Wednesday, August 17, 2011

ketam mengajar anaknya berjalan lurus

ASSALAMUALAIKUM..

last week aku tak buat entry peribahasa. korang perasan tak? tak perasan lettewwww *bahasa rempit*

aku tak buat bukan sebab aku malas. bukan sebab aku takde idea dan bukan sebab aku busy. abeh tu sebab apa? aku pun tak tau. lalala~~

so, minggu ni, idea nak ajar korang BM tu datang mencurah curah bagai mencurah air ke daun keladi bunting 15 bulan. dah ready nak start kelas BM ke ni korang ni? keluarkan pensil, pemadam, pembaris, kalkulator, kertas graf, buku nota, buka teks, buku 555, buku novel, muka buku etc. etc.

peribahasa minggu ini ialah.... *jeng jeng jeng jeng* bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

ni satu satunya ketam yang aku rasa boleh berjalan lurus. haha


ye aku tau korang dah familiar sangat dengan peribahasa ni. tapi aku nak jugak buat pasal ni. muahahaha.. mana tau ada adik adik yang nak upsr ke nak pmr ke nak spm ke baca blog aku kan, dapatlah ilmu nak buat karangan sikit. kalau asyik mengadap buku teks yang tebal ibarat kamus dewan jubli perak tu, memang agak tepulah kepala kan? ye adik adik. akak faham *suara yang disengaukan*

maksud peribahasa ni ialah mengajar orang melakukan perkara yang betul 
tetapi diri sendiri melakukan perkara yang salah.

aku ambil contoh parentslah ek. semua parents nak anak diorang jadi orang yang berguna. *ada ke yang tak nak?* tapi antara sedar dan tidak *cehh ayat skema* ramai jugak parents yang buat perkara yang dia tak bagi anak dia buat tu. 

eh korang faham ke ayat belit belit ular sawa aku ni? huhu.. contohnya ayah si Ali Baba ni tak suka anak dia tinggal solat fardhu, tapi pada masa yang sama, dia pun solat fardhu rongak jugak. kiranya dia memberi contoh yang tak baik untuk anak dialah ni. so, macam mana anak dia nak ikut nasihat dia kalau anak dia tengok ayah dia pun solat 1 atau 2 waktu je sehari?

shin chan pun solat tau ^___^


so, parents kenalah jadi role model yang baik untuk anak anak. memang tak senang. tapi, kalau kita pun tunggang terbalik, macam mana kita nak pastikan yang anak kita tu berada di atas landasan yang betul? it's kinda hard kan? memang itulah tanggungjawab ibu bapa.

parents aku :)


ok ni pendapat semata mata. kalau nak bangkang silakan. ataupun nak bagi contoh yang lebih baik daripada yang aku bagi ni? boleh boleh boleh. dialu alukan. haha..

credit to miss tea yang tolong bagi aku masud peribahasa ni. :)

thanks to you! assalamualaikum..

p/s: aku ingat nak tukar url bloglah.
jadi deeyamorten.blogspot.com
setuju tak korang?
:)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

9 comments:

Taufan Bin Ribut said...

grrrrrrrrrrrr

deeyamorten said...

@Taufan Bin Ribut
uik? kenapakah?

K said...

lau tukar url nanti kena follow balik, huhu

deeyamorten said...

@sergeant keroro
tulaa yang sedang difikrkan ni. huhu

Anonymous said...

sukati la kawan...tp link baru jgn lupe letak balik tau....XP

*aida nyer pasal r ni..

deeyamorten said...

@qudwa
huh? tak pahamlah apa kau cakap

Atiqah Wadiah said...

mekaseh cekgu..peribahasa yg bgos utk hari nih..hehe :)

Tea Dno said...

nice entry.. hehe.. ketam oh ketam.. lama tak makan ketam, tahu! haihsh..

takyah tukar nama blog.. biar je gini.. kau beli domain je lah, kan senang.. hoho..

Tea Dno said...

wehh.. join ni jom..

http://www.tehuzz.com/2011/08/saya-mahu-duit-syiling-malaysia-siri.html