ASSALAMUALAIKUM..
ok aku tau tajuk aku pelik hari ni. haha.. tapi aku nak share pendapat aku pasal murid2 ataupun pelajar2 ataupun budak2 zaman sekarang ni. korang perasan tak budak2 sekarang ni terlebih lebih lebih lebih lebih lebih manja? sampai ada antara diorang yang dah besar gajah pun tak pandai nak sikat rambut sendiri *kenyataan ni takde kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. hehe.. harap maklum*
time aku kerja tadi, aku mengajar budak2 . eh dah tentu2 kerja aku cikgu memanglah mengajar budak2. takkanlah menari tango 189 darjah celcius pulak.
aku cuba untuk tak ajar direct apa yang budak2 tu tanya aku. aku kias2kan sikit soalan tu sebab aku nak diorang fikir sendiri jalan penyelesaian. tapi apa yang aku dapat? dapat tengok muka blur diorang yang mengharapkan aku suap satu2 jawapan. deyy, fikir sendiri tak boleh ke?
aku pernah dengar satu ayat pujangga ni,
jika saya beri awak seekor ikan hari ini, awak hanya boleh makan ikan untuk hari ini sahaja. tetapi jika saya beri awak joran dan mata kail, awak boleh makan ikan selama2nya..
err, lebih kurang macam tulah. tak hengatlah pulak ayat betul dia. ayat atas tu olahan aku je ye. jangan ambik buat karangan pulak. kalau fail jangan salahkan aku. haha
tapi tulah students sekarang ni, oklah tak adil kalau aku cakap students je. budak2 sekarang ni, tak kira usia, tak kiralah umur 19 tahun pun *uish.. teraso den. huhu* ramai yang tak tau nak buat kerja sendiri.
aku tak kata aku bagus sangat.
aku tak kisah sangat pasal diorang punya personal life nak manja ke hape ke, tapi aku sangat kisah kalau diorang belajar pun manja. tunggu nak suap satu2 dalam mulut yang ternganga tu baru boleh dapat A++++++++..
selalunya ayat ni yang aku selalu dengar keluar dari mulut students bila soalan yang diorang buat tu dapat jawapan yang salah,
"teacher, i don't know how to do..."
"teacher, i can't see what is the mistakes"
"teacher, penatlah fikir. teacher tolonglah carikkan apa yang salah. saya penat tau tak?"
student2 ku sayang, *dengan wajah yang manis walaupun hati membara dengan kegeraman* cuba fikir dulu. cari apa yang salah, pastu kalau tak pasti baru tanya boleh?
jom tengok apa kata kawan2 aku kat facebook pasal isu ni *ecehh dah macam isu apalah pulak*
manja bukanlah satu kesalahan. tapi manja terlampau tu membuatkan diri sendiri rugi sayang oii..
entry ni ditujukan khas untuk student2 aku yang for sure takkan baca entry ni. haha
so, kepada yang baca ni, jom kita pupuk semangat self learning dalam diri student2 ni.
jangan nak suap sangatlah mulut diorang tu. kang muntah pulak. apa pun tak boleh..
teguran untuk diri sendiri jugak :)
tu je, assalamualaikum..
thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)
13 comments:
ape salah nye main suap2...lebey manja gitu..>.<
suap je penampo sorg satu...kan senang...XD
@qudwa
yeah!!! i loike. haha
budak budak sekarang terlampau spoon feed.
#okbai
HAHA :P
kahkahkah..aku mmg tak lah nak jadik cikgu tuhh..siap hari bulan aku sembelih je budak budak tuh..wakaka
@sergeant keroro
yup. betul tu. semua nak suap dalam mulut
@Bitter
ganas bebenaulsh kau nih. haha
biasala tu,, ehhehe ^_^
@Popoi
sebab biasalh kita cuba untuk tak biasakan. tak eloklah manja sangat ni
@diana
betul3
memang skrang memang manja sangat . tu yg tak pndai berdikari . . kn
babe, kau ajar bebudak umur bape? ni kira spoon-feeding lah ni.. boleh aje. tapi kena agak2.. kalau dah tua bangka nak manja tak bertempat memang nak kena hempuk dengan kayu kot..
@lilypelangi
betul3. kadang2 geram tengok diorang yg harapkan pertolongan orang dalam semua benda yg diorang buat. padahal boleh buat sendiri
@Tea Dno
tak tentu. adalah dalam linkungan 6-12 tahun kot. kadang2 kalau aku penat nak layan diorang ni aku buat tak layan je. lalala~~~
Post a Comment