Monday, August 15, 2011

berdalih dan boleh

ASSALAMUALAIKUM..

dikala korang baca entry ni, aku yakin korang mesti baru lepas sahur. hahaha.. aku tulis entry ni malam semalam. tapi malas nak post dulu sebab dah lewat malam sangat. mesti korang dah tidur kan? lagipun esok sekolah/kerja to most of you. not me. weeeeee~ *giloss*

tadi aku dan kakak aku borak2 dengan ayah aku sambil membaham mc donald's gcb *Sedap woooo wa cakap lu* hehe..borak punya borak punya berak borak, kitorang termasuk dalam satu topik yang berkaitan dengan iklan radio kat sinar fm yang bertajuk, "JANGAN BERI DALIH, TAPI KATALAH BOLEH"

ni haa. geng tiga serangkai yang sengal gilosssss babun


memberi dan menerima dalih memang dah jadi sesuatu yang quite common dalam masyarakat kita sekarang ni. aku rasa setiap orang daripada kita mesti pernah berdalih. betul tak? sila mengaku sekarang. siapa mengaku aku sayang dia lebih ketat dari getah tempe ikat sayur.

selingan sekejap


yup aku akui. aku adalah seorang yang agak suka berdalih. ada je alasan aku. nak2 bila ada kawan aku call *ni kepada kawan2 lelaki je ek* ajak borak, mesti aku cakap aku busy. padahal tak pun. hahahaha.. ok aku kejam. aku tau ==

the point here is, bagus ke berdalih tu? apa manfaat yang ia boleh bagi pada kita? pernah tak korang terfikir benda ni? 

wordless wednesday. hahahaha


erk.. tak tau berdalih tu macam mana ke? penat je aku celoteh panjang2 tadi. meh sini aku tunjuk beberapa contoh dalihan yang agak famous macam biskut marie dalam kalangan masyarakat kita *dan aku*

"eh tu bukan aku yang buatlah. tak tau.. tak tau.. si meon tu yang buat kot"

"kaulah punya pasal ni! tak pasal2 aku kena marah dengan bos!" 

"eh bukan aku taknak buatlah. aku busy tadi. takde masa nak buat kerja kau bagi tu. nanti aku buatlah" 

dua daripada tiga contoh yang aku bagi tu diinspirasikan daripada iklan radio sinar fm tu. huhu.. yang lagi satu tu? kisah benar mungkin :P

so, korang dah faham apa itu berdalih? kenapa agaknya kita berdalih? kalau ikut pandangan dan pengalaman aku yang tak cukup makan garam lagi ni, aku berdalih disebabkan beberapa faktor.


  • TAKUT
aku takutkan apa kau tanya? aku takutlah kena marah kalau aku bagitau seseorang tu kesalahan aku. kiranya nak menutup kesalahan diri sendirilah ni. cuba bayangkan kalau kau bagitau bos kau yang kau dah pecahkan cermin tingkap kereta ferraros merah umpama bunga ros dia, agak2 marah melenting tak bos kau? takut tak kau? eh kenapa contoh yang aku bagi ni melalut ni. ish.. next!

fuhh.. hebat kucing ni :D


  • NAK TUNJUK BAGUS
oh ye. aku memang bukan budak baik. aku jahat. seriously *nada sadis* aku berdalih sebab nak tunjuk kat orang semua bahawa akulah orang paling bagus di seluruh milky way! muahahaha.. contohnya kalau aku pura2 busy dan bagi alasan aku busy untuk tak menyiapkan sesuatu kerja, secara automatik menunjukkan bahawa aku ni banyak kerja dan rajin *eh yeke?*. padahal aku busy bergayut atas pokok petik buah jambu batu. huhu..

aku suka ni!! oh sekadar gambar hiasan ye


  • ERR, ADA LAGI KE?

tiba2 aku lupa point ketiga tu. haha.. harap maaf. nanti kalau aku ingat aku gitau korang ek. huhu..

so, ini dari perspektif dan pengalaman aku ye. korang? ce cite ce cite. nak tau jugak. huhu..

moral of the story, janganlah suka sangat nak berdalih mak lih salleh yaakob ni. takde faedah okeh? faedah yang korang dapat pun sekejap je. faedah jangka masa pendek. kalau korang keep bagi dalih, sampai bila diri tu nak maju kan?

so, janganlah beri dalih tapi katalah boleh. yeah! malaysia boleh.. majulah sukan untuk footballers. eh salah2. majulah sukan untuk negara :D

ok tata.. aku mengantuk sudah ni. tata titi tutu..

assalamualaikum..

p/s: esok nak buat kek buah kukus.
want some? tapi kalau kena keracunan
makanan jangan salahkan aku ek.
lalalalala~~

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

9 comments:

cik jannah said...

jangan berdalih. cuba dulu kan? heheh.. :)

dah follow..

DFTBA. said...

nice entry :)

DFTBA. said...

err kekadang terbuat jugak =.='

aamalinaazman said...

berdalih pentg utk jage hati!
heeee =)

deeyamorten said...

@Cik Jannah
thanks ye :)

deeyamorten said...

@maryam bakri
thanks. semua org pernah buat. haha

deeyamorten said...

@aimie amalina
yup! betul3. sebab tu kadang2 aku berdalih. hahaha

SoLy SoLicious said...

sape kate x boleh??meh nak kasi lempang.hahaha...*kejam sgt

deeyamorten said...

@SoLy SoLicious
aiyak... garanya! haha