Friday, August 26, 2011

dendam? hapuskanlah.

ASSALAMUALAIKUM..

yeah tu dia aku datang lagi. entry apa yang bakal aku sajikan sebagai hidangan makan tengah hari korang ni? eh korang tak puasa ek? kantoi.... :P

kali ni aku nak bercakap pasal dendam. ye dendam. dam dum dum bunyi mercun~~ lalalala~~ eh bukan masa nak menyanyi okeh. entry ni agak berunsur nasihat dan teguran untuk korang korang yang membaca dan juga untuk aku yang mengarang.

perlu diingatkan bahawa entry ni ditaip tanpa draft. hahahaha.. aku malas nak buat draft. jangan ikut perangai aku okeh? rajin rajinlah korang buat draft sebelum menaip entry. huhu..

dendam tu apa korang? perlu ke berdandandendam? apa kebaikan berdendam? apa effect dendam pada diri kita? ececeh dah macam fifi fairuz fuiyoh pulak aku ni. haha..

dendam ialah satu perasaan sakit hati yang keterlaluan kat seseorang. biasanya manusia berdendam bila ada suatu perkara terjadi, yang telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam hatinya *ececehh ayat skema badutsss*



perlu ke berdendam? kalau korang tanya aku, aku kata tak perlu. sebab bagi aku dendam ni ibarat api yang kita sekamkan kat dalam timbunan jerami. makin lama, makin marak api tu.

sama jugaklah dengan dendam, makin lama kita biar dendam tu bermaharani bermaharajalela dalam hati kita, makin teruklah dendam kita tu. makin besarlah dendam kita terhadap orang yang kita dendamkan tu. eh, ayat belit belit.



dan effect dendam pada diri kita, kita akan jadi seorang yang tak pemaaf dan berkuranglah nilai nilai positif dalam diri kita.

bagi akulah kan. apa guna kita buat ibadah siang malam tak henti henti kalau dalam hati kita penuh dengan sifat dendam?

apa guna kita tuntut ilmu banyak banyak setinggi langit kalau perasaan dendam dalam diri kita tak mampu tundukkan?

tu cuma pendapat aku. huhu..

sedangkan nabi yang mulia tu pun ampunkan ummatnya, inikan kita yang hina ni.

maafkanlah kesalahan orang lain terhadap kita. tak payahlah nak berdendam mak andam bagai ni.



aku pernah dengar dr. fadzilah kamsah cakap macam ni,

dendam dan benci itu umpama magnet, makin banyak kita pendam dalam hati, makin banyak orang benci dan dendam pada kita.

same goes to love.


makin banyak rasa sayang yang kita semai, makin ramai yang sayang pada kita 

so, korang pilihlah antara dua magnet tu. nak magnet sayang, atau magnet benci dan dendam. mana lebih bermanfaat?



kan dah nak raya ni, bermaafan maafanlah sesama kita. lupakan sengketa lama. makan ketupat sama sama. kacau dodol sambil gelak ketawa. kan lebih rapat ukhuwah macam tu. aman dunia, tenang hati, khusyuk ibadah :)

tu jelah. renung renungkan dan selamat beramal kawan kawan.

adiossss... assalamualaikum..


p/s: kemaafan merupakan dendam yang terindah
^___________________^


thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

4 comments:

sergeant keroro said...

saling maaf memaafi =)

Encik JI said...

susah nk lupakn dendam tu bila kita sndiri yg mgalaminya. lbih2 lg jika ianya mmg perkara yg pling trok prnh dihadapi dlm hidup, mlibtkn sesuatu yg dipanggil maruah kita dan keluarga.

Namee Roslan said...

dendam buat hati kita lagi kesat dan keras. but yet memusnahkan diri sendiri. lebih baik jgn berdendam. padah hidup sbb jiwa tak tenang :)

Anonymous said...

Forgiveness are loser..

Harry Lee