Sunday, August 21, 2011

mereka lebih tahu

ASSALAMUALAIKUM..

korang pernah mengalami situasi di mana parents korang kata JANGAN tapi korang buat buat tak endah dengan perkataan tu dan terus buat apa yang korang hajatkan? pernah tak? pernah tak? pernah tak?

contohnya bila korang mintak kat parents korang nak keluar dengan kawan kawan lama korang yang agak annoying tapi parents korang tak bagi. but then, korang still jugak keluar dengan mereka mereka tu and end up dengan korang sakit hati jiwa dan raga disebabkan terlampau annoying dengan mereka.

eh ayat aku sangat sekema malam ni. haha

parents juga manusia. diorang tak terlepas dari melakukan kesalahan. tapikan, setiap nasihat dan teguran diorang tu ada betulnya. mungkin kita *aku melihat dari kaca mata seorang remaja* agak menyampah kadang kadang tu dengan diorang punya pantang larang. itu jangan buat. ini tak boleh buat.



betul tak? aku faham semua tu sebab aku pun remaja.

tapi, bila difikir fikirkan, semua pantang larang tu ada kebaikan untuk diri kita. contohnya, ayah aku selalu larang aku untuk keluar hang out dengan kawan kawan aku yang from his point of view, tak berapa sesuai untuk dijadikan kawan rapat.

yes, aku kadang kadang terkecik hati. tapi bila aku renungkan semua tu, aku tau apa yang ayah aku cakap tu ada betulnya.

keluar dengan kawan kawan yang tak tentu lagi terjaga solatnya. keluar dengan kawan kawan yang adakalanya agak tak menghormati orang tua. keluar dengan kawan kawan yang suka beli macam macam benda yang tak berfaedah atau dalam kata paling mudahnya, membazir.



kalau korang jadi ayah aku, korang nak ke anak korang terpengaruh macam tu?

but yeah, sometimes my dad's being over protective.

tapi aku tak kisah. sebab aku tau, dia lebih tahu kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.

eh tiba tiba idea aku lari lintang pukang masuk hutan belantara.

so, the point here is, parents knows best. walaupun mungkin bukan dalam semua perkara, tapi tak salah pun kalau kita ikut nasihat diorang.

jangan cepat sangat nak kata parents kita terlalu mengongkong. mereka cuma over protective. bukan salah diorang pun. mereka sayangkan kita.

so, do respect them. bukan parents kita je, juga orang orang yang lebih tua. tak kisahlah lebih tua dari segi usia atau pengalaman. tak semestinya orang muda tu kurang pengalaman kan?

tu je. disebabkan idea aku main kejar kejar dengan minda aku, so aku tak boleh nak berleter panjang panjang.

till then, assalamualaikum..

p/s: banyak point yang redundant dalam entry
kali ni. sorry for that.
^__________^

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

2 comments:

aimie amalina said...

hehehe

betol!
kekadg bile x dgr tula
dpt bala.huhuhu =(

deeyamorten said...

@aimie amalina
tau takpe. pastu time tulaaa baru nak menyesal tak hengat. hahaha