ASSALAMUALAIKUM..
hai semua!! tiba2 dapat ilham nak tulis pasal ni. macam mana dapat ilham? tadi saya chat dengan kawan baik saya yang saya kenal dari kecik tapi sekarang dah terpisah jauh sebab dia dah pindah rumah. amekau description panjang berjela2. haha.. dah lama tak chat dengan dia ni. dulu selalu jugaklah berchatting dengan dia. so, kami pun borak2 pasal our current life. apa yang kitorang buat sekarang, tengah study ke, tengah kerja ke, tengah menganggur ke, semualah. pastu, terkeluarlah kisah dia yang kerap diuji oleh ALLAH.
kawan saya ni sakit. i'm not sure sakit apa, tapi something yang berkaitan dengan tulang belakang dia. and she told me that maybe, dia terpaksa menjalani pembedahan kat tulang belakang dia. doktor pun pesan kat dia supaya berhenti belajar dan rehat je. sebab sakit dia tu menyebabkan dia tak tahan lasak. oh ye, kawan saya ni sedang belajar kat UITM Merbok, Kedah. can you imagine guys? korang dah belajar penat2, then disebabkan masalah kesihatan korang, korang terpaksa berhenti belajar. means that korang belajar sekerat jalan je. korang nak ke? mesti tak nak kan?
dan kesabaran dia diuji lagi bila tunang dia pun sakit jugak. tunang dia terlibat dalam kemalangan antara kereta dan lori three weeks ago. injured agak teruk jugaklah. dia mengalami keretakan kat tengkorak kepala dia. sadis kan? eh2 ok. bukan ni yang saya nak cerita. saya nak cerita pasal ujian ALLAH yang datang dalam pelbagai bentuk. mungkin ada antara kita yang menganggap, ujian daripada ALLAH tu dalam bentuk kesusahan semata2. jangan salah faham, sebab ada jugak ujian yang datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan.
*gambar kami ketika darjah satu.. :)* |
bila saya dengar cerita kawan saya tadi, saya terfikir sendiri, saya jarang diuji oleh ALLAH dengan kesusahan dan kesulitan. tapi adakah itu bermakna saya tak diuji sekarang ni?
bak kata orang2 tua, tepuk dada, tanya iman. maka, itulah yang saya lakukan. saya tanya iman saya. dan saya mendapati, saya sedang diuji oleh ALLAH. saya diuji dengan kesenangan dan nikmat. bukan dengan kesusahan dan penderitaan. saya sedar, nikmat kurnianNya ni, telah banyak melalaikan saya dari terus menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang islam.
ALLAH menguji saya dengan kehadiran seorang lelaki bernama kekasih. kerana cinta dunia, saya sering alpa dari menurut perintahNya. kerana cinta kepada manusia, saya terleka dari mengejar cinta yang esa.
entry ni bukan untuk mengejar trafik ye. tapi lebih kepada memberi kesedaran dan keinsafan dalam diri saya. dan anda juga. so, guys, jom kita renungkan kedalam diri kita, pernah tak ALLAH menguji kta macam ALLAH uji orang2 lain? pernah tak ALLAH uji kita dengan penderitaan? kalau tak pernah, maknanya anda sedang diuji dengan kenikmatan dan bukan penderitaan.
oklah guys. tulis panjang2 pun tak guna. i'll end this here for now. yang baik datang daripada ALLAH, yang kurang baik juga datangnya daripada ALLAH tetapi disandarkan kepada diri saya, hambaNya yang lemah dan kerdil ini. assalamualaikum..
p/s: analisa diri kita
thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)
2 comments:
waaa,,,keciknye dulu2!
tau takpe.. sekarang gajah pun kalah. haha
Post a Comment