Sunday, July 10, 2011

syukur dengan nikmatNya

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! dah solat? kalau belum, apa kata anda pergi solat dulu. anda percaya tak, kalau saya cakap selalunya manusia tend to think this way, 

"kenapalah rumah aku kecik sangat? tak macam rumah si ali tu"

"ish.. asyik makan makanan ni je. takde makanan lain ke?"

"kenapa ibu dan ayah asyik nak marah aku je?"

"kenapalah aku asyik ditimpa malang je?"

"aku dapat UiTM je? aku nak UM lah"

dan banyak lagi contoh lain. kalau nak senaraikan semua, memang tak laratlah kan. tapi, why not kita cuba melihat something tu, from different point of view. kalau selalunya kita tengok something dari segi negatif, try to view it in a positive way. then, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada. dan lebih baik, kita akan mensyukuri nikmat kurnianNya.



  • bersyukurlah kerana kita masih ada rumah tempat berteduh jika dibandingkan dengan pengemis2 yang hanya tidur di kaki lima

  • bersyukurlah kerana kita masih dapat makan makanan yang berkhasiat jika dibandingkan dengan orang2 miskin yang terpaksa ikat perut sampai berhari2 sebab tak cukup duit beli makanan

  • bersyukurlah kerana masih ada orang yang nak menegur setiap kesilapan kita jika dibandingkan dengan anak2 yatim yang hidup sebatang kara

  •  bersyukurlah kerana ALLAH sedang menguji kita, kerana Dia sayangkan kita sebagai hambaNya jika dibandingkan dengan orang lain yang dibiarkanNya terus lalai dengan nikmat yang diberi

  • bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran jika dibandingkan dengan mereka yang tak dapat peluang untuk ke universiti kerana kesempitan hidup

  • bersyukurlah kerana kita masih mempunyai teman di sisi jika dibandingkan dengan orang lain yang takde sesiapa nak jadikannya teman

  • bersyukurlah kerana kita lahir sebagai seorang islam yang telah dididik dengan ajaran agama sejak kecil jika dibandingkan dengan orang2 lain di luar sana

  • bersyukurlah kerana mempunyai ibu dan ayah yang tinggi pengetahuan agamanya

  • bersyukurlah kerana dilahirkan di bumi Malaysia, walaupun tak seharmoni yang digembar gemburkan, sekurang2nya takde bom yang meletus di kiri dan kanan anda

  • bersyukurlah kerana anda masih bernafas pada saat dan ketika ini

  • bersyukurlah kerana masih ada yang menyayangi anda

  • bersyukurlah kerana anda masih diberi peluang untuk bersyukur



banyak lagi yang kita kena syukuri. ingatlah wahai sahabat, musibah dan nikmat ALLAH tu kedua2nya adalah ujian daripadaNya, untuk melihat sejauh mana kita sebagai hambaNya yang mempunyai akal fikiran yang waras, mengingatiNya dan bersyukur padaNya.

dan saya bersyukur kerana masih mampu mencoretkan entry ni untuk anda. i'll end this here for now.. assalamualaikum..

p/s: saya bersyukur kerana adanya
anda yang membaca blog saya.. :D
 
thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

3 comments:

aidamohdnazib said...

alhamdulilah..aku pun bersyukur dgn ape yang aku ade :D :D

deeyamorten said...

baguslah.. aku bersyukur sebab ada kau sebagai kawan aku.. terharu tak? hahaha

FADZ said...

bila da bagi betis nak peha..itulah adat manusia..=D..btw salam perkenalan deeya..