Saturday, August 6, 2011

dugaan hari kelima berpuasa :)

ASSALAMUALAIKUM..

hai korang! macam mana puasa hari ni? baik2 sajakah? *mak aih nerd gilerss ayat. haha* korang pergi terawih tak hari ni? :)

aku nak share satu cerita yang berlaku kat aku dan keluarga aku time kitorang pergi solat terawih kat masjid tadi. dugaan buat kami sekeluarga. aku still bersyukur sebab kami diuji. sekurang2nya kami tau yang ALLAH masih sayangkan kami.

kami keluar dari rumah dan naik kereta *gedebak gedebush* lebih kurang pukul 8.30 malam tadi. sampai masjid, tepat2 orang azan isyak. ayah aku park kereta kat seberang jalan masjid tu. so, kitorang kena jalan sikitlah dari kereta nak masuk ke masjid. kebetulan pulak hari ni ada beberapa gerai jual apa entah bukak dekat2 tempat kitorang park kereta tu. sebelum ni takde pun. ok yang ni takde kaitan.

habis je solat terawih semua, kitorang pun berjalan balik ke kereta. and guess what? tingkap kereta kami kena pecah! sebab ada penyamun nak menyamun *nama pun penyamun. mestilah menyamun* barang2 berharga dalam kereta. dan bukan keretan kami je yang jadi mangsa, kereta2 yang park kat depan kereta kami pun kena jugak.


aku tak sempat snap gambar tadi sebab tak payah phone pergi masjid. so, ini dari pakcik google



luckily, kitorang takde tinggal apa2 barang yang berharga dalam kereta. semua orang dalam family aku tak bawak wallet. kecuali ayah aku. tapi dia letak wallet dalam poket dia.

abang yang bukak gerai dekat2 kereta kitorang tu bagitau, dia nampak orang yang buat dajal tu. siap bercakap lagi dengan suspek tu *Amboih macam csi pulak. hahaha* dia kata mungkin penyamun tu orang sabah atau filipina. based on the dialect spoken by the culpritlah.

alhamdulillah takde apa2 yang dikebas. cuma beberapa genggam duit syiling je. huhu..



ini bukan kes pecah kereta pertama yang family aku alami. in fact dah a few times jugaklah benda macam ni jadi. ada sekali tu ayah aku kena curi beg kecik dia yang dia taruk quran dengan ubat2 dia. semoga penyamun tu insaf lepas dia TERcuri quran tu :)

apa yang aku kesalkan kat sini, kenapalah dalam orang lain tengah sibuk2 nak kumpul pahala bulan ramadhan ni, diorang boleh buat kerja2 macam tu? time orang solat pulak tu nak mencuri. apa salahnya kalau kau join sekali kitorang solat? dapat pahala. eh, tu pun kalau kau orang islamlah.

takpelah. sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang sabar. itu janji ALLAH kan? :)

semoga dugaan yang kami lalui ni sedikit sebanyak mendekatkan kami sekeluarga kepadaNya. insya ALLAH. semoga ALLAH bukakan pintu hati orang tu untuk bertaubat.

tu je, assalamualaikum..

p/s: kesian kat ayah aku yang berhajat
nak makan KFC after solat terawih tadi.
takpelah. takde rezeki nak buat macam mana kan?
:)

nota suka suki: sorrylah ye. kejap kami, kejap kitorang.
memang ada masalah identiti sikit.
huhu..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)


7 comments:

Bitter said...

whoaa..nasib baik tak ade letak ape ape kat kete..insaf pulak aku dgr citer kau nih..selalu mmg peel aku letak wallet dlm kete..lepas nih mmg tak lah nak letak lagi..haihhh!

fiq. said...

ishhk2,,sedih dan tergamam kalau kita jadi awak,,

tu la, dalam ramdhan ni pon, ade nak buat jahat jugak..

cik wawa trang tang tang said...

Maybe ada hikmah di sebalik semua nie...=)

cik wawa trang tang tang said...

Maybe ada hikmah di sebalik semua nie...=)

deeyamorten said...

bitter: baik kau berhati2. hahaha.. kang aku yg pergi curik. :P

fiq: tadi tergamam jugak. tapi bersyukur sgt sebab takde apa2 yang hilang

cik wawa: insya ALLAH. thanks ye :)

Tea Dno said...

Alhamdulillah takde pape barang berharga hilang kan?

deeyamorten said...

@Tea Dno
alhamdulillah takde :)