Thursday, August 25, 2011

be considerate (repost)


ASSALAMUALAIKUM..

ini adalah entry repost daripada entry be considerate yang aku taip pakai ipad 2 semalam. seriously, aku tak suka menaip pakai ipad. menyampah okeh. aku taip benda lain, benda lain yang keluar. menyirap je.

dan disebabkan tak puas hati dengan entry semalam, maka aku repost balik entry tu dengan menukar font dan allignment tulisan. oh aku tambah gambar sikit sikit.

nak baca yang versi asal? klik sini ye.

         *                           *                                *                      *                        *                   *

Saja je nak try test menaip entry baru kat blog guna iPad 2 macam mana. Haha..

Eh siapa cakap aku berlagak? Mana Ada. Cepuk nak cepuk?

Aku nak update entry malam ni. Tapi my dearest akak ajak buat kuih donut pula malam ni. Nak sikit tak?

Di sini, saya selaku penyimpan mohor besar raja raja *ececeh* nak bagi pesanan kat korang korang semua yang baca blog buruk aku ni.

Korang, kalau buat sesuatu pekerjaan, Biarlah ikhlas. Janganlah buat kerja ala kadar tapi nak harapkan gaji ratus ribu juta rupiah.

Bila kerja ikhlas, quality kerja meningkat. Lepas tu bos pun jadi sayang. Bila bos sayang, haruslah gaji juga meningkat berjuta juti. Kan lebih elok macam tu. Dari Ada buat kerja tak ikhlas, cuci pinggan pum pam pum pam sampai retak pinggan mangkuk, pastu mengharap gaji masyuk. Apa kes?



Tak adil okeh macam tu. Kesian kat bos. Huhu..

aku bercakap dan berkata kata ni teguran untuk diri aku jugak. Aku pun tak perfect nyah..

Kalau korang tak suka kena marah dengan bos, janganlah buat bos marah. Kang bos marah cakap bos pilih kasih pulak.

okeh korang? Be considerate to other people kalau kita nak orang tu consider dengan keadaan kita jugak.



Hormat menghormati amalan mulia.

Tu jelah. So, moral of the story, please be considerate to others. Full stop.

Tak susahkan?

Selamat berbuka Puasa.. Kepada yang berpuasa jelah ye. Yang tak Puasa tu, aku ucapkan, selamat meratah makanan bergelen gelen setelah seharian korang tahan lapar.

Adiosssss.. Assalamualaikum..

P/s: aku tak sukalah menaip dengan iPad.
Tak feel. Huhu

Thanks for reading!
Ukhuwah fillah Abadan abada..
:)

3 comments:

puteяi ʓαняα said...

betul2. tak payah nk mkn gaji law tak keje pun malas.

hehe. hebat la deeya onlin pakai ipad :)

deeyamorten said...

@puteяi ʓαняα
hebat ke? tak hebat pun. menyampah lagi ada. hahaha

Namee Roslan said...

buat sesuatu dengan ikhlas, org pun treat kita seeloknya. :)betul x?