sini. entry ni cuma pendapat semata2. takde kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. maaf andai ada yang terguris perasaan atau tertimbul salah faham kepada sesiapa yang baca entry ni. chow.. tata.. assalamualaikum..


p/s: apa kata anda?
:D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

6 comments:

Anonymous said...

Hahahhahahahahahahhahahahahhahahaha...lawak gle video nih..nice posting. typical drama melayu. penuh angan2.

deeyamorten said...

@alif yusof thanks for the respons.. :D betul3.. most drama melayu macam tu. sama je jalan cerita

Anonymous said...

sebenar nya dah tengok entry ni malam semalam.. dalam kol 1 lebih nak dekat 2 kot? sebab takot sangat, lari masok bilik n teros tido.. laptop pun x tutup.. haha.. saya memang penakut X)

deeyamorten said...

@aquatwins932 kau takut apa irah? haha... kelako pulak baca komen kau nih

Anonymous said...

takut kan hantu yang part last tu la.. okay.. hantu die memang x menakutkan.. tapi, bunyi yang die men kan time tu sangat menakutkan.. dah cam pe semalam lari tutup lampu pastu terus junam sembunyi bawah selimut ==

deeyamorten said...

hahaha... ok fhm.. :D